Tuesday, June 24, 2008

Seksanya 'beranakkan' si bongsu...


Satu lagi azab yang terpaksa aku terima, tentang gigi lagi. Si 'bongsu' rupa-rupanya masih mahu lahir, tapi tidak normal. Dia bersembunyi malu di bawah gusi, bisanya amat menyeksakan aku. "Gigi cantik, tapi yang bongsu ni tumbuhnya mereng!" kata doktor dari seberang. Aku pun dah hampir mereng menahan sakit yang teramat... amat sakit! Nak tergelak pun ada, dah berusia macam ni pun masih nak tumbuh gigi. Gila...
Dah sakit, apa lagi... mula mencari mereka yang terdekat... Saja, nak berkongsi sakit...
Mak kata, "Sapu yang bengkak dengan cuka + nila..." aku buat...
Kakak kata, "Kumur dengan air garam, nanti ok la tu..." aku ikut...
Adik perempuan kata, "Rendam bunga cengkih pastu minum airnya..." aku buat juga...
Adik lelaki kata, "Kalau ubat doktor pun tak jalan, bunuh 'ibunya' (dia gelak)..." yang ni nak kena belasah!
Anak kata dalam perli, "Mak duduk diam2, jangan cakap. Nanti bentan. Kalau nak apa-apa sms, tulis kat kertas..." aku pandang, dia jeling sambil genyit mata. Buat aku lagi sakit!
Tetapi.... paling sakit bila doktor kata gigi bongsu kena cabut dengan kaedah 'operation'.... mesti kena buang! Kalau tidak sakitnya akan berulang lagi. Aku terus demam....

1 comment:

Meen Zuleyka said...

cabut jer si bongsu tuh...