Thursday, December 18, 2008

Epilog cinta istana pasir...


Sekali lagi berita ini amat menyedihkan aku, kisah perceraian seorang teman. Semalam adalah sejarah bagi dia apabila suaminya menjatuhkan talak untuknya di hadapan hakim. Sah, memang mereka telah bercerai. Berakhir sudah satu episod cinta sebuah istana disebabkan kepincangan menilai erti kasih sayang. Katanya, saat kata-kata itu dilafazkan kakinya seakan tidak jejak ke lantai. Tangannya menggigil, hati sebak menahan sedih. Semangatnya hilang... Aku paham, aku ngerti... aku juga pernah merasa dan menghadapi situasi begitu. Nasib perempuan beb!!!

Demi seorang teman, aku mengambil cuti separuh hari semata-mata untuk menemaninya. Ingin tahu apakah punca sebenar hingga rumahtangganya berakhir ke mahkamah. Setahu aku mereka berkahwin atas dasar suka sama suka dan direstui keluarga. Cuma aku tahu dua tahun lepas dia keguguran.

Melihat wajahnya, sama seperti wajah-wajah duka seorang wanita yang kehilangan cinta & kasih sayang. Tidak ceria, bengkak mata, sugul, looked aged before time...

Baru aku tahu... suaminya telah berkahwin senyap-senyap di Thailand. Hmmm... kesian. Aku rasa ini masalah ke seratus yang aku dengar dari luahan hati wanita-wanita. Telinga dah lali dan bernanah mendengar cerita yang sama, masalah yang serupa... Suami kahwin lain, suami kaki pukul, suami main kayu tiga, suami tak puas, suami lari, suami perogol, suami itu... suami ini....

Di mana silapnya? Aku tidak mengatakan kesilapan ini terletak di tangan lelaki dan tidak juga mengatakan kelemahan ini berpunca dari kaum wanita. Tetapi dari apa yang dikaji dan diperhatikan punca sesuatu perceraian adalah disebabkan tiada persefahaman. Tiada persefahaman berpunca dari 'tiada kejujuran dan keikhlasan'. Mungkin pasangan berkahwin hanya semata-mata kerana harta, wang, kekayaan, kecantikan & kejelitaan tetapi bukan pada pegangan agama. Atau campurtangan dari pihak kedua, ketiga, keempat???

Aku pun tak boleh cakap lebih-lebih dalam isu ini, sebab rumahtangga aku pun musnah... hu hu hu. Entahlah... semua tu Qadar dan Qadar dariNya. Tak boleh nak habaq, very subjektif...

Nasib teman aku tu sama dengan Abby & Norman. Bercerai pada hari yang sama. Aku simpati di atas nasib mereka. Bila memikirkan kisah sedih begini, ramai yang takut untuk mendirikan mahligai. Tetapi ada juga yang kahwin heboh sekampung, canang satu Malaysia macam Mawi & Ekin tu... bukan apa takut masa nak kahwin meriah... at last???? Bukan mendoakan, tetapi mengingatkan ajer... tidak mahu kisah cerai-berai ni jadi satu 'trend'.

Dari ceritanya, selepas habis edah teman aku ni akan pergi jauh... mungkin ke New York. Menyambung semula pengajiannya dan sekaligus mahu melupakan segala peristiwa pahitnya di sini. Aku yang sebak, bukan senang bagi dia melupakan seseorang, bukan mudah untuknya meninggalkan yang tersayang, sakitnya menusuk hempedu... memang pahit!

Aku hanya mampu mewasiatkan sebaris ayat, untuk dia agar lebih bersemangat dan tabah... "Jika gagal membina hidup kali pertama, jangan putus asa untuk mendirikan mahligai kali kedua... Harapan tetap ada untuk kita membina bahagia... jangan jemu mencari & berdoa, sementara menunggu mati." Dalam hati sedih juga, sebab nasib aku pun sama... hu hu hu...

Cinta sentiasa ada di hati, cinta tidak mengenal usia, jika satu cinta hilang seribu akan datang, bila cinta hadir bunga layu pun akan jadi mekar... Carilah cinta sejati dan abadi, berdoalah padaNYA...

Awas... kalau cinta hadir tetapi macam biskut, kejap ada kejap hilang... Beribu alasan diberikan, itu bukan cinta tapi 'tuba'... paham-paham ajer la, berusahalah untuk melupakan. Jangan bazirkan airmata dan air liur... Segeralah angkat kaki... Mungkin dia sudah ada yang lain, lagi muda, mekar dan ranum, ketat dan sendat. Biarkan saja... Ini adalah ujian & dugaan, kesabaran, ketabahan dan pengorbanan kita diketahui olehNYA. Kita adalah insan-insan terpilih!

Jangan biarkan hati dan perasaan kita dipermainkan oleh mereka yang tidak ada hati perut!!! (Tak kira lar... lelaki ke, pompuan ker...)

Kita punya hati & semangat waja, senjata utama untuk menepis segala virus yang boleh merosak jiwa. Bina semula semangat atas kekuatan diri.

Sebab, CINTA ITU BUTA...

1 comment:

JAMILKUCING said...

Askm shima terimakasih kerana mengunjungi blog jamilkucing. tak layak ??? heheh tau sebabnya hehe. lawa foto tajmahal cinta tu.