Thursday, June 5, 2008

Adoi... Naik lagi!

Hampir sejam saya duduk di dalam kereta menunggu ‘Q’ untuk mengisi minyak. Hujan pulak tu. Berderet kereta sampai ke tepi ‘highway’, semuanya untuk tujuan yang sama. Nak penuhkan tangki minyak kereta sebelum jam 12 malam. Tunggu punya tunggu, sampailah giliran saya… hampeh, minyak habis!

Seorang lelaki berbangsa asing datang kepada saya, “Puan, taukeh tu kata minyak dah habis. Saya rasa mereka tipu, dia orang simpan minyak untuk esok ni. Kalau macam ni tak boleh jadi…” Katanya dengan muka tidak puas hati. “Sabar, kita tunggu dulu. Mana tahu, memang betul minyak dah habis.” Saya cuba meredakan kemarahannya. Padahal saya pun geram, dah la jalan ‘jamm’ kena ‘Q’ lama pulak tu. Memang betul, lima minit kemudian seorang pekerja stesen minyak itu mengangkat tangan memberi isyarat, minyak sedang diisi dalam tangki. Lega…

Kenyataan yang harus diterima oleh rakyat Malaysia, harga minyak naik dari RM1.92 sen jadi RM2.70 sen seliter. Ini bermakna harga barang akan naik secara mendadak, mungkin esok atau lusa. Ayam, beras, tepung… dah konfem naik. Tak mustahil roti canai, kuih muih, pun naik harga. Ishhh…. Semua naiklah rasanya.

Minggu lepas saya ke pasaraya. Semua barang telah dibeli, kecuali beras. Jenama yang biasa saya dan anak-anak makan memang tak nampak pun. Entah habis atau disorok. Nak tak nak pejam mata je la, ‘first time’ beli beras berharga RM34.00, 5 kilo. Mak oi, mahalnya…

Sampai di rumah anak saya terus menjerit, “Mak, minyak kereta naik lagi!” Saya tersenyum dalam penat. Hmmm… bagus, mereka faham. “Kita akan berjimat, tidur satu bilik, buat ‘homework’ bawah satu lampu…” Saya bercakap dalam bergurau. Anak-anak tetap tidak bersetuju. Mereka lebih selesa duduk di bilik masing-masing, lebih ‘privacy’ katanya.

Di rumah, saya memang mengamalkan prinsip berjimat cermat. Anak-anak kena dididik begitu, kalau tidak mereka tidak tahu bagaimana menguruskan hidup. Bak kata, mereka lahir atas duit, kita dulu-dulu lahir atas tikar mengkuang jer. Zaman sekarang cuti sekolah anak-anak sibuk menekan PS2. Kita dulu cuti sekolah kopek pinang, lepas tu jemur sampai kering. Dua tiga hari lepas tu jual, dapat empat, lima ringgit simpan untuk belanja sekolah. Kelakar bila dikenangkan…

Minyak naik lagi. Di pejabat riuh rendah bercerita pasal minyak. Dapat emel berderet-deret, berperang tentang harga minyak. Semua nak menang, mempertahankan hak masing2. Semua kata dia betul… huh... pening kepala dibuatnya. Banyak sangat parti, semua nak bersuara. Lantaklah korang, maleh nak campur!

Saya bukan bercakap besar, impak daripada kenaikan harga minyak tidak banyak menggugat pengurusan dalam ekonomi belanjawan keluarga...(dah beringat dr dulu!) Jadi tidaklah terlalu berat menanggung beban seperti orang lain kut. Ulang alik ke tempat kerja 20 minit jer, jalan tak ada tol… selamatlah sikit!

Tetapi saya masih memikirkan nasib mereka yang mempunyai anak ramai dan bergaji kecil. Saya juga masih berkira-kira suami yang bekerja seorang, hutang keliling pinggang, gaji dah la ciput. Gaji sebulan sekali, belum habis bulan duit dah habis. Itu belum cerita belanja sekolah anak dan pakaian isteri lagi. Botak kepala bila difikirkan. Kesian… kalau tidak kuat iman boleh perang besar nanti!

Apa jadi dengan ibu tunggal@ibu tinggal yang anak ramai. Mampukah mereka menyara keluarga dengan kos hidup yang semakin menggila. Tak patut... memang tak patut. Kerajaan maupun menteri-menteri yang gemilang lagi terbilang kena ambil tahu. Bukan duduk di bilik berhawa dingin dan nyenyak tidur! Jangan hanya kira dapat berapa persen, pastu bina istana mewah jutaan ringgit. Sedangkan rakyat nga-nga kelaparan!

Di dalam majalah mahupun suratkhabar sebelum ini banyak kisah-kisah rakyat miskin yang masih belum dibela nasib mereka. Rancangan TV ‘bersamamu’, tiap minggu memaparkan kisah keperitan dan kesengsaraan hidup rakyat miskin. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kadang-kadang tak makan pun. Sudah terbelakah nasib mereka tu? Tup-tup, minyak naik mendadak… apa mereka nak makan?

Untuk para isteri, resipi masakan kenalah ubah. Sukatan yang patut dikurangkan, kurangkan je la. Kurangkan garam, cili, santan, gula... tapi lebihkan senyuman untuk suami. Bersepakat bantu suami berjimat cermat, agar keluarga lebih harmoni.

Ini yang patut kerajaan fikirkan dan kaji betul-betul. Susah di zaman dahulu tak sama susah di zaman sekarang. Kalau mereka tidak bijak merancang untuk kesejahteraan rakyat, negara kita boleh hancur. Porak peranda! Bagi saya, banyak kesan negatif dari kenaikan harga minyak ni. Jenayah akan terus berleluasa, tengoklah lepas ni, mangga pintu, selipar buruk pun boleh hilang. Silap haribulan seluar dalam pun lesap!

Siapa yang mahu hidup susah, semua orang nak hidup senang…. Bersabar jer lah… Tapi saya lebih suka hidup dalam ‘kesederhanaan’…

2 comments:

Sipapan-Kekunci said...

Nampaknya kita sependapat. Tapi hati ni memang tak tenteram lagi skang, panas...panas...

selalu-selalu le jenguk blog saye yer...

wassalam...

Unknown said...

a good piece of mind indeed..