Thursday, February 26, 2009

Kerisauan yang berganda...


Inilah dilema yang aku sedang hadapi sekarang. Anak-anak semakin membesar. Kerenah mereka semakin menggunung, kadang-kadang menyesakkan dada. Mana tidaknya, melayan yang sulung dah tak boleh usap mengusap, tidak seperti melayan budak lelaki yang umurnya 10 tahun. Makan pakainya mana sudi dengan brand 'pasar malam', tak standard katanya. Apa kelas pakai kasut jenama BATA atau beli kat bundle, paling koman pun hush pupies, adidas... Mak oiiii, tu baru anak sulung. Gaya mereka ikut trend zaman milinium...

Anak lelaki, semakin hari semakin matang. Aku, semakin hari semakin malang... har har har...

Apa taknya, setiap kali pulang ke rumah jarang bertemu dengannya. Aku masuk bilik dia ke dapur. Aku ke dapur dia masuk bilik, aku ajak makan sama dia kata kenyang. Bila tengah malam bunyi kelentang-kelentong kat dapur, masak maggi. Aku cuba siasat, apa yang kurang. Cuma di biliknya ada helmet, mungkin ke sekolah naik motor dengan kawannya....

Aku cuba lagi bertanya padanya, apa yang kurang, apa yang tak cukup, apa yang masih tak puas hati. Tapi dia tetap mengelak bertentang mata dengan aku. Mulutnya masih tidak bercakap, cuma gelengkan kepala....

Hmmm... aku dah dapat hidu. Mulutnya bau rokok. Aku masuk ke biliknya untuk mencari bukti yang lebih sahih, takut nanti dikatakan menuduh tanpa sebab. Haaaa... kantoi, kat cermin tingkap bersepah abu rokok! Siasat punya siasat, rupa-rupanya dia semakin kerap merokok. Kalau dulu sebatang sehari, kali ini lebih kerap, 3,4 batang sehari.

Aku tanya, kenapa? Dia kata, tention dengan cikgu... byk assignment, kerja sekolah, mcm2 kena hafal. Tiap-tiap minggu ada kelas tambahan...

Aku paham beban yang dipikulnya. Sebagai seorang ibu, aku hanya menasihatkan dia supaya terima apa yang diberi, syukur dengan apa yang ada. Sebab tahun ini adalah tahun terakhir dia bersekolah dan bakal menduduki SPM. Peluang sebegini hanya datang sekali dalam hidup. Hari-hari mendatang makin banyak dugaan dan cabaran yang harus ditempuh. Kena belajar dari sekarang.

Mendidik, menjaga anak lelaki dengan naluri kewanitaan aku tidak sama dengan jiwanya yang semakin matang. Memberontak meluahkan rasa hatinya! Kami selalu bertelagah pendapat dan mengalah pada saat akhir adalah aku. Semakin lantang suaranya, aku semakin terkedu. Yang menjadi pengadil, anak kedua. Sah, dia memang tidak menyebelahi aku... ha ha ha...

Inilah anak-anak zaman sekarang, sepatah kita cakap, dua puluh patah dorang akan jawab...

1 comment:

Priceless to Refuse said...

bersabo je lah kak shima.. kerenah bdk2 skrg xsama cm bdk2 dlu.