Monday, April 13, 2009

Mengisi masa yang terluang...


Hampir seminggu menyimpan azam untuk menyudahkan membaca novel bertajuk 'Saat Kau Hadir'... Tapi ada saja yang menghalang. Tak ada konsentrasi... dan Jumaat malam aku memulakan operasi membaca novel Saat Kau Hadir. Dengan bersemangat aku sanggup bersengkang mata membaca tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Tepat jam 3 pagi (ahad)... Lega, akhirnya aku berjaya mengetahui jalan cerita. Sedih dan bersemangat mengikuti kisah seorang perempuan yang hampir putus asa meniti hidup di mana akhirnya dia bertemu dengan seorang doktor yang selama ini menanti dan memerhatinya. Sebab itulah selagi tidak jumpa muka surat terakhir, aku tak lalu makan dan minum.

Mata masih mencari sesuatu untuk dibaca, fikiran juga seperti inginkan sesuatu untuk dikhayalkan, jiwa juga perlu dipenuhi ilusi dengan sesuatu kelainan... agar hati dan perasaan bersatu membentuk jiwa yang mendamaikan...

'Menanti Khalida'... menjadi bahan bacaan kedua. Bermula subuh Ahad, berakhir tengah malam... Kisah menarik Menanti Khalida menjadi persinggahan sementara di benak fikiran. Betapa sengsaranya hidup Khalida menjadi seorang penunggu cinta, akhirnya dia menemui kebahagiaan di penamat cerita.

Hmmm... penat mata membaca, lenguh tangan memegang buku, dari kerusi makan ke sofa, dari atas lantai ke atas karpet, dari bawah katil naik ke katil... namun aku tetap menghabiskan membaca. Rasanya... hilang sekejap dunia realiti, aku seolah-olah berada di alam fantasi... Aku rasa seperti sedang mengembara menuju hidup yang lebih menyeronokkan... best!!! Funny... but i'm still feel lonely...

Aku cuma berehat bila tiba masa memasak dan menyelesaikan sedikit urusan. Anak-anak... hanya menggelengkan kepala. "Buatlah apa yang mak suka, janji mak bahagia..." kata mereka.

Friday, April 10, 2009

Mana MAT?

Tiga hari lepas aku intai-intai di pejabat, rindu sangat nak tengok muka MAT. Hari ini pun aku cuba lalu depan bilik MAT. Hampeh... batang hidung MAT masih tak nampak.

Pelik... keputusan kabinet dah diumumkan, konfem KJ dan SHA tak masuk list. Tapi MAT masih senyap, takkan sedih lagi kut. MAT BOTOX dah konfem la tengah frust menonggeng, atau pun mungkin tengah tergelak menonggeng-nonggeng sebab KJ tak masuk senarai jemaah menteri dalam kabinet. MAT BOTOX dan KJ ni nama jer satu parti, senang cerita macam main wayang... depan stage cium molot, belakang pentas mereka laga bontot... jadi musuh!

MAT, MAT... ke mana kau menghilangkan diri. Tak sabar rasanya nak dengar hujah dari mulut MAT. Nak dengar sangat pendapat MAT tentang kenyataan MAT BOTOX dalam surat khabar semalam.

Jangan lupa MAT, 'jerat tak pernah lupakan pelanduk, selalunya pelanduk yang lupakan jerat'...

Ingat MAT, jangan hilangkan diri lama sangat... nanti dapat hadiah penyapu... kah kah kah

Tuesday, April 7, 2009

Dua Bukit, Satu Batang...



Tahniah PR! Syabas YB Nizar, S Manikumar. Usaha keras penasihat PKR yang dohormati, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan pemimpin ini sememangnya berkaliber dan berwawasan. Berkat doa dari rakyat akhirnya manusia yang sentiasa dikritik, dicemuh, dianiaya dan difitnah menyebelahi kepada kemenangan. Sudah nyata, memang sah... YB Nizar masih disukai rakyat walaupun dia pernah digelar 'manusia penderhaka' kepada Sultan. Tapi gelaran itu sedikit pun tidak menggentarkan semangatnya untuk terus perjuangkan nasib rakyat.

"Kemenangan ini adalah bukti rakyat menyokong perjuangan Pas, PKR dan DAP."
"Ini juga isyarat kepada kerjaan pusat bahawa rakyat kini mahukan keadilan dalam sistem demokrasi dan rakyat menolak kerajaan yang mengamalkan rasuah, politik wang dan tidak adil."


Betul katanya, memang benar. Rakyat kini telah membuka mata, sudah tahu mana betul dan yang mana salah. Rakyat kini telah bijak memilih pemimpin yang telus dan ikhlas sekaligus membawa negara ke mercu kejayaan. Menyelamatkan negara dari terus dilanda kegawatan ekonomi dan menjadi mangsa kemelut politik 3B... bodoh, biul, bangang. Inilah yang kita tunggu, dan inilah yang kita mahu.

'Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu'...

Sampai bila kita melaungkan-laungkan keadilan, demokrasi, kepimpinan melalui teladan, konsep Satu Malaysia, hapuskan rasuah dan cekap bersih amanah. Di mana bukti slogan-slogan keramat itu sedangkan rakyat mahukan perubahan dalam kepimpinan. Setiap tahun Malaysia akan bertukar tema, mencipta logo, berganti moto mengajak rakyat menjadi manusia bertanggugjawab dan berdisiplin, tetapi pemimpin masih orang yang sama, parti yang serupa... BN/UMNO. Makan rasuah! Hisap darah rakyat! Putar belit rakyat... tipah pun tertipu!

Bukti kekalahan BN pada pilihanraya DUA BUKIT dan menang pada SATU BATANG membuktikan rakyat kini menolak bulat-bulat parti yang memimpin sekarang. Ada di kalangan ahli UMNO yang sanggup tinggalkan suami berbulan semata-mata nak berkempen pada pilihan raya, nak menang, nak dapat nama dan yang penting dapat elaun beribu ringgit. Bila kalah senyap. Bukan tak nampak, bukan tak dengar... RAKYAT MAHUKAN PERUBAHAN PADA PEMIMPIN DAN PARTI!!!

Bila akan adakan perubahan? Bila barisan pemimpin yang terdiri dari UMNO akan mengundur diri? Sebenarnya mereka sedar rakyat dah tak suka, tetapi di sebabkan menjaga periuk nasi masing-masing, mereka masih menegakkan benang yang basah. Memutarbelitkan fakta, menuding jari kepada pihak pembangkang tanpa usul periksa, pantang silap sikit ISA...

Inilah yang harus diperbetulkan. Peranan Datuk Seri Najib sebagai PM amat penting dan mencabar, kemelut yang melanda rakyat harus diselesaikan terlebih dahulu. Krisis politik mesti dikaji semula agar pilihan raya akan datang memuaskan hati semua pihak. Politik dalaman harus disiasat, jangan ada rasuah. Cantas segalanya dengan teliti, agar kepercayaan rakyat dikembalikan semula!


* Terima kasih kepada Encik Amiruddin Ahmad yang tak jemu menghantar berita pada saya melalui telefon & sms, melaporkan cerita-cerita hangat yang berlaku di Bukit Selambau & Bukit Gantang sepanjang 3 hari berkempen. Pengorbanan beliau amat dihargai, sanggup meninggalkan anak isteri demi menjalankan tugas sebagai wartawan RASMI LAMAN REFORMASI & SUARA KEADILAN. Gua caya lu beb!!!

Hanya sekadar renungan...

Untuk pengunjung TAJMAHAL CINTA yang dihormati:

Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati, kita mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama-sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang kita harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kita harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya. Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri...

Kekuatan untuk melepaskan
“Jika mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu, maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia bukan milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego.

Kekuatan dalam komunikasi
Ketika belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang dicintai tahu bahawa kita mencintai dan menghargainya. Jangan takut untuk mengucapkan 3 kata magik: “Aku cinta kamu”. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata - kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya.

Kekuatan semangat
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari - hari kita dengan penuh semangat..

Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan. Kita tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah mempercayainya. Bersikaplah seakan-akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar - benar untuk kita, tanyakanlah pada diri sendiri “Apakah aku benar - benar mempercayainya sepenuh hati?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

Cinta setia antara langit dan laut...


Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama dengan warna laut. Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.

Monday, April 6, 2009

Fitrah hidup...

Pernah dulu... tanpa segan dan silu, aku nekad berjumpanya lagi. Telah lapan kali aku berbuat begitu dan hampir lima tahun memujuknya. Walaupun permintaan aku ringkas tapi ianya penuh makna. Dia tahu dan aku pun tahu. Dia paham dan aku pun memahami. Selama berpisah kami menjadi kawan dan sahabat yang baik. Di mata kaum keluarga dan sahabat handai, ada yang menitiskan air mata melihat keakraban kami. Ramai yang tidak sangka kemesraan kami setelah berpisah. Semuanya memujuk dan menaruh harapan suci agar kami rujuk semula. Hmmm... no komen. Matlamat kami hanya satu, demi anak-anak kami harus berbaik, demi anak-anak kami sanggup terluka... Biar tidak bersama, biar tidak sebumbung, kasih sayang untuk mereka tidak pernah kurang walau seinci pun...

Walaupun dia bukanlah cinta pertama yang pernah singgah di hati tapi kami pernah hidup bersama. Jodoh dipertemukan Ilahi dan kami merelakan. Aku pernah menghormatinya, menyayanginya, aku juga mencintainya di satu ketika dulu dan kami juga mempunyai buah cinta hati hasil dari kasih sayang yang disemai. Dia terlalu baik, dia terlalu lembut, dia terlalu penyayang...

Semalam... untuk kali yang kesembilan, aku terus nekad. Aku lontarkan segala ego, aku buang jauh semua kenangan pahit agar pertemuan kali ini membuahkan hasil, membuka semula pintu hatinya untuk aku. Biar kurawat hatinya yang mungkin masih berdarah. Walaupun seketika dulu... kami pernah sama-sama terluka, dilukai... sama-sama menitiskan airmata, kami sama-sama buntu. Akibatnya, kami menemui jalan penyelesaian untuk hidup berasingan. Tiada lagi cara terbaik untuk kami kembali bersama... Segalanya maha dahsyat, berlaku sepintas kilat. Ermmm.... tapi itu dulu.

Wajahnya masih seperti dulu, lembut, kemas dan masih segak. Cuma rambutnya semakin gugur. Aku kagum, walaupun hidup sendirian dia masih teliti menjaga penampilan diri...

Seperti biasa, aku akan memulakan bicara. Dia hanya diam membisu. Hanya memandang dan menunggu baris ayat yang diajukan padanya. Dari dulu hingga sekarang, dia tak berubah. Lebih suka mendengar dari bercakap. Kadang-kadang aku rasa seperti dihukum... seperti bercakap dengan dinding, bercakap seorang diri! Namun aku terus meluahkan segalanya... dia hanya mengangguk. Mungkin paham dan mungkin setuju. Sesekali dia mengeluh bila aku bercerita tentang anak-anaknya... Tidak seperti dulu ketika bersama, setiap perbualan diselangi gelak tawa dan gurau senda. Aku rindu semua itu!!!

Sekali lagi usahaku hampa... dia menggelengkan kepala apabila aku nyatakan hasrat ingin kembali ke pangkuannya semula. Aku katakan, itulah harapan aku dan anak-anak supaya dia kembalikan kebahagiaan kami dan menjadi satu keluarga semula. Harapanku tinggi, setinggi langit... Hasratku murni... semurni embun menitis di pagi hari. Tetapi mulutnya tetap kata 'tidak boleh' dan 'tidak mungkin akan bersatu'...

Aku mengeluh, termalu dengan diri sendiri. Aku imbas semula, aku ingat kembali... di mana silap kami. Apa punca sebenar perpisahan antara kami... Memang sukar dimaafkan!

"Pesan pada anak-anak, papa akan berkahwin..." Itulah ayat terakhir dari mulutnya. Dia tunduk. Aku senyum, rasa puas dengan jawapannya. Apa lagi... aku angkat kaki dan terus beredar. Padan muka aku!!!

Bersama adik2 nakal untuk projek digital print...

Jadi nenek kebayan... mentang2 dah tuwer, kene jadi nenek.
Heppppp... nakal erkkkk
Tengok Achol ni... belasah kang
Zul... kontrol macho la pulak...
Woitttt... asal jelir2 lidah ni... Gua bukan patung arrrrrr
Afif, macam mata hantu... takottt!!!
Ermmmm... walau apa pun gurauan kita, aku tetap happy bersama u oll... Pengubat sepi di kala sunyi...

Friday, April 3, 2009

Itu yang aku benci...


Aku paling benci pada 'penipuan'... Dari dulu hingga sekarang, aku tetap kekalkan prinsip ni. TAK SUKA MENIPU dan TIDAK SUKA DITIPU!

Tapi itulah takdir, semakin ingin lari dari 'ditipu' semakin kerap ia terjadi. Kali ini aku jumpa dengan penipu besar. Nasib perempuan... bila penuh dengan sifat belas kasihan dan kasih sayang hatinya mudah cair dengan pujuk rayu serta janji manis seorang perayu.

Entah bila dia akan insaf, entah bila dia akan menjelmakan dirinya, entah bila dia akan kembali ke pangkal jalan...

Ini juga takdir bagi aku. Ya, takdir... dugaan dan cabaran adalah hadiah untuk orang seperti aku. Ujiannya terlalu berat, hikmahnya mungkin akan tiba...

Wahai sang pria, kembalilah ke pangkal jalan. Betapa lama aku menagih janji yang kau kotakan sedikit masa lalu... Jangan terlalu lama menipu, kelak makan diri sendiri!

Ingat, doa ibumu dan doa wanita teraniaya pasti akan termakbul akhirnya!!!

Thursday, April 2, 2009

MAT dulu dan sekarang...

Seperti mana yang aku tahu dan sepanjang mengenali MAT, dia ni seorang yang kuat dan setia dengan AMENO. Apa saja program yang AMENO adakan terutama di sekitar Selangor MAT akan turun menyertainya. Senang cerita MAT ni orang kiri dan orang kanan MAT BOTOX. Apa saja MAT BOTOX kata, MAT akan mengangguk walaupun dapat penyapu buruk dari MAT BOTOX. Itu pemberian berharga baginya, kalau boleh MAT nak simpan penyapu tu dalam almari baju. MAT akan terus setia dan sedia berkhidmat untuk AMENO. Hinggakan di satu masa MAT bertegang leher mempertahankan nama AMENO di kalangan kawan-kawan sepejabat. MAT akan pastikan pihak lawannya kalah dalam berpidato tentang politik. Bak kata, kisah politik Malaysia ni dalam genggaman MAT. Kalau ada sesiapa yang berani mengutuk MAT BOTOX, MAT akan bersemuka, paling tidak MAT akan hantar emel, luahkan pendapat yang terbuku di dada MAT yang sedang panas menggelegak. Jadi berderet-deretlah emel dari kaum sepolitik dengan MAT.

Aku juga kenal musuh-musuh MAT di pejabat. Musuh-musuh MAT kawan karib aku. Ha ha ha ha... aku bukan orang tengah dan bukan juga talam dua muka. Dari dulu hingga kini dan selamanya aku bukan penyokong mana-mana parti, tetapi aku dah 'bercerai talak tiga dengan AMENO'...

Dan dari situlah aku kenali MAT dalam hal-hal politik. Tekaan aku tepat, MAT memang orang kuat MAT BOTOX. Dalam isu politik yang dimuatkan di akhbar, MAT dapat banyak contact, semuanya menyebelahi AMENO, tentang bayaran... wallahhualam...

Masa isu 'Derhaka pada Sultan', aku dengar MAT kemain benci dengan mereka yang menderhaka. MAT canang satu kampung tidak suka dengan parti-parti yang mengkritik pendirian Sultan yang meletakkan YB Datuk Zambry jadi MB Perak. Entah berapa karung guni duit yang MAT dapat untuk jadi 'mat sebok'. Padahal aku tahu MAT bukan anak Perak, MAT anak banjar kg ulu, Kuala Selangor. Pe hal dia nak sebok2...

Tapi bila isu pelantikan bakal PM baru, Datuk Seri Najib Tun Razak, aku tak dengar pun suara dari MAT. Sunyi sepi. Pelik, seorang kaki canang politik boleh berdiam diri. Kemenangan KJ sebagai Ketua Pemuda pun MAT diam. Kenapa MAT senyap? Puas aku cari sebab kenapa... Takkan MAT dah dapat isteri baru kut, tak mungkin. Dulu pernah MAT bagi tau, kalau niat murninya itu ada... anunya kena 'kerat lapan belas, cincang sampai lumat'... Aku tau MAT takut bini. He he he he...

Tup-tup... baru-baru ini MAT muncul di kedai kopi, tapi bukan dengan aku. Kawan-kawan MAT yang bagi tau. Mereka semua terkejut MAT kini sudah beralih pandangan... MAT sekarang dah mula cerita pasal politik wang. Mengkritik dan benci pada pemimpin yang ada rekod buruk dalam politik wang. Paling terkejut, MAT dah pandai cerita pahala dan dosa. MAT kata politik wang membawa kesan negatif pada masyarakat. MAT risau pandangan mereka, terutama orang-orang kampung yang akan mengundi pada PRU 13 akan datang.

Wahhhhh.... tegak cuping telinga aku dengar MAT dah kembali ke jalan benar. Alhamdulillah kalau dia betul-betul insaf. Kesian MAT BOTOX tak ada PA terhormat macam MAT. Tapi sampai bila MAT boleh kekal jadi manusia berkualiti, apa akan jadi kalau MAT dihidangkan dengan RM yang bernilai ribu riban atau jutaan... Mesti terbeliak biji mata MAT.

Entahlah... MAT kau pikirlah sendiri!!!!

Ermmmm....


I have nothing else to say...

Wednesday, April 1, 2009

Cerita hebat, Cinta hebat


A LOVE TO KILL... 'SANGGUP MEMBUNUH KERANA CINTA'
Ermmm... Bila hati dikuasai cinta, bila jiwa dibuai rasa... hidup yang sepi jadi indah dan bila kuasa cinta mula bertakhta, manusia sanggup membunuh asalkan cinta hatinya ada digenggaman. Tapi itu hanya jalan cerita daripada sebuah cerita cinta...

Filem Korea ini begitu merentap jiwa, mata mengantuk pun sanggup ditongkat dengan batang mancis. Kalau dulu lingkaran jam 9 malam, mata dah mula layu... tapi sekarang pukul 11.30 mata masih segar. Apatah lagi cerita 'A love to kill" baru ditayangkan untuk dua siri. Kena konsentrate, kena paham jalan cerita... Kalau tak, rugi!

Maaf anak-anak... ibu korang dah tukar time tidur, so dari jam 10 hingga 11.30mlm televisyen 'ana yang punyer'...

Itulah penangan cerita Korea, biar tak cukup makan, biar tak cukup tidur... asalkan puas dapat mengikuti jalan cerita. Sebab, aku hanya hidup dengan angan-angan... Hari ini, esok, lusa dan seterusnya aku hanya mendengar bisikan suara hati... Itulah dorongan hidup. Segalanya di atas bahu jemala patik!

Dunia kini sudah berubah!!! Aku bukan seperti dulu...

Selamat pengantin baru Farah...

Ayie posing bersama bunga pahar... apa mak kesahhhhh....
Di majlis tepung tawar di Ipoh


Tuuuuu... aku bersama sepupu-sepupu...
Romantiknya pengantin ni... semoga bahagia ke anak cucu cicit
Ermmmmm... kalau dah berkumpul mcm gini larrrr, sumer nak posing... pentas pun tk muat...

Cikgu Norashid Untong, ayahanda yang tercinta... Garang siut... tapi tegas!!!

Inilah ibu bapa pengantin perempuan yg sporting dan pernah menjaga aku semasa zaman sekolah, terima kasih ibu Hartini, terima kasih ayahanda Abdul Halim. Budi dan jasa kalian, aku kenang sampai mati.