Thursday, June 12, 2008

Hanya Aku & Dia

Dia kata cinta itu indah, Aku kata cinta itu sepi…­
Dia kata cinta itu bahagia, tapi Aku kata cinta itu durjana…
Cinta itu unik melankolik, kata dia lagi.
Aku tetap kata cinta itu berbisa…
Dia kata dan berkata lagi, cinta itu terlalu bahagia dan indah.­­­
Aku kata cinta itu pedih & undang sengsara…
Dia pujuk Aku lagi, katanya cinta bagai syurga, Aku kata ia dusta!
Aku terus tunduk membisu, mengenang cinta lalu…
“Cinta memang indah, tapi sengsara bila cinta pergi…”

Cinta pada Allah, itu yang sebenarnya. Tiada sengsara, tiada duka, tiada tipu daya… jiwa akan sentiasa tenang mengingatiNya…

8 comments:

tyra said...

amboiii...syahdunya, menitis air mata. I doakan semoga bertemu jodoh dalam masa terdekat ni. Kesian sgt... rasanya shima dah lama sgt menderita. Harap2 ketemu jodoh dgn yang terbaik. InsyaAllah!!

Shima said...

Jodoh?... Alhamdulillah jika ada, masalahnya tak ada yang sudi (tak mandang). Dah tak mengharap, klau ada tuhan bagi i terima seadanya, klau x de... nga-nga jer ler...
Thanks Pn Tyra krana sudi msuk blog i ni, anak2 dan suami apa kabar... smoga bahagia hendaknya.
** Kita ni pipit di pinggir sawah, manakan sama enggang di awan biru...

Anak Bulan said...

cintaku pada nori,
terhalang oleh khairy....

he he he acah ajer
kang tidur luar malam nie...

meenzuleyka said...

setuju...CINTA PEDIH BILA IA PERGI...

Shima said...

Anak Bulan: Haaaa... saya x tanggungjawab ek, kalo tido luar mlm ni. Tapi kalo nak, saya anta 'klon nori'... he he he

* KJ bz ngn skandal dia arrrr....

salina.ibrahim said...

kak sima, sedap pulak tengok makanan kat sebelah tu. Bila nak buat makan-makan lagi? Saya merindui tempoyak kak sima! heheh

Good luck ya dengan blog ni, mudah-mudahan terus asah kreativiti.

Shima said...

Tenkiu Sali. Novel baru dah kuar ker?
Nak makan dtg umah, bawak la bopren skali... he he he
K Shima ada resipi baru, nak rasa silalah datang!

Adi Iskandar said...

Si Ai En Tee Ay..
Sendiri mau ingat la.
Kan?.. Kan?.. Kan?..