Sunday, November 30, 2008

Cakar harimau di usia 40 an...

ANGKA 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru, semakin matang. Bagi wanita usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, dan selalu dikaitkan dengan musim saham mula menurun.

Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali untuk memperlekeh kaum wanita. Cuma saya ingin bercakap perkara yang betul di depan mata. Satu hakikat perihal Adam dan Hawa.

Macam mana pun golongan pejuang wanita menegaskan tidak ada beza antara lelaki dan perempuan, saya tetap berasa ada perbezaan yang jelas. Ini bukan soal fizikal - yang memang jelas ada bezanya - tetapi ciri-ciri lain yang menyebabkan Leha dan Leman tidak serupa.

Sebenarnya, awal-awal sudah berbeza. Dari segi tahap kematangan semua orang mengakui perempuan lebih cepat dewasa berbanding lelaki. Anak perempuan baligh lebih awal dari lelaki. Ada gadis yang mula haid seawal sembilan tahun. Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa.

Mereka yang mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan boleh melihat hal yang sama. Baru darjah enam anak perempuan sudah boleh diharap mengemas bilik tidur, mencuci pinggan mangkuk, membancuh susu adik. Anak lelaki sudah tingkatan tiga pun masih tidak tahu apa-apa.

Sebab itu orang putih kata, kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40 tahun. Konon, pada usia ini lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin, lebih itu, lebih ini.

Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil: konon pada usia 40 inilah degree kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat!

Miang, gatal, merenyam, gelenyar... banyak lagi istilah-istilah (maaf, sesetengahnya tidak sesuai disiarkan sebab kedengaran kurang sopan) yang seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki setelah melewati usia empat puluhan.

Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antaranya, yang paling biasa: suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, suami kahwin baru.

Bukanlah hendak menyebelah lelaki, tetapi pada hemat saya andaian seperti itu adalah rambang dan sekali gus tidak adil. Sebab, bilangan suami yang main kayu tiga, atau membuka 'cawangan' baru adalah kecil, terlalu kecil. Mungkin yang jeling-jeling wanita lain ramai, tetapi percayalah jelingan itu tidak membawa apa-apa mudarat. Lagi pun ada sebab suami menjeling wanita lain.

Maaf cakap, ketika suami mula 'meriah habis' pada usia 40, wanita pada usia tersebut dikatakan mula mengendur dan 'dingin' dalam banyak hal. Sebenarnya, ini diakui sendiri oleh ramai wanita, sebab itu mereka tidak suka usia empat puluhan disebut.

Pendek kata, angka 40 membawa persepsi yang berbeza kepada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, usia tersebut dikaitkan dengan kematangan dan kehebatan, bagi perempuan, usia tersebut sering digambarkan sebagai peringkat saham menurun.

Kalau ada suami yang mula menunjukkan tanda-tanda 'keriangan' luar biasa, saya ada panduan untuk isteri menyekat suami main mata dengan orang lain. Kaedah ini tidak ada dalam buku motivasi suami-isteri, tetapi boleh dicuba.

Pertama, layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan. Contoh: "Fuhhh, misai abang sekarang tebal semacam, kita tengok pun geram!" Atau: "Abang sejak minum kopi herba tu, kita rasa luar biasa!"

Kata-kata seperti ini boleh membangkitkan semangat dan suami merasa dihargai. Tetapi jangan cakap sahaja, isteri patut buktikan dengan perbuatan. Jika hanya pandai memuji misai, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian tentang misai itu tidak bererti langsung.

Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.

Masalahnya ialah wanita pada usia 40, lebih-lebih lagi yang sudah beranak ramai, sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab kesibukan di pejabat atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Letak sahaja kepala di bantal, terus berdengkur.

Pada hemat saya, tanpa mengira usia, isteri patut bijak melakukan reaksi-reaksi hangat semasa berdua di kamar tidur. Mungkin boleh cuba urutan cakar harimau yang popular itu. Sambil mencakar boleh bergurau senda, dan puji-puji tentang misai.

Kalau cakaran harimau sudah mengena, suami yang letih menjadi segar semula. Pasti suami akan membalas dengan cakaran kucing jantan. Bayangkan apa akan terjadi apabila cakar berbalas cakar. Tentu harimau akan mengaum. Tapi awas, jangan sampai kena tendang ke bawah katil!!!

Kedua, isteri mesti terus bergaya. Sebenarnya wanita pada usia 40-45, masih cantik dan menawan. Masih anggun dan mempesona. Memanglah tidak 'cun-melecun' seperti gadis belasan tahun 'trang-tang-tang'. Tetapi sekiranya bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.

Masalahnya ialah sesetengah isteri, terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal keterampilan diri. Tidaklah selekeh, tetapi kurang mesra alam. Rambut tidak disisir, menggerbang macam langsuir atau penunggu pohon beringin dalam Misteri Nusantara. Dahi berkerut, bibir berkedut. Tanpa bedak, tanpa gincu. Pipi pun berminyak semacam.

Sudahlah begitu, pakaian pun asyik kain batik lusuh dengan t-shirt Pagoda leher bulat yang ketiaknya terkoyak sedikit. Ini sudah menjadi uniform tidak rasmi suri rumah yang tidak berseni. Sesetengahnya langsung tidak berbaju, hanya berkemban. Sudahlah berkemban, nampak bulu ketiak keriting, betul-betul macam ibu si Tenggang.

Sebenarnya, mendandan diri bukan susah sangat. Lagi pun kebanyakan suami tidak cerewet sangat. Suami tidak mengharapkan isteri menyambutnya dengan pakaian berjenama antarabangsa, atau jari lentik dengan kuku berwarna, bibir merah dan basah berkilat, rambut ikal mayang teknik rebonding, alis lentik bagai penari Mak Yong.

Apa yang dikehendaki oleh kebanyakan suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan lentuk sangat, suami naik lemas pula. Rambut perlu disisir kemas, pada hari-hari tertentu (petang Khamis umpamanya!) boleh letak bunga rosdi kepala. Tetapi, jangan pula terlebih hingga pacak bunga manggar di kepala. Nanti suami ingat isteri sudah sewel.

Pipi patut dihias supaya tidak nampak berminyak macam mamak jual capati. Kalau tidak mampu pakai bedak yang berjenama, bedak biasa pun boleh, asalkan disapu dengan kemas. Jangan asyik lumur dengan bedak beras sejuk sehingga wajah kelihatan seperti wayang China purba!

Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat. Kalau tidak ada pewangi pun gunakanlah haruman ash dari bunga cempaka, melur, kenanga atau lain-lain bunga wangi. Kalau pun teruk memasak di dapur pastikan bau serbuk kari, sambal belacan, budu, atau bau ikan pekasam goreng tidak melekat di tubuh.

Ketiga, mesti selalu senyum. Sambutlah suami dengan senyum paling manis. Senyum yang ikhlas dan bukan dibuat-buat. Ingat, orang lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu. Tetapi, jangan tersengih tidak tentu pasal, nanti suami ingat isteri tersampuk puntianak sundal malam.

Tidaklah diharapkan isteri mengurut-urut bahu atau dada suami sebaik masuk ke rumah, lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak. Memadailah isteri menegur: "Abang nampak letih, boleh kita ambilkan air? Abang nak air sejuk atau air panas?"

Keempat, etika di bilik tidur. Ini paling penting, sebab bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bunga wangi di atas tilam. Barulah bersemangat untuk cakaran harimau atau cakaran kucing.

Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati empat puluhan, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tidak ada bau minyak wangi, seperti zaman baru-baru kahwin dulu. Apa yang memenuhi bilik tidur sekarang hanyalah bau minyak angin.

Bilik tidur penuh dengan beraneka minyak angin. Penjuru katil ada minyak lenguh sendi, tepi bantal ada minyak sengal tulang, atas tilam ada minyak pening kepala, bawah katil pun ada minyak semput.

Walaupun sudah lenguh sana-sini, minyak-minyak itu bukan di kamar tidur tempatnya. Kalau setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk mencakar. Ini yang isteri kena faham.

Selamat mencakar ..... Aummmm !!!!

Sunday, November 16, 2008

Hmmmm... sedap kek nih!



Ginilah idup, bawa haluan sendiri... kadang2 lepas keje member ajak lepak2 kat kopitiam pak li sec 18, teman join la skali. Pekena ice blended tiramisu ngn laksa katong... perggghhhhh!!!!

Tapi aritu makan kek jer, sedapnyerrrrrr... Memang sedap!!!
Kek harijadi adik2 kat opis... kek coklat strawberi, my fevret tuhhh...
Sejambak bunga untuknya, tanda ingatan tulus ikhlas dari aku...

Hmmm... Pastu main bowling kat tingkat atas. Tapi bila anak-anak dah asyik sms, tanya bila kul brapa nak balik... kena la angkat kaki, balikkkkk!!!

Sunday, November 9, 2008

Doa untuknya...

Semalam aku mendapat khabar berita daripada bekas kakak ipar. "Mak sedang sakit", katanya dengan perlahan. Termenung aku seketika. Terbayang wajah tenangnya... wajah tua yang selalu senyum bila aku menciumnya. Tangannya kemas mendakap tubuhku bila aku memeluknya, sambil berbisik "Jangan lupa datang lagi, bawa anak-anak sekali..." Lama dia memegang tangan aku, dalam senyum aku tahu dia sebak.

Itu dulu. Lebih kurang empat lima tahun lepas. Kali terakhir kami bertemu sebelum dia berangkat ke tanah suci menunaikan umrah. Selepas itu aku cuma bertanya khabar saja. Bukan tidak sudi, tetapi tidak mahu airmatanya mengalir bila kami berjumpa. Aku tahu, dia terluka dan aku pun terluka. Semuanya disebabkan sedikit salah faham antara kami dan keluarga.

Petang semalam aku membawa anak-anak bertemunya yang kini terlantar. Usianya hampir tujuh puluh lima tahun. Tubuhnya bertambah susut, kulitnya makin gelap. Mungkin disebabkan selera makannya hilang sejak akhir-akhir ini. Tidak seperti biasa, matanya hanya pejam. Tiada senyuman, tiada bisikan. Cuma mulutnya bergerak-gerak.

Aku genggam tangannya, sejuk. Kakinya juga sejuk. "Semalam mak meracau-racau..." kata bekas adik ipar. "Tapi doktor kata keadaannya stabil. Cuma mungkin sebab ubat yang dimakannya belum sesuai dengan dirinya..." tambahnya lagi. Aku genggam tangannnya kemas...

Aku jadi risau. Timbul rasa sesal dalam diri... kerana dah lama tidak datang menjenguknya. Aku tau, dia berkecil hati dengan keputusan aku. Dalam hal ini, kadang-kadang aku terpaksa ego untuk menempuh hidup mendatang. Mahkamah keluarga tidak dapat menyelesaikan masalah kami. Pernah terkeluar kata-kata dari mulutnya,aku ni keras kepala dan berhati batu. Mungkin benar, aku terlalu tegas dengan keputusan. Biarlah, benda dah berlalu... Yang luka aku, yang diluka pun aku dan yang terluka pun aku...

Anak-anak mengurut-urut kakinya yang sejuk. Aku amat berharap dia membuka matanya. Walaupun dia sudah tidak kenal aku, malah anak-anaknya atau sesiapa yang datang, sekurang-kurang dia dengar suara aku. Biar dia tahu, aku kini ada di sampingnya...

Sehinggalah tiba masa aku beredar, matanya masih tertutup rapat. Anak-anak aku juga sedih melihat keadaan 'Tok Mak' mereka. Namun aku tetap berdoa agar dia kembali pulih dan sihat seperti sediakala. Walaupun dia bekas ibu mertua, aku tetap menghormatinya. Dia terlalu baik dan selalu mengambil berat. Hingga sekarang aku sentiasa menanti berita dari anak-anaknya, agar dia telah kembali sedar....

Wednesday, November 5, 2008

Kita manusia tidak sempurna


Apakah yang engkau cari
Tak kau temukan di hatiku
Apakah yang engkau inginkan
Tak dapat lagiku penuhi
Begitulah aku
Fahamilah aku

Mungkin
Aku tidaklah sempurna
Tetapi hatiku memiliku sepanjang umurku
Mungkin aku tak bisa memiliki
Dirimu seumur hidupku

Apakah yang engkau cari
Tak kau temukan di hatiku
Apakah yang engkau inginkan
Tak dapat lagiku penuhi
Begitulah aku
Fahamilah aku

Mungkin
Aku tidaklah sempurna
Tetapi hatiku memiliku sepanjang umurmu

Mungkin
Aku tak bisa memiliki
Dirimu seumur hidupku

****************************************
Hayatilah senikata lagu Samson...
Manusia ni tak pernah puas dengan apa yang ada...
Ego dalam diri sentiasa menguasai hati dan jiwa...
Ha ha ha... kadang2 hidup ni kena ada ego, tpi jgn over!!!

Tuesday, November 4, 2008

Apa yang lelaki mahu?


Kisah pergaduhan pasangan artis yang sedang hangat diperkatakan masa ini amat mengecewakan. Pasangan yang dianggap romantis dan jarang dilanda gosip panas akhirnya menemui jalan penyelesaian di pintu mahkamah syariah. Pastinya hubungan mereka telah lama dingin hanya retak menunggu belah. Dari kata-kata dan luahan isteri seperti telah mempunyai masalah rumahtangga... "Asyik sibuk dengan perempuan jer..." Nyata dan jelas, dari ayat yang keluar dari mulut, si isteri telah lama memendam rasa. Mungkin juga mereka selalu bertikam lidah tentang masalah ini, cuma belum meletup dan diketahui umum.

Sedih, pasangan ini juga dianggap idola kepada peminat sebagai suami isteri yang menjadi contoh bagi pasangan-pasangan lain. Mana tidaknya, setiap kali ada gathering ataupun majlis-majlis selebriti mereka amat romantis sekali. Ada ketikanya makan pun bersuap, tangan asyik di pinggang. Amat mengagumkan! Timbul pula rasa cemburu...

Tapi bila meletusnya berita hangat, dengan sekelip mata aku telah hilang respek pada lelaki itu! Memang biasa bagi lelaki kalau ada perempuan simpanan, tidak pelik kalau setiap malam ada suami tidur dengan handset di tangan, perkara biasa kalau lelaki keluar makan tengah hari dengan girlfriend walaupun isteri memasak di rumah.... Tetapi yang aku geram bila memikirkan artis lelaki itu sanggup berpoya-poya sedangkan isterinya baru saja bersalin. Masih dalam pantang! Rasanya sakit bersalin pun belum pulih lagi!!! Wahai kaum lelaki, tahu tak betapa sakitnya mengeluarkan zuriat dari rahim... azabnya sakit ketika bersalin!

Aku juga tidak bersetuju dengan cara artis perempuan menyelesaikan kemelut yang mereka hadapi. Menyerang dan menjerit di khalayak ramai. Cara begitu tidak menyelesaikan masalah, malah orang keliling akan bertepuk tangan melihat drama 'real' di depan mata. Memang tidak profesional. Tapi iyer la... hati tengah menggelegak, langit pun boleh runtuh. Orang tengah marah, macam-macam boleh jadi.

Entahlah... perkara begini bukan terjadi di kalangan selebriti, rumahtangga orang lain pun selalu meletup juga, macam Altantuya kena letup dgn C4. Bila mata sudah dikaburi iblis, mabuk asmara pun menjadi-jadi... rumah atas langit pun boleh runtuh. Mulalah, siang malam kira bulan bintang. Pergi mana-mana pun hanya wajahnya yang menjelma. Angau, khayal, makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena. Mulalah lupa nak beli barang dapur, lupa bantu isteri salin lampin anak, lupa nak mop lantai setiap hari minggu. Hand set pun bawa mandi, takut buah hati merajuk.

Bila ikan di depan mata takkan nak tengok je, betoi tak? Sanggup serahkan jiwa dan raga, rasa dunia ini miliknya!!!

Tidak dinafikan, salah perempuan juga. Gelap mata bila diumpan dengan wang ringgit, harta berjuta. Agaknya hidup di Kuala Lumpur ni perlukan sara hidup yang tinggi. Mana cukup kalau kerja model atau pelakon tambahan nak sewa villa atau kondo tinggi mencecah awan. Perfume mesti berjenama, takkan nak guna deodoran jer, ketiak berbau Bangla pun tak nak dekat. Nak beli make up je beratus ringgit, nak tampal muka yang banyak jeragat dan jerawat. Nak jaga 'standard'... makan habis koman pun kat Starbuck, Victoria Station, Secret Recipe....

Kalau pilih lelaki bujang konfem tak mampu, nak tak nak kena cari 'laki orang' yang berduit. Takkan nak teguk sirap ais dengan goreng pisang jer. Lama-lama kembong, tak pun kuku patah tak cukup vitamin. Mulalah menggesel-gesel lelaki yang poket penuh. Tak kiralah laki orang ker, tunang orang ker, lelaki dah ada cucu ker... Hmmm.... kalau dah dapat yang muda dan ranum, apalagi... lelaki sanggup tinggalkan keluarga demi kekasih tercinta.

Maka keluarlah statement; "A hadir dalam hidup saya sebagai pembakar semangat, M pula sebagai penyelamat dalam kehidupan saya!"... Apa maknanya semua ini? Lelaki ini memang buta hati perut!

Bila dengar statement lelaki ini, hati aku yang rasa terbakar... Senangnya lelaki mencari jalan penyelesaian. Ingat perempuan ni macam kain buruk ker, ingat macam pampes ker, dah pakai lepas tu buang!!! Apa lagi yang dia mahu, dapat isteri yang cantik, kulit putih bersih gebu, sanggup berkorban mencari nafkah bantu suami, anak tiga tapi badan macam anak dara! Tapi bab-bab dalaman tu aku tak tahu larrrr...

Dunia, dunia, dunia... makin lama, makin panas!

Monday, November 3, 2008

Bersantai di Janda Baik...












Bekerja sambil bersantai... memang seronok, memang best! Program ini dianjurkan oleh team Web Multimedia (Editor, Designer, Programmer). Penginapan ditaja oleh bos (rumah bos), so tak ada masalah lah nak cari tempat tidur. Seperti biasa... akulah jadi tukang masak... makan tengahari, makan malam, sarapan pagi... wah.. best sangat. Malam minggu BBQ, makan sampai pukul 3 pagi!!! Anak-anak mengeliat bila time balik, mereka seronok di sana.

Air terjun yang cetek memang sejuk dan menyamankan. Suasananya mendamaikan jiwa... tapi bila anak menjerit ada pacat, semua bertempiaran lari... ha ha ha.

Ikan dalam kolam, berebut-rebut nak tangkap buat bakar... hampeh, puas kejar tpi tak dapat sekor pun. Pancing pun tunggu lama baru dapat...

Seronok, tapi tak boleh lama2... kena balik opis, nak siapkan kerja pulak.

TQ Afif & wife.
To Warda, Ana, Nisha, Akma, Nana, Achol, Zul, Cat, Din, Yo, Ayie... Thanks to u oll!!