Friday, May 30, 2008

Pahitnya Madu

Inilah Novel pertama yang menjadi kebanggaan. Ianya menceritakan kisah suka duka seorang wanita yang terpaksa mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran hidup. Walaupun ianya berkisar tentang kisah kehidupan yang menyedihkan, hakikatnya mesti diakui bahawa hidup ini seperti air, ada pasang, ada surut. Jodoh di tangan tuhan. Di akhir cerita wanita ini membina hidup dan bertemu kebahagiaan.

Hidup tidak selalunya indah!

Tidak dinafikan ramai wanita di zaman siber ini diulit dengan kisah duka sebegini, bisa mengguris jiwa dan hati mahupun nurani. Setinggi mana pangkat dan darjat yang mereka junjung, ada masanya hati tetap terluka (macam timun dgn pisau arrrr). Cuma tidak mahu berkongsi cerita dengan orang lain. Mungkin ego atau malu.

Opppsss.... tujuan bercerita bukan minta simpati atau menagih kasih dari sang lelaki. Cukup hanya meluahkan perasaan (Jangan silap faham, tidak semua lelaki bersifat manutang). Apa yang terbuku di hati patut dikongsi bersama. Luahkan segala rasa, agar diri tidak merana.

Jangan mengalah dengan krisis perit dalam putaran hidup yang tidak menjanjikan kebahagiaan. Bina hidup di atas kaki sendiri dan jadikan pengajaran daripada kegagalan masa lalu. Memang kita yang merancang, Allah yang menentukan! Oleh itu rancanglah dengan bijak, berdoa, demi menggapai sebuah impian hidup agar terlaksana. Ubat paling mujarab adalah sifat sabar...

Jangan terlalu ikut perasaan, kelak akan jadi binasa dan sengsara. Ingat pesan ini wahai wanita-wanita, 'Allah sentiasa menguji insan-insan yang Dia sayang'! Kisah Pahitnya Madu patut dijadikan panduan dan dorongan dalam memilih jalan hidup yang benar. Terutama pada wanita-wanita yang 'singgle mom', mahupun bergelar 'anak dara'.

Boleh hidup bermadu seandainya sudah bersedia dan mempunyai kekuatan fizikal serta mental. Tapi awas, jangan tersilap langkah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak bermadu... lantaklah kau! Lu pk la sendiri.....

Berpijaklah di bumi yang nyata....

* Nanti ada sinopsis seterusnya.... tunggguuu!!

7 comments:

anakbulan said...

great blog!
I'd visit more often

Adi Iskandar said...

Kalau boleh tu, sertakan lah sekali cara2 nak dapatkan buku puan.. memudahkan sesiapa yang berminat, kan?

wassalam

Shima said...

Maaf, saya terlupa... ok, dah bagi tau cara nak dapatkan novel tu n harganya sekali. TQ.

anakbulan said...

masih menunggu sinopsisnya.

Puan, apa beza sang lelaki dgn kaum lelaki?

Sang lelaki macho sikit kot. he he he

Shima said...

Alamak...
Ya ampun, saya tidak berniat utk merendahkan martabat kaum lelaki. Mungkin kasar kut word 'sang' tu, yg melambangkan 'haiwan'....
Tapi kalau mengikut dlm jalan cerita Pahitnya Madu ni, wanita tersebut mmg menjadi mangsa kekejaman cinta lelaki.
Bukan niat saya mengatakan semua lelaki itu jahat, pada hakikatnya wanita memang memerlukan lelaki dalam hidup. Mereka saling memerlukan!

fadilah said...

moga2 tabah mengharungi segala keperitan hidup. hidup hanya sekali, maka usahakan kebahagiaan, sebab kita tak tahu di sana (akhirat) apakah kita juga akan bahagia. hai, kadang2 terfikir juga, bukan senang jadi orang cantik.

Shima said...

Terima kasih Dr. Fadilah. alahai... Cantik tu sementara jer, lama-lama buruk gak... yang penting selera tu ada, teringin nak 'makan nasi ayam kfc'...

*inilah hasil dr 'membina peribadi anggun wanita'.