Sunday, June 8, 2008

Kembali 'penat'


“Mak, mana tie? Semalam along letak kat kerusi ni…” Tu anak sulong.
“Mak, air milo tu nanti sejukkan dulu ye…” Yang ni anak bongsu.
“Mak, mana stokin along?” isshhh… dia lagi.
Wahhh… anak2 zaman sekarang, buat mak dia macam orang gaji. Padahal dari pagi semalam aku dah jadi ‘Tarzan’, mengingatkan mereka ‘last check’ kerja sekolah, pensil box, buku-buku yang bersepah tapi tak baca, kasut sekolah yang dah berhabuk.
Sekolah telah bermula, bermakna aku juga kembali penat. Seawal pagi dah jaga mengejutkan mereka bangun, memasak, menyediakan sarapan hinggalah melihat mereka kemas berpakaian sekolah.
“Bye sayang!” ‘Mood’ pagi anak-anak keja jaga. Dua-dua kena cium, kalau tidak nanti ada yang sentap! Aku jer tak ada orang nak cium, pergilah ke mana pun tiada sape yang peduli… he he he….
Kemudian giliran aku pula bersiap. Macam gitulah, di rumah jadi ‘neng’, ke pejabat jadi kuli (bergaji), kadang-kadang jadi macam ‘driver’ pun ada.
Macam nilah hari-hari dan seterusnya. “Hari ini abang Jamil tidur di rumah Kak Tipah, esok rumah Kak Hasnah. Lusa di rumah saya. Begitulah seterusnya, bergilir-gilir ikut hari sampailah abang Jamil mampus…” Teringat dialog dalam cerita P. Ramlee.
Si along, bila mengenangkannya aku rasa kasihan, kadang-kadang geram pun ada. Makin remaja makin banyak kerenah. Masa mula2 usianya mencecah 15 tahun, kami selalu bertegang urat. Pantang bertembung biji mata, ada je yang tak kena. Macam anjing dengan kucing.
Lama-lama baru aku sedar dan terfikir... dia telah dewasa rupanya. Tidak seperti dulu, kini dia tidak suka dikawal, tidak gemar disoal macam-macam, apatah lagi bila dilayan seperti kanak-kanak, dia langsung tak minat. Dia lebih suka mendiamkan diri, mendengar lagu dan suka mengasingkan diri dalam bilik. Tetapi bila bersama dengan kawan-kawan dia begitu ceria. Adiknya tidak banyak masalah, topup jer rm5, suruhlah buat apa pasti bereh!
Aku cuba mendekatinya, jadi kawan. (Kena ubah gaya hidup, macam pak lah cakap tu…) Rupa-rupanya kami banyak persamaan. Suka bersukan, mendengar muzik, memasak… yang pasti kami berdua 'kaki bola'. Musim EURO ni dia tak tidur, penyokong setia Portugal.
Dan dia pernah mengajar aku berenang. “Mak, apa yang nak ditakutkan, ni bukan laut, ni kolam jer…” aku memang takut air, ada memori tragis!
Dari jernih sinar matanya, aku tahu... dia perlukan seseorang untuk mengiringi hidupnya dalam meniti usia remaja. Dia pernah memberontak, menyuarakan hasrat hati, menangis di sebalik bantal… Maaf, dia boleh minta apa saja, kecuali kembalikan kasih ayahnya semula. Aku tidak mampu memenuhi permintaannya itu. Kami berdua telah berusaha. Tapi tidak berdaya!
Along, dia dah pandai bergurau sekarang. Baru nampak senyuman dan ketawanya, anak mak… mestilah ‘handsome’. Tapi awas... antara kami telah saling berjanji. Dia tahu pantang aku, dan aku juga tahu pantang dia. Terlanggar pantang, boleh meletup! Dengan rasminya diisytiharkan MOGOK… rumah akan jadi sepi. Ha ha ha… sekejap jer...
“Mak, jangan lupa... mak ada hutang dengan along. Pasang langsir RM10, buka langsir RM10. Tak mahal, semuanya RM20…”
“Ok, no problem. Kalau macam tu mak pun nak kira dari mengandungkan along sampai melahirkan… Tu tak kira dari dalam pantang sampai sekarang ni… RM5000. Boleh? Setuju?”
Belum sempat aku habiskan ayat dia dah tergelak terbahak-bahak. Dan kami sama-sama ketawa…

- Masih lagi berpegang pepatah sendiri, “hendak tidur, tidurlah mata, tak nak tidur lelapkan juga. Rajuk ku tak de sape nak pujuk, sedih ku tiada siapa yang tahu, pandai-pandailah membawa diri..." hu hu hu

5 comments:

Adi Iskandar said...

bravo.. bravo.. you are getting better..

Anonymous said...

ni anak2 kamu ke? dah besor budak2 ni. emaknya masih cun tak tua2 jugak.

Ceri said...

Ha ha ha... Cun ker... ishhh seronoknya bila ada orang puji... Dr Fadilah pun apa kurangnya... awet muda, dari dulu sampai skrg cute mute... iyerrrr, tak tipu...

Sipapan-Kekunci said...

alamak, tak tau nak komen. Anak saye baru sorang, 3 thn pulak tu...huhuhu...

sila la singgah ke : www.ahmadnashif.blogspot.com

Sipapan-Kekunci said...

Saye ade poll baru kat blog, nnt vote yer...

wassalam...