Sunday, June 15, 2008

Pasrah tapi tak rela...

Hari itu, aku ke doktor lagi. Sakit kali ini tidak tertahan. Makin lama di tahan makin terseksa. Bulan lepas doktor memberitahu aku, benda itu patut dibuang, kalau tidak pun mesti diubat. Lama-lama takut akan parah, berjangkit ke semua tempat. Menggigil aku mendengarnya, sejuk kaki tangan menerima berita itu. Adoooiiii….
Hari ini. Dengan langkah longlai aku ke doktor semula. Kali ini aku pasrah, apa nak jadi, jadilah. Aku kena terima! Sakitnya semakin menggunung, terasa semua urat mahu putus. Tak tertahan beb, kepala rasa mau pecah.
Dengan bertemankan dua orang sahabat, aku terpaksa ‘memberanikan’ diri. Hanya mereka yang tahu penyakit aku ini. Psssttt… dorang jer yang tau! Merekalah sahabat dari dulu, kini dan selamanya, kut…. Menangis bersama, ketawa mereka kuat sikit dari aku. Aku sedih dorang pun sedih. Aku tak makan, dorang belikan makanan. Aku susah, dorang hulurkan bantuan. Bak kata, hujan ribut petir panas taufan kami tetap bersama. Tapi malam2 dorang ngn laki dorang laaaa…
Tangan dah sejuk, kaki menggigil. Rasa nak lari keluar pun ada. Ishh… lambatnya nurse nak panggil nama aku. Wajah doktor semakin menghantuiku. Kalau ikutkan hati mahu saja aku tangguhkan appointment dengannya. Mesti sakit, mesti perit… aduh, takutnya!
Aku pandang kedua sahabat, mereka tersenyum. Aku pandang lagi, mereka paling muka ke arah lain. Aku tahu mereka tidak mahu aku gugup, resah gelisah menghadapi kenyataan ini.
Akhirnya… namaku dipanggil. Rasa nak pitam. Aku tarik baju sahabat di sebelah. Dia mengiringi aku ke bilik rawatan. Aku takut! Dia pujuk memberi semangat pada aku. Kini aku berada di depan doktor, airmata mula bergenang. Gunting, segala besi tajam, jarum juga berada di depan aku. Sahabat setia aku telah keluar dengan arahan nurse. Hanya aku dan doktor yang tinggal di bilik itu. Wajahnya yang segak selama ini aku pandang, dah bertukar macam muka hantu yang menunggu masa mencekik mangsanya.
“Baring, jangan takut. Saya buat tak sakit…” Katanya lembut. Aku tarik nafas perlahan-lahan. Ku pejamkan mata rapat-rapat.

“Mak, ayah… tolong!!!! Sakitnya tampal gigi!!!”

5 comments:

Anonymous said...

cheh!buang masa aku jer....

Anonymous said...

hahahahahaha!

Shima said...

Jangan mare arrr...
Asyik duk citer sedey jer, pe salahnya sesekali kita bergurau sende...

Tapi bab2 sakit ni saya mmg gentar... takut nak jumpa dokter!!! maklum la, kalo sakit pun sendiri tanggung, sendiri jaga, sendiri mau ingat... hu hu hu

Jumpa Dr. Tuah jer x takut... he he he

Anak Bulan said...

mujurlah puan tak tercabut gigi dentist tur!!!!

kata nenek saya banyakkan makan ulam, gigi jadi kuat.

Shima said...

Dah makan byk ulam la ni, sampai org kata macam kambing. he he he