Friday, May 30, 2008

Pahitnya Madu

Inilah Novel pertama yang menjadi kebanggaan. Ianya menceritakan kisah suka duka seorang wanita yang terpaksa mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran hidup. Walaupun ianya berkisar tentang kisah kehidupan yang menyedihkan, hakikatnya mesti diakui bahawa hidup ini seperti air, ada pasang, ada surut. Jodoh di tangan tuhan. Di akhir cerita wanita ini membina hidup dan bertemu kebahagiaan.

Hidup tidak selalunya indah!

Tidak dinafikan ramai wanita di zaman siber ini diulit dengan kisah duka sebegini, bisa mengguris jiwa dan hati mahupun nurani. Setinggi mana pangkat dan darjat yang mereka junjung, ada masanya hati tetap terluka (macam timun dgn pisau arrrr). Cuma tidak mahu berkongsi cerita dengan orang lain. Mungkin ego atau malu.

Opppsss.... tujuan bercerita bukan minta simpati atau menagih kasih dari sang lelaki. Cukup hanya meluahkan perasaan (Jangan silap faham, tidak semua lelaki bersifat manutang). Apa yang terbuku di hati patut dikongsi bersama. Luahkan segala rasa, agar diri tidak merana.

Jangan mengalah dengan krisis perit dalam putaran hidup yang tidak menjanjikan kebahagiaan. Bina hidup di atas kaki sendiri dan jadikan pengajaran daripada kegagalan masa lalu. Memang kita yang merancang, Allah yang menentukan! Oleh itu rancanglah dengan bijak, berdoa, demi menggapai sebuah impian hidup agar terlaksana. Ubat paling mujarab adalah sifat sabar...

Jangan terlalu ikut perasaan, kelak akan jadi binasa dan sengsara. Ingat pesan ini wahai wanita-wanita, 'Allah sentiasa menguji insan-insan yang Dia sayang'! Kisah Pahitnya Madu patut dijadikan panduan dan dorongan dalam memilih jalan hidup yang benar. Terutama pada wanita-wanita yang 'singgle mom', mahupun bergelar 'anak dara'.

Boleh hidup bermadu seandainya sudah bersedia dan mempunyai kekuatan fizikal serta mental. Tapi awas, jangan tersilap langkah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak bermadu... lantaklah kau! Lu pk la sendiri.....

Berpijaklah di bumi yang nyata....

* Nanti ada sinopsis seterusnya.... tunggguuu!!

Tuesday, May 27, 2008

Malam itu..

Memang enjoy! Majlis makan malam kali ini meriah, paling menyeronokkan dapat menari bersama teman-teman. Pada mulanya aku tidak merancang pergi ke majlis tersebut, malas, kerana diadakan di sekitar Kuala Lumpur. Kawasan itu bagiku amat sesak, membosankan. Tetapi bila bos besar sendiri datang memberi ‘warning’ aku terpaksa akur, kena pergi. “I want you enjoy the dinner tomorrow night, and have fun with us!”, katanya tegas. Aku angkat tangan. Tanda menghormati permintaannya, kerana dia adalah idolaku…

Cemburunya si dia… Tepat jam 1 pagi aku turun ke bawah, dan di sana my ex husband telah menanti bersama anak-anak. Memang aku yang memintanya menjemput pada malam itu. Di waktu malam begini tidak berani untuk pulang seorang diri memandu kereta. Aku percaya padanya, kami harus berbaik dan jadi kawan demi anak-anak. Walaupun begitu aku jarang sekali meminta bantuan atau bercerita masalah padanya. Aku tidak mahu menyusahkannya, kecuali perihal anak-anak yang semakin nakal.

Keretanya aku hampiri, sedikit terkejut kerana didalamnya ada seorang wanita. Girl fren dia la tu… Dengan hati yang berat dan berbelah bagi aku masuk ke dalam kereta. My ex hanya tersenyum memandang tetapi wanita itu hanya memdiamkan diri. Mukanya masam mencuka. Seperti ada sesuatu yang tidak kena.
Anak-anak terlena. My ex bertanya, “hantar ke office ker?”…. “Haah” jawabku ringkas. Kemudian mereka saling berpandangan. Ishhh…. Aku jadi serba salah. Dia cemburu kut! Takkan nak bercakap pun tak boleh.

Aku hanya mendiamkan diri di belakang. Sesekali mencuri pandang arah mereka. My ex hanya memandu, wanita itu dari tadi mendiamkan diri. Teringat aku pada kata-kata seorang teman, dia tidak suka pada perempuan yang terlalu cemburu, bila dah ‘jeles’ pasti gerak gerinya akan terbatas bila di ‘queen control’. Memang benar, tapi dia beruntung kalau setakat dikontrol begitu. Aku juga mangsa cemburu. Bukan saja diperhatikan segala gerak geri, tetapi mangsa sepak terajang. Pantang salah sikit, tangan pasti naik ke muka. Pergi berterawih dikatakan melacur diri, ke pejabat dituduhnya menyundal. Kalau dah begini, bukan saja hilang rasa cinta & kasih sayang, nafsu pun boleh mati! Tak tahan beb….
Pada aku, lelaki ni makin dikontrol, dia akan jadi penipu, mereka akan lebih hipokrit! Biarkan mereka bebas….. mereka telah diberi akal & hati, ada mata, ada telinga, boleh fikir sendiri. Tapi kadangkala ada benarnya kata pujangga, cemburu tandanya sayang….

“Kita balik Terengganu nanti naik flight ye..” tiba-tiba bakal isteri my ex bersuara. Aksinya manja sedikit. Nak menunjuk kat aku agaknya, betapa sayangnya dia pada cinta hatinya…. My ex hanya mengangguk.

Perlukah aku tahu semua itu? Kenapa di tengah malam ini baru mereka nak bercakap tentang itu di depan aku… itu kan personal. Sorry, aku tak cemburu pun. Aku bukan busy body nak tahu apa yang mereka buat.

Aku tahu, my ex akan menamatkan zaman dudanya pada tahun ini, tapi tak tahu bila, mungkin esok, lusa, minggu depan, bulan depan atau di penghujung tahun ini…. Alhamdulillah, aku doakan semoga dia bahagia. Aku bangga, sekurang-kurangnya dia dah berubah, sudah ada pendirian. Tidak lagi bergantung pada orang lain. Dan yang paling penting dia sudah punya ‘bantal peluk’, tidak sepi lagi…

Dah sampai. Aku mengucapkan terima kasih. Dia sedikitpun tidak memandang. Tak mengapa….. bisik hati. Anak-anak sudah lena. Tidak mahu mengejutkan mereka, kerana minggu ini giliran my ex bersama anak-anak. Aku yang tidak lena tidur, memikirkan nasib anak-anak yang bakal mendapat ibu tiri yang cemburu. Aku harap dia berubah. Paling runsing bila fikirkan ke mana anak-anak mengadu nasib jika aku tiba-tiba pergi nanti….

Hilang segala rasa seronok parti malam ini, terguris hati teringatkan girl fren my ex… hu hu hu

Friday, May 16, 2008

Aku Masih Berdiri

Nor Akma Nazira, anak buah yang masih lagi dalam trauma….

Dialah buah hati aku yang selama ini menjadi penguat semangat… pendorong segalanya. Aku bangun kerana anak kecil ini! Perjuangan hidup harus diteruskan untuk melihatnya membesar, walaupun aku telah beberapa kali tersungkur… Tubuhnya kecil, tetapi mempunyai semangat yang jitu untuk terus hidup. “Mama.. kakak tak mahu tinggal di hospital lagi!” itulah ayat yang sering dijeritnya bila sesak nafas. Aduhhhh… kesian.

Akibat dari kelahiran ‘premature’ (7 bulan) Ira mengidap sakit asma dan jantung. Dia membesar dalam ‘inkubator’. Anak kecil yang masih tidak tahu mengenal erti hidup ini, pada aku tidak adil diberi galas tanggungjawab yang cukup berat. Sejak kecil hingga usia mencecah tujuh tahun kini hidupnya dihabiskan berulang alik ke hospital. Kuyu matanya dapat dibaca bila saja mendengar perkataan ‘hospital’. Dia terlalu takut hingga tidak lalu makan. Ira memang tidak suka ke hospital, sakit katanya!

Dia terlalu cerdik bagiku. Dalam sukar bernafas dan semput menahan sakit dada, Ira tetap menghafal segala apa yang diajar di sekolah mahupun di rumah. Faham apa yang dilarang! Makan dan minumnya sentiasa berpantang. Bila keluarga besar kami berkumpul dan menikmati makanan enak, Ira seperti tahu ‘akibatnya’ jika dia sama-sama menjamah makanan yang dihidangkan. Aku hanya memerhatikannya dari jauh, kesian... dari gerak matanya dan kumitan bibirnya dia begitu menginginkan aiskrim, air gas, coklat dan jenis air sejuk yang begitu menyamankan. Dia begitu terliur apatah lagi melihat mereka yang lain begitu sedap makan hingga menjilat jari. Tangannya hampir tersentuhkan gelas ais sirap limau di atas meja, tapi dia terus berlari keluar rumah kerana tidak mahu ditegur oleh mamanya…. . Terharu… kecil2 lagi dah mengerti erti pengorbanan….

Dia tidak seperti anak-anak buah yang lain, berlari ke sana ke mari, terlompat-lompat bermain bola dan teng-teng…. Dia juga mengerti akan padahnya jika meniru gaya aktiviti lasak itu. Ira hanya bernyanyi kecil di atas buai yang dibuat ‘opahnya’…..

Aku hampir menitiskan airmata…. (masa hari raya). Pernah suatu ketika dia terlalu penat, mungkin tersalah makan agaknya… muka Ira tiba-tiba menjadi biru. Badannya keras tidak bergerak. Tercungap-cungap seperti nyawa ikan… kami semua seperti mahu menjerit! Aku seperti patung, kaku tak tahu nak buat apa-apa.. rasa nak pitam dibuatnya…. apalagi mamanya….

Demi Ira,
2 Mei ’08, untuk meraikan Ira yang telah sihat (bukan sepenuhnya) aku membawa keluarga ke Teluk Batik dan menginap di Marina Cove Resort selama 2 hari 1 malam. Memang telah lama dirancang untuk bercuti bersama keluarga tetapi masa tidak mengizinkan. Tuntutan dan bebanan kerja yang terlalu banyak melarang aku untuk bersama mereka seperti ini….

Seronok! Rasanya sungguh bahagia… Kami seisi keluarga berkumpul semula dalam suasana yang berbeza. Selalunya hanya bersama pada hari raya atau majlis kenduri kendara. Rasanya naik lenguh mulut, kering gusi asyik tergelak digeletek dengan lawak2 bodoh yang kelakar…

Malamnya aku adakan satu jamuan kecil (steamboat) untuk keluarga dan teman2 lama juga dijemput… Hmmm… Banyak yang telah berubah, hampir sepuluh tahun tidak ketemu, tetapi kami tetap mesra seperti dulu! Cuma tidak bertepuk tampar, kerana takut ada mata yang menjeling di sebelah… Walaubagaimanapun kami tetap berbual dan rancak bercerita hingga tidak sedar hingga lewat malam. Mior/wife, Nor, Halim, Jai/Amar n tak lupa Nora, terima kasih kerana sudi datang.

Bila dapat bercuti bersama mak, adik-beradik dan anak2 buah, aku gunakan sepenuhnya untuk mereka. Kalau tidak mereka asyik menganggu. Merengek2 dicorong telefon menyuruh aku balik kampung, kadang2 aku rimas! Mungkin mereka rindu kut!

Masa inilah aku curahkan segala kasih dan sayang untuk mereka. Hingga timbul rasa cemburu pada anak2… ha ha ha, kerana mereka merasa seakan diketepikan. Apatah lagi adik2 yang ingin merasa sambal tumis ikan bilis petai, spaghetti marinara seafood, masak kurma daging rusa dll... Inilah saja yang aku ada di dunia ini, keluarga tercinta. Hanya kami yang tinggal. Dulu sembilan beradik, tapi kini tinggal tujuh je. Adik bongsu pergi 5 tahun lalu dan diikuti abang 3 tahun lalu. Mereka telah menyahut panggilan illahi terlebih dahulu… Abang hanya sempat berpesan; “Jaga mak baik2, aku dah tak balik lagi…”, dan dia terus pergi jauh….

Segala kenangan bersama keduanya sentiasa dalam ingatan, sesaat pun aku tidak pernah lupa. -alFatihah.