Monday, December 22, 2008

Dia wanita idolaku...

Buat masa ini aku punya banyak masa luang, sebab musim cuti sekolah. Tidaklah sibuk sangat kalau dibandingkan dengan time anak-anak ke sekolah. Hmmmm... penat!

So, semalam aku pergi ke Hulu Langat menjenguk seorang wanita gigih yang selama ini menjadi guru, kakak angkat, juga teman rapat yang selalu membekalkan nasihat dan panduan dalam melayari bahtera hidup...

Boleh dikatakan sebulan sekali aku akan ke rumahnya untuk melepaskan rindu. Bila di sana aku rasa 'hilang stress' kerana jauh dari hiruk pikuk kota dan raungan deruman yang membingitkan telinga. Biarpun rumahnya terpinggir dan dikelilingi hutan banat namun hidupnya bahagia disamping keluarga tercinta. Bunyi cengkerik dan laungan monyet serta kera menambahkan lagi idea untuknya menulis skrip. Jari-jarinya yang montel bertambah ligat menekan kekunci keyboard menyiapkan novel yang bakal meletup-letup di pasaran.

Bulan lepas dia mengidap demam denggi, tapi Alhamdulillah kini telah sembuh.

Dengan dialah juga anak-anak aku bermanja, wanita itu penuh dengan sifat keibuan dan kasih sayang. Tiap baris kata dan ayat dari mulutnya membuatkan aku menyayanginya, menghormatinya. Rasanya bukan aku saja, namanya cukup terkenal di kalangan penerbit-penerbit filem tanah air. Walaupun ukuran badannya tidak seperti Rita Rudani, tebal mekapnya tak serupa Rozita Che Wan, jalannya tidak seperti lenggok Bunga Lestari... dia tetap ramai peminat tetapi tidak dibebani dgn gosip.

Ketenangan di wajahnya menggambarkan dia seorang wanita berhati mulia. Aku kira dia juga kini bergelar jutawan, tetapi hidupnya bertaraf 'low profile'. Simple dan berilmu. Aku kenalnya hampir dua puluh tahun...

Dia idola, dia juga tempat aku menimba ilmu menjadi seorang novelis... Tapi mustahil aku menjadi sepertinya, aku tak mampu... rasanya terlalu jauh!

Nantikan episod drama bertajuk GELORA DI HATI, DENDAM, DELIMA di astro, KU MILIKMU di tv3, itu adalah di antara drama yang sedang dimainkan dan skripnya oleh, Sharifah Abu Salem... wanita lembut tetapi berbisa!

Aku doakan semoga dia dibekalkan kesihatan yang baik dan agresif melahirkan karya bernas yang bisa menyentap hati penonton & pembaca novel. Jalan ceritanya boleh membuat airmata berlinang...

Thursday, December 18, 2008

Epilog cinta istana pasir...


Sekali lagi berita ini amat menyedihkan aku, kisah perceraian seorang teman. Semalam adalah sejarah bagi dia apabila suaminya menjatuhkan talak untuknya di hadapan hakim. Sah, memang mereka telah bercerai. Berakhir sudah satu episod cinta sebuah istana disebabkan kepincangan menilai erti kasih sayang. Katanya, saat kata-kata itu dilafazkan kakinya seakan tidak jejak ke lantai. Tangannya menggigil, hati sebak menahan sedih. Semangatnya hilang... Aku paham, aku ngerti... aku juga pernah merasa dan menghadapi situasi begitu. Nasib perempuan beb!!!

Demi seorang teman, aku mengambil cuti separuh hari semata-mata untuk menemaninya. Ingin tahu apakah punca sebenar hingga rumahtangganya berakhir ke mahkamah. Setahu aku mereka berkahwin atas dasar suka sama suka dan direstui keluarga. Cuma aku tahu dua tahun lepas dia keguguran.

Melihat wajahnya, sama seperti wajah-wajah duka seorang wanita yang kehilangan cinta & kasih sayang. Tidak ceria, bengkak mata, sugul, looked aged before time...

Baru aku tahu... suaminya telah berkahwin senyap-senyap di Thailand. Hmmm... kesian. Aku rasa ini masalah ke seratus yang aku dengar dari luahan hati wanita-wanita. Telinga dah lali dan bernanah mendengar cerita yang sama, masalah yang serupa... Suami kahwin lain, suami kaki pukul, suami main kayu tiga, suami tak puas, suami lari, suami perogol, suami itu... suami ini....

Di mana silapnya? Aku tidak mengatakan kesilapan ini terletak di tangan lelaki dan tidak juga mengatakan kelemahan ini berpunca dari kaum wanita. Tetapi dari apa yang dikaji dan diperhatikan punca sesuatu perceraian adalah disebabkan tiada persefahaman. Tiada persefahaman berpunca dari 'tiada kejujuran dan keikhlasan'. Mungkin pasangan berkahwin hanya semata-mata kerana harta, wang, kekayaan, kecantikan & kejelitaan tetapi bukan pada pegangan agama. Atau campurtangan dari pihak kedua, ketiga, keempat???

Aku pun tak boleh cakap lebih-lebih dalam isu ini, sebab rumahtangga aku pun musnah... hu hu hu. Entahlah... semua tu Qadar dan Qadar dariNya. Tak boleh nak habaq, very subjektif...

Nasib teman aku tu sama dengan Abby & Norman. Bercerai pada hari yang sama. Aku simpati di atas nasib mereka. Bila memikirkan kisah sedih begini, ramai yang takut untuk mendirikan mahligai. Tetapi ada juga yang kahwin heboh sekampung, canang satu Malaysia macam Mawi & Ekin tu... bukan apa takut masa nak kahwin meriah... at last???? Bukan mendoakan, tetapi mengingatkan ajer... tidak mahu kisah cerai-berai ni jadi satu 'trend'.

Dari ceritanya, selepas habis edah teman aku ni akan pergi jauh... mungkin ke New York. Menyambung semula pengajiannya dan sekaligus mahu melupakan segala peristiwa pahitnya di sini. Aku yang sebak, bukan senang bagi dia melupakan seseorang, bukan mudah untuknya meninggalkan yang tersayang, sakitnya menusuk hempedu... memang pahit!

Aku hanya mampu mewasiatkan sebaris ayat, untuk dia agar lebih bersemangat dan tabah... "Jika gagal membina hidup kali pertama, jangan putus asa untuk mendirikan mahligai kali kedua... Harapan tetap ada untuk kita membina bahagia... jangan jemu mencari & berdoa, sementara menunggu mati." Dalam hati sedih juga, sebab nasib aku pun sama... hu hu hu...

Cinta sentiasa ada di hati, cinta tidak mengenal usia, jika satu cinta hilang seribu akan datang, bila cinta hadir bunga layu pun akan jadi mekar... Carilah cinta sejati dan abadi, berdoalah padaNYA...

Awas... kalau cinta hadir tetapi macam biskut, kejap ada kejap hilang... Beribu alasan diberikan, itu bukan cinta tapi 'tuba'... paham-paham ajer la, berusahalah untuk melupakan. Jangan bazirkan airmata dan air liur... Segeralah angkat kaki... Mungkin dia sudah ada yang lain, lagi muda, mekar dan ranum, ketat dan sendat. Biarkan saja... Ini adalah ujian & dugaan, kesabaran, ketabahan dan pengorbanan kita diketahui olehNYA. Kita adalah insan-insan terpilih!

Jangan biarkan hati dan perasaan kita dipermainkan oleh mereka yang tidak ada hati perut!!! (Tak kira lar... lelaki ke, pompuan ker...)

Kita punya hati & semangat waja, senjata utama untuk menepis segala virus yang boleh merosak jiwa. Bina semula semangat atas kekuatan diri.

Sebab, CINTA ITU BUTA...

Wednesday, December 17, 2008

Anak-anak semakin remaja...

Hmmm... nih dia!!! dah remaja. Inilah kawan, inilah lawan... time siang mcm kucing ngn anjing, tpi bila malam, bila lapar... mereka cari aku... har har har
Agresif dia ni... semua acara nak masuk...
Along ramai peminat, kecik nmpak comel...
Masa ni harijadi anak bongsu genap dua tahun... sayang menyayangi...
Time kecik-kecik, dorang ni nakal!!!

....ingat sebelum kene


Jangan bermain api, kelak terbakar diri...
Air tenang jangan sangka tiada buaya...
Aku dah pesan banyak kali, hati-hati melintas jalan...
Hidup ini singkat, esok lusa belum tentu boleh tengok matahari...
Har har har... aku blah dulu...

Perbezaan emosi lelaki & wanita


1. Apabila lelaki menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.
2. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.
3. Apabila lelaki menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam- kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.
4. Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?
5. Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.
6. Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.
7. Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.
8. Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.
9. Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.
10. Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya seorang wanita dengan seorang lelaki. Tidakkah anda setuju jika dikatakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?
11. Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.

hmmmm.... no komen! kalau dah namanya lelaki, tetap LELAKI!

Silapnya dia menilai kawan...


Pada mulanya...
Aku sangka dia, rupa-rupanya bukan...
Aku cuba lagi, mmm... ada respon...
Tapi tak lama, dia semakin hilang dan hilang...
Mungkin bukan dia orangnya yang aku cari selama ini...
Di hati hampir kecewa, jemu dalam penantian...
Tapi jauh di sudut hati dia tetap ada...
Aku cuba jauhkan diri, bayang-bayangnya tetap mengekori...
Satu ketika...
Dia datang lagi, aku tetap berdiri menanti dengan harapan...
Sangkaan aku kali ini tidak tepat...
Dia datang bukan untuk aku tetapi hanya untuk menyakiti...
Aku telah meneka, telah kuduga...
Janjinya lima belas tahun dulu kini terkubur...
Kerdilnya aku...
Hinanya aku...
Kami ibarat langit dan bumi...
Umpama enggang dan pipit...
Kini dia pergi lagi bersama serangkap janji yang tiada makna...
Semalam, kelmarin dia menjejakkan kakinya semula ke bumi salji...
Di sana... segalanya lebih bermakna bagi hidupnya...
Jauh di bumi asing...

Tuesday, December 16, 2008

Kelalaian orang tua, anak-anak jadi mangsa...


Inilah padahnya kalau ada segelintir manusia yang tidak tahu bersyukur atau tidak reda dengan dugaan dariNya. Jangan ingat kalau dah bergelar Haji ataupun Hajjah, ke tanah suci tiga empat kali setahun dosa diampunkan tuhan. Niat di hati belum tentu suci, jiwa belum tentu murni. Pakai tudung tiga empat lapis pun tak guna kalau asyik menuding jari mencari silap orang lain.

Kalau betul hati suci, murni... tidak sepatutnya menuduh sesama insan mahupun anak-anak yang sedang meningkat remaja. Siasat dan selidik dahulu betul atau tidak perbuatan hina itu dilakukan oleh mereka. Jangan ingat kalau anak lelaki berambut panjang mencuri. Dan jangan menuduh jika anak perempuan tidak menutup aurat tak pernah sembahyang. Jangan keruhkan suasana...

Proses pembesaran anak-anak remaja zaman sekarang tidak sama mendidik anak-anak remaja zaman 70 an. Cermin dulu diri sendiri, jangan salahkan orang lain jika berlaku perkara yang tidak diingini. Hidup ini masih panjang, impak dari menuduh tanpa sebarang bukti membawa padah! Anak-anak tidak akan menghormati walaupun bergelar saudara darah daging sendiri. Ingat, anak-anak makin membesar, orang tua akan bergelar 'warga emas' yang bakal memakai tongkat. Awas, jangan sampai ada yang 'pulangkan paku buah keras'. Anak-anak semakin berfikir menjadi manusia cerdik pandai, orang tua semakin tua berkerepot. Terlantar di katil reput... Nyanyok!

Remember... masa tua kita anak-anak yang akan menjaganya. Nasib kita bergantung pada anak-anak. Hari ini hati mereka terluka, selamanya mereka akan berdendam. Jangan terlalu menuduh mereka tanpa apa-apa bukti. Itulah harta yang paling berharga di dunia ini. Bukan rimbunan emas, bukan ribuan permata yang mendoakan kita, itu semua akan ditinggalkan bila telah meninggalkan dunia ini.

Anak-anak adalah anugerah tuhan, hitam putih hidup mereka bergantung kepada kita. Suka duka bersama mereka akan terbalas bahagia di satu masa kelak. Allah lebih mengetahui... insaflah!!!

Anak-anak bukan petualang...