Monday, April 13, 2009

Mengisi masa yang terluang...


Hampir seminggu menyimpan azam untuk menyudahkan membaca novel bertajuk 'Saat Kau Hadir'... Tapi ada saja yang menghalang. Tak ada konsentrasi... dan Jumaat malam aku memulakan operasi membaca novel Saat Kau Hadir. Dengan bersemangat aku sanggup bersengkang mata membaca tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Tepat jam 3 pagi (ahad)... Lega, akhirnya aku berjaya mengetahui jalan cerita. Sedih dan bersemangat mengikuti kisah seorang perempuan yang hampir putus asa meniti hidup di mana akhirnya dia bertemu dengan seorang doktor yang selama ini menanti dan memerhatinya. Sebab itulah selagi tidak jumpa muka surat terakhir, aku tak lalu makan dan minum.

Mata masih mencari sesuatu untuk dibaca, fikiran juga seperti inginkan sesuatu untuk dikhayalkan, jiwa juga perlu dipenuhi ilusi dengan sesuatu kelainan... agar hati dan perasaan bersatu membentuk jiwa yang mendamaikan...

'Menanti Khalida'... menjadi bahan bacaan kedua. Bermula subuh Ahad, berakhir tengah malam... Kisah menarik Menanti Khalida menjadi persinggahan sementara di benak fikiran. Betapa sengsaranya hidup Khalida menjadi seorang penunggu cinta, akhirnya dia menemui kebahagiaan di penamat cerita.

Hmmm... penat mata membaca, lenguh tangan memegang buku, dari kerusi makan ke sofa, dari atas lantai ke atas karpet, dari bawah katil naik ke katil... namun aku tetap menghabiskan membaca. Rasanya... hilang sekejap dunia realiti, aku seolah-olah berada di alam fantasi... Aku rasa seperti sedang mengembara menuju hidup yang lebih menyeronokkan... best!!! Funny... but i'm still feel lonely...

Aku cuma berehat bila tiba masa memasak dan menyelesaikan sedikit urusan. Anak-anak... hanya menggelengkan kepala. "Buatlah apa yang mak suka, janji mak bahagia..." kata mereka.

2 comments:

Unknown said...

Salam shima.

Lama sudah saya tidak menjenguk ke sini. Nampaknya membaca novel.

Saudari ada penyakit macam saya. Bila mula membaca tidak tidur langsung pun tak apa asalkan dapat menghabiskan bacaan.

Kekadang ada juga isteri membebel, katanya dapat buku macam banggali dapt roti!

Sri Diah said...

Tak lama lagi boleh baca dan komen novel akak pula ya...