Monday, March 23, 2009

Cinta pandang pertama, kedua, ketiga dan seterusnya...

Untuk menyatakan “I love you” kita hanya perlu menekan telefon bimbit dan dalam masa beberapa saat sahaja kata-kata hikmat itu boleh sampai kepada kekasih. Sepantas kilat pula Majnun akan membalas sms itu: “I lv u 2”.

Alam siber memudahkan kita untuk meluahkan isi hati. Sekiranya sms tidak cukup untuk meluahkan perasaan, boleh menggunakan e-mail. Tulislah sepanjang mana, nyatakan apa sahaja, semuanya akan selamat sampai tanpa bimbang diketahui orang. Ada yang memulakan cinta monyet sejak di sekolah rendah, sambung ke sekolah menengah, dan cinta sejati itu diteruskan hingga ke kampus. Pasangan seperti ini tentu sudah memahami diri masing-masing secara mendalam. Mungkin tidak diberitahu ada parut di mana, ada kurap di bahagian mana. Tetapi fakta-fakta lain – termasuk saiz baju dan seluar – telah diberitahu.

Bercinta lebih kepada fantasi. Zaman bercinta semua serba-serbi boleh. Semua indah-indah belaka. Tentu masih ingat azam ketika bercinta: sanggup tidur berbantal lengan di atas rumput sambil bercahayakan bulan dan bintang. Tetapi apabila sudah menjadi suami isteri, usahkan tidur berbantal lengan, bantal biasa pun dia tidak mahu. Dia hendak bantal berjenama, tidur atas tilam spring. Kalau suami kata “kita tidur kat atas rumput sajalah, yang” mesti cepat-cepat dia pintas “mana boleh tidur atas rumput, ni musim denggi, mati nanti kita kena gigit aedes!”

Kadangkala ikrar orang bercinta memang tidak masuk akal. Umpamanya sanggup menaiki kapal kertas untuk mengharungi lautan api, fuhh! Masih ingatkah lirik sebuah lagu asmaradana “walaupun matahari terbit dari barat, cinta ku pada mu tidak berubah...”Mak tuan, itu masa bercinta. Bila sudah kahwin, usahkan matahari berubah, baru dengar petir di langit sudah cabut meninggalkan isteri. Jangankan hendak menaiki kapal kertas, diajak naik perahu payang menyusuri Sungai Pahang pun dia tidak berani. Pendek kata cinta memang penuh dengan babak-babak fantasi. Tetapi rumah tangga adalah alam realiti. Sebaik sahaja melafazkan “aku terima nikahnya dengan...” semua yang lunak-lunak dulu mungkin bertukar menjadi pahit. Tempoh manis berbulan madu biasanya tidak lama. Selepas bulan madu, satu demi satu dirasakan tidak kena. Baru diketahui suara ‘arjuna’ garau seperti bom apabila sedang marah. Baru disedari ‘Laila’ jenis perempuan yang suka tidur berdengkur dan malas mengemas tempat tidur. Baru diketahui di mana ada kurap, di mana ada parut, di mana ada kesan-kesan kudis buta. Waktu bercinta kentut pun berbau harum, tetapi sudah kahwin nafas isteri tidak segar pun jadi bahan untuk bertengkar. Sebab itu, perlu kita betul-betul memahami pasangan masing-masing sebelum kahwin. Tidak salah memberitahu kelemahan-kelemahan diri kepada pasangan kita supaya bila sudah kahwin nanti semua sudah bersedia menghadapi kekurangan-kekurangan itu.

Lagi pun jika awal-awal sudah diberitahu mengenai kelemahan dan masalah masing-masing, tentu Laila dan Majnun boleh menyesuaikan diri, dan sama-sama belajar mencari penyelesaian. Kesimpulannya, ada baiknya kelemahan diri – termasuk bau ketiak ketika pulang dari pejabat, tidur berdengkur seperti bom dan lain-lain fakta negatif – diberitahu semasa sedang bercinta sakan. Lebih baik terkejut ketika bercinta daripada berkelahi setelah menjadi suami isteri.

........... ada benarnya kata-kata bos aku ni. Inilah realiti kehidupan.

Thursday, March 19, 2009

Tak mampu melihatnya...

Melihat wajahnya hati wanita ku terlalu sebak dan sedih. Menatap wajah tuanya seakan memberikan gambaran bahawa hatinya kini terlalu luka dan duka. Jiwanya bagai direntap dan disentap hingga hatinya terluka dan bernanah. Dengan perlahan, aku mengusap wajahnya yang penuh kedut, kulit yang semakin dimamah usia semakin kendur dan menggelebeh. Jika dibandingkan semasa usia muda, rasanya bukan saja aku yang tidak percaya… rakan taulan, sauda mara juga tidak percaya. Seketika masa dulu dia adalah seorang primadona.

Baju kebaya bandung dan kain batik susun masih lagi disimpan dalam almari usang. Dia memang terlalu teliti menjaga kecantikan. Mengamalkan segala pantang larang datuk nenek. Bentuk badan yang begitu cantik tiada siapa yang layak menandingininya… walaupun anaknya sendiri. Kegilaan pemuda kampong melihatnya melambang dia adalah wanita idola. Anak tiga, tapi bentuk badan macam anak dara.

Tapi kini segalanya lenyap ditelan waktu. Kecantikannya sekelip mata musnah. Semangatnya tiba-tiba lenyap, ledakan jiwanya seperti gunung berapi yang sedang meletup. Kasih sayang yang dihimpunnya selama berkurun diragut oleh manusia durjana. Mungkin itu dikatakan qada dan qadar, tetapi hatinya bertahun menderita. Menyimpan dendam yang tinggi, tetapi menaruh hasrat untuk dikembalikan kasih sayangnya. Harapannya tetap segar, penantiannya tidak pernah pudar walaupun kedut di wajahnya semakin banyak.

Semalam,
Aku tetap bertanya khabar padanya. Mengurut-urut kakinya yang sakit. Cepat-cepat dia menepis… kakinya ditutup dengan kain selimut. Aku tau, dia masih menanti orang yang disayang untuk menyentuh tubuhnya yang masih sakit. Walaupun fizikalnya nampak biasa, aku tahu hatinya terluka yang amat dalam.

Kesian,
Dalam usia emas ini, dia mengalami tekanan hidup begini… Aku tahu dia kecewa, tapi apa kan daya, aku hanya mampu berdoa memohon padaNya agar kembalikan semangatnya untuk hidup. Terlalu rugi rasanya jika dia masih menanti seseorang yang tidak mungkin akan kembalik kepadanya. Seperti menanti ‘buah yangtidak gugur’…

Mungkin harapannya ada, tapi terlalu tipis! Aku lebih suka dia hidup begini, belum tentu dia bahagia jika orang yang tersayang kembali kepadanya. Buat apa menghabiskan sisa hidup jika yang dapat itu lebihan sisa anjing!

Untuk dia, tabahkanlah hati mu. Aku tetap memberikan semangat dan berdoa agar dia meneruskan hidup ini walaupun dalam kemurungan...

Sunday, March 8, 2009

Demi matahari & Asma ul Husna.... Subhanallah!!!

Inilah yang aku cari, saat inilah yang aku nanti-nantikan... mendambakan cinta pada yang satu dengan hati yang suci. Betapa besar cinta agungNya, aku dapat rasakan kini... Alhamdulillah, selama tiga hari mengikuti kursus ESQ Training (Emotional and Spiritual Quotient) jiwa yang kosong selama ini diisi dengan hidayah dari Allah. Aku telah menemui jawapan yang selama ini noktahnya kosong... Syukur ke hadrat Illahi, aku kini menuju ke arah jalan yang benar. Memang meletihkan, memang memenatkan... terasa longlai tatkala mengeluarkan dan melontar jauh segala jenis kekotoran dari dalam lubuk jiwa. Aku harap lontaran itu tidak akan berpatah balik masuk ke dalam hati ini semula, jangan ada yang cuba mengotorinya lagi. Airmata... mengalir bagai hujan. Inilah luahan yang selama ini terbuku di hati. Mengingati kembali dosa-dosa yang telah dilakukan. Lega... Alhamdulillah. Terasa baru bangun dari tidur yang lena... Maaf, aku tak berdaya untuk meneruskan kata-kata... tak tahu bagaimana nak luahkan lagi... Tak terucap!!! Tapi maha suci Allah, aku terlalu bersyukur kepadaMu kerana membuka jalan untuk kembali kepadaMu. Kepada ayahanda Hishamuddin dan bonda Jamilah, hanya tuhan saja yang dapat membalas jasa kalian berdua. Murninya niat suci mereka membuka ruang untuk aku menuju ke jalan syurga. Perkataan 165 akan tetap tersemat di hati. SubhanAllah...

Tuesday, March 3, 2009

Say no to poligami...


JAKARTA – Lelaki Islam yang mahu berkahwin lain perlu mendapat kebenaran bertulis daripada isteri dan membuktikan mempunyai kemampuan kewangan untuk menyara mereka. “Isteri perlu menandatangani persetujuan di hadapan seorang pegawai bagi membuktikan mereka tidak dipaksa oleh suami. “Lelaki yang berkahwin lain tanpa kebenaran isteri sekarang akan dilaporkan kepada polis dan didakwa menipu,” kata pegawai Kementerian Agama, Muctar Ilyas. Menurutnya, pasangan yang mahu berkahwin perlu mendaftarkan perkahwinan mereka dengan kehadiran pegawai agama bertauliah.
Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan mereka didenda, katanya. “Biasanya, wanita yang akan lebih menderita dalam sesuatu perkahwinan yang dilakukan secara haram, terutamanya jika mereka mempunyai anak. “Mereka tidak boleh menuntut harta suami jika tidak mempunyai dokumen perkahwinan yang sempurna,” jelasnya.


Ha ha ha... kalau undang-undang macam ni dibuat kat Malaysia, macam mana? Apa komen anda???

Thursday, February 26, 2009

Kerisauan yang berganda...


Inilah dilema yang aku sedang hadapi sekarang. Anak-anak semakin membesar. Kerenah mereka semakin menggunung, kadang-kadang menyesakkan dada. Mana tidaknya, melayan yang sulung dah tak boleh usap mengusap, tidak seperti melayan budak lelaki yang umurnya 10 tahun. Makan pakainya mana sudi dengan brand 'pasar malam', tak standard katanya. Apa kelas pakai kasut jenama BATA atau beli kat bundle, paling koman pun hush pupies, adidas... Mak oiiii, tu baru anak sulung. Gaya mereka ikut trend zaman milinium...

Anak lelaki, semakin hari semakin matang. Aku, semakin hari semakin malang... har har har...

Apa taknya, setiap kali pulang ke rumah jarang bertemu dengannya. Aku masuk bilik dia ke dapur. Aku ke dapur dia masuk bilik, aku ajak makan sama dia kata kenyang. Bila tengah malam bunyi kelentang-kelentong kat dapur, masak maggi. Aku cuba siasat, apa yang kurang. Cuma di biliknya ada helmet, mungkin ke sekolah naik motor dengan kawannya....

Aku cuba lagi bertanya padanya, apa yang kurang, apa yang tak cukup, apa yang masih tak puas hati. Tapi dia tetap mengelak bertentang mata dengan aku. Mulutnya masih tidak bercakap, cuma gelengkan kepala....

Hmmm... aku dah dapat hidu. Mulutnya bau rokok. Aku masuk ke biliknya untuk mencari bukti yang lebih sahih, takut nanti dikatakan menuduh tanpa sebab. Haaaa... kantoi, kat cermin tingkap bersepah abu rokok! Siasat punya siasat, rupa-rupanya dia semakin kerap merokok. Kalau dulu sebatang sehari, kali ini lebih kerap, 3,4 batang sehari.

Aku tanya, kenapa? Dia kata, tention dengan cikgu... byk assignment, kerja sekolah, mcm2 kena hafal. Tiap-tiap minggu ada kelas tambahan...

Aku paham beban yang dipikulnya. Sebagai seorang ibu, aku hanya menasihatkan dia supaya terima apa yang diberi, syukur dengan apa yang ada. Sebab tahun ini adalah tahun terakhir dia bersekolah dan bakal menduduki SPM. Peluang sebegini hanya datang sekali dalam hidup. Hari-hari mendatang makin banyak dugaan dan cabaran yang harus ditempuh. Kena belajar dari sekarang.

Mendidik, menjaga anak lelaki dengan naluri kewanitaan aku tidak sama dengan jiwanya yang semakin matang. Memberontak meluahkan rasa hatinya! Kami selalu bertelagah pendapat dan mengalah pada saat akhir adalah aku. Semakin lantang suaranya, aku semakin terkedu. Yang menjadi pengadil, anak kedua. Sah, dia memang tidak menyebelahi aku... ha ha ha...

Inilah anak-anak zaman sekarang, sepatah kita cakap, dua puluh patah dorang akan jawab...

Monday, February 23, 2009

Betul katanya...




Sesekali menyingkap kembali kata-kata pujangga...
Ada benarnya, hidup ini tak selalu indah...
Janji tidak semesti ditepati...

Dan yang lebih pasti, aku dah penattttt.....

Wednesday, February 4, 2009

Eisya & Nurin

Eisya & her brother, Fuad.


Pose maut dari Eisya & Nurin...

Me, Eisya, Emma & Nurin
Akhirnya selesai juga shooting fesyen untuk anak-anak. Walaupun penat, tapi demi anak-anak ini aku tetap berdiri. Mereka begitu gembira bila dipelawa untuk masuk dalam majalah Keluarga dalam kolum fesyen kanak-kanak. Bertambah girang bila muka mereka dimekap, menggayakan pakaian cantik, rambut didandan rapi. Letih pun sanggup menunggu. Aku memang suka melihat yang cantik, jadi tak salah aku memberikan khidmat ini untuk mereka. Aku korbankan sedikit masa demi anak-anak ini.
Eisya dan Nurin, mereka gembira aku pun gembira!
Tunggu wajah mereka akan muncul dalam majalah KELUARGA KELUARAN APRIL 2009.