Thursday, June 19, 2008

Rintihan seorang teman, kesian...

Sudah lama kami tidak bertemu, rasanya hampir tiga tahun. Kali terakhir aku menghubunginya untuk memberitahu bahawa aku akan berpindah ke Kelantan. Selepas itu hubungan kami terus terputus, sepi tanpa berita.
Tapi, panggilannya minggu lepas mengejutkan aku. Berita yang dikhabarkan seakan tidak percaya. Diakui, teman aku ni seorang yang cantik jelita, kulitnya putih bersih macam taufu fa. Tutur katanya lemah lembut, telinga yang mendengar suaranya boleh jadi kembang. Berkerjaya, seorang programmer, graduate over sea. Orang kata dari hujung rambut sampai hujung jari kuku dia ni memang ‘perfect’. Sampaikan nak bersalam pun rasa segan, maklumlah tangan aku ni kasar macam kertas pasir.
Dia memang beruntung, amat bertuah mendapat seorang suami yang berkedudukan tinggi. Aku tak tahu suaminya kerja apa, tapi gaya hidup mereka mewah. Orang berada! Rezeki Allah…
Pada pandangan, pendapat aku mereka berdua ni memang ‘loving couple’. Cakap je tekak nak makan apa, pasti dapat. Bak kata minum pagi kat Jepun, makan tengah hari kat London, makan malam kat Muara Klang. Ishh.. ishh… Jauh, macam langit dengan bumi jika dibandingkan dengan aku yang hidup kais pagi makan pagi, kais kais kadang2 tak dapat pun. Begitulah gambarannya…
Aku gembira melihat teman bahagia, seronok bila tengok mereka bergurau senda suami isteri. Tak cemburu tapi jeles...
Tetapi inilah kenyataan yang harus di terima. Kita insan kerdil, sentiasa ada kekurangan. Hampir 10 tahun menyulam kasih, berintikan cinta, tapi sayang benih tak subur. Mereka tidak ada cahayamata. Sebabnya, wallahualam…
“Tolong la, aku dah tak tahu nak buat apa…” katanya dalam tangis.
“Sabar. Aku nak buat macam mana. Dia nak anak, itu keputusannya. Dia lelaki! Kau terima je la… kau tahan dulu, terima wanita itu sebagai madu.” Entah… aku pun tak tahu nak cakap apa.
“Please… aku tak boleh terima semua ni!” Hmmm…. Aku pun bingung!
Aku tidak menyebelah mana-mana pihak. Kedua-duanya sempurna, baik. Tidak tahu di mana silap mereka. Aku pening!
Tapi aku sayu dengan cerita teman ni. Dia tidak tahu langsung suaminya mempunyai niat untuk berkahwin lain. Seperti biasa suaminya pulang ke rumah, mereka tetap mesra seperti biasa. Bercumbuan, berpelukan, bermesraan sambil bersuapan kut…
“Abang nak anak. Izinkan abang kahwin lagi satu…” tiba-tiba. Aduhhh… kesiannya. Dan sejak itu mereka terus dingin hingga kini. Aku kira bukan teman aku je yang tak boleh terima. Semua wanita di dunia ni akan berasap telinga bila suami mereka cakap macam tu…
Terharu… aku lihatnya wajahnya tidak ceria seperti dulu. Hatinya tercalar luka. Kusut masai macam orang mati laki. Paling terkejut, dia ambil keputusan untuk bercerai! Aku pegang tangannya, suruh berfikir masak-masak. Linangan airmatanya menggambarkan dia ‘terpaksa’ nekad dengan keputusan itu. Aku tahu dia masih sayangkan suaminya. Kasih sayang mereka berdua masih tebal, harum semekar bunga tulip.
Aku ceritakan padanya dari A to Z, aku bawa dia balik ke rumah… biar dia lihat sendiri bagaimana kehidupan selepas bergelar ‘single’. Biar dia tahu, biar dia rasa macam mana aku rasa. Aku tidak mahu kekesalan menghantui hidupnya nanti. Cerita punya cerita aku yang tak tahan dan kami sama-sama menangis!
Aku doakan semoga dia kembali ke pangkuan suaminya. Membina semula bahagia yang telah sedia ada. Lupakan pepatah ‘retak menanti belah’, retak sikit2 tak per…. Adatlah tu!

Aku ni dah macam kaunselor la pulak. Bila ada teman2 yang ada problem rumahtangga datang jumpa aku. Gaduh ngn laki pun nak cerita kat aku. Macam-macam hal! Lama-lama kepala aku yang pecah nak pk masalah dorang ni. Kononnya aku ni banyak pengalaman, boleh bagi nasihat. Minta pendapat apa nak buat kalau laki dorang tu main kayu tiga ke, tak balik umah ke, ada simpan pompuan ke. Senang… aku jawab, buat bodo jer…

4 comments:

Anak Bulan said...

ini bab sensitif nir. Silap2 terbang pinggan mangkuk.

tapi kawan puan ni ada rasionalnya lagi.

menangis biasa lar kan. Takkan dia nak gelak lompat2 pulak.

harap2 kawan puan tu dapat nasihat dari orang2 yang pakr.

Shima said...

Thanks anak bulan, gitu la kalo dah namanya pompuan. Sebak sikit nangis...
Tapi saya mmg kesian dgn mereka ni, kawan baik masa sekolah. Harap2 tidak berlaku pergaduhan/perceraian antara mereka. Doakan mereka bahagia semula...
Saya suka melihat pasangan yg bahagia...

E.F.J said...

benarlah kata orang, kita takkan dapat semua benda dalam hidup kita. ada kelebihan dan kekurangan..

cuma panjatkan kesyukuran kita pada Allah atas apa yang sedang kita miliki sekarang dan nikmatilah pahit manis hidup ini seperti adanya...

Shima said...

Thanks e.f.j... ???
Welcome...