Friday, June 6, 2008

Kesian nelayan...

"Tingkatkan hasil nelayan untuk menampung peningkatan kos diesel ketika ke laut. Nelayan perlu meningkatkan produktiviti tangkapan supaya dapat menampung kos penggunaan minyak apabila turun ke laut. Katanya, bagi bot-bot nelayan besar mereka mesti mendapatkan sekurang-kurangnya 5 tan ikan, berbanding hanya 3 tan sebelum ini bagi mengelak sebarang lebihan kos berlaku.”

Petikan daripada sebuah surat khabar. Hmmm… ingatkan dah reda memikirkan isu harga minyak Tapi bila terbaca story ni, rasa geram la pulak. Pusing-pusing yang kena rakyat jugak. Saranan kerajaan, kena ikut, mesti patuh. Undang-undang digubal hasil dari kata putus menteri. Konon!
Berapalah sangat hasil pendapatan nelayan kita. Berapa kerat tenaga muda yang meraih rezeki di laut yang terbentang tu. Boleh dikira. Majoriti semua yang telah berusia. Sudah bercucu, cicit pun ada!
Arahan yang dikeluarkan seperti ‘terpaksa’. Kalau tidak mana cukup nak suap anak isteri makan nasi. Mana tahan kalau hari-hari anak kecil minum susu cair. Nak tak nak, kenalah ke laut. Kalau dulu pergi pagi balik malam, sekarang pegi pagi balik subuh. Kalau musim hujan, mungkin seminggu agaknya di laut. Nyawa di hujung rambut, entah hidup atau entah mati ditelan jerung. Situasi begini memang menyedihkan.
Cuba bayangkan… kalau barisan menteri kita ke laut. Cari ikan banyak2, berjemur diterik mentari, makan nasi bungkus daun pisang. Berhari-hari, berminggu-minggu tak jumpa isteri. Tinggalkan buah hati@skandal.... Huh, mau meraung rasanya dorang tu!
Minyak naik, antara mangsanya ialah para nelayan. Hati saya betul2 tersentuh memikirkan nasib nelayan. Hidup mereka tidak mewah. Kita masih bernasib baik mencari rezeki di bawah dinginnya ‘aircond’, redup dilindungi bumbung, makan pakai teratur. Kehidupan nelayan tidak begitu. Mereka pakai bayu koyak rabak, makan apa yang ada. Mewah ke? Mungkin, tetapi mereka penat seharian meraih tenaga ke laut.
Pengalaman di Kelantan. Setahun saya di sana, jarang melihat mereka berbelanja mewah seperti di KL. Berniaga dari pagi hingga ke malam, tidak kenal erti penat. untung tidak seberapa.
Sehari suntuk saya bersama kawan2 mencandak sotong. Saja jer… nak rasa jadi nelayan konon. Sotong tak dapat, penat ada la. Baru 2 jam di laut muka dah rasa panas, badan gatal-gatal kena air masin.
Apa yang saya lihat di sana, kehidupan mereka begitu daif. Kesian. Masih tinggal di rumah buruk, lantainya bila-bila masa boleh roboh. Dindingnya berlubang sana sini. Tetapi saya respect, susah-susah pun, anak tetap berderet. Mungkin tiada hiburan kut…
Wahai pak-pak menteri, teropong-teroponglah kelaut. Jangan sedap duk dalam ‘star cruise’, sedut udara laut jer. Usahakanlah untuk mereka supaya hidup senang. Kalau minyak naik sekalipun, turunkanlah harga barang lain. Nyawa mereka hanya bergantung pada beras, tepung gula, minyak…. Takkan nak kelaut dengan ubi rebus hari-hari, pulut tanak dgn ikan masin. Mana tahan, ikan nak telan pun tak lalu! Kalau tak cukup makan, macam mana nak tingkatkan produktivi?
Haih!!!.. geram nih….

*Selamba jer bos saya buat lawak… “sejak minyak naik ni, susah nak jadi ‘alif’, asyik ‘wau’ jer… Banyak sangat fikir, kalau macam ni susah. Tapi kalau letrik naik, mungkin rumah saya gelap, jimat letrik… tak kasi ‘chance’ punyer…” Saya hanya ketawa. Gue paham!

1 comment:

Sipapan-Kekunci said...

Salam...

Menteri nak pergi laut tangkap ikan? huhuhu... turun lawat kawasan banjirpun tak pernah, kotor katenye...