Hari ini dah sembilan hari umat Islam berpuasa. Ramadan, bulan yang dilimpahkan beribu rahmat. Segala amalan dikira berganda di samping diberi diskaun-diskaun yang maha hebat. Peluang keemasan inilah yang sepatutnya kita rebut dan jangan lepaskan!
Tapi... di bulan puasa kepenatan bertambah. Akulah ibu, akulah ayah. Dari jam 4 pagi mengejutkan anak-anak bersahur, menghantar ke sekolah dan aku terus ke tempat kerja. Rutin harian yang sememangnya sibuk di pejabat. Menyiapkan pelbagai kerja yang tersedia ada. Melayan tetamu yang datang. Jam 5 petang berperang dengan kesesakan di jalan raya mengejar masa untuk sampai ke rumah sebelum berbuka. Sakit kaki menekan clucth, silau mata di panah matahari. Kalau hari hujan lagi seksa, jalan mesti jamm! Dada sesak, hati panas berasap menahan sabar menghadapi kerenah pemandu di jalan raya.
Hmmm... beginilah keadaan setiap hari. Sementara menghadapi jalan sesak, di kepala ligat berfikir tentang menu untuk anak-anak. Kalau tidak kena selera mereka, alamatnya banyak lauk pauk masuk tong sampah.
Buka saja pintu rumah, aku lipat lengan baju dan terus ke dapur. Mulalah menggoreng ikan, menumis sayur, memerah kelapa dan masak nasi. Melihat anak-anak yang keletihan berpuasa, hilang rasa penat, timbul rasa kasihan!
Selesai memasak aku menghidang, lepas tu berbuka puasa. Tapi bab mengemas dan cuci pinggan sudah dibahagi tugas ini pada anak-anak. Tiba giliran aku uruskan diri sendiri, hilangkan rasa penat seketika... aaarrrggghhhhhhh.... lega.
Terawih... tengok keadaan. Kadang-kadang pergi, kadang-kadang ponteng!
Malam... Korean movie tetap nak tengok. Letih macam mana pun sanggup buka mata luas-luas. Masa nilah time rehat aku, kadang-kadang sampai terlena depan tv... zzzzzzz
Begitulah rutin harian. Hari, minggu, bulan, tahun bersilih ganti, tetap akan datang dan pergi meninggalkan memori suka duka dalam hidup. Pejam celik Ramadan berlalu, Syawal pula bakal menjelma. Bila diingatkan lena yang indah pun boleh terganggu. Mimpi kahwin dengan anak raja pun boleh terjaga. Mana tidaknya selepas ini aku kena fikirkan makan pakai anak-anak di hari lebaran nanti. Resipi biskut raya dah banyak kumpul, insyaAllah hujung minggu ni dah nak mula buat. Hmmm.... rasanya kena buat lebih, nak hantaq pi utara sket!
Segalanya aku fikirkan untuk kebahagiaan anak-anak agar tidak ada hati yang terguris di pagi Syawal nanti. Semuanya aku kena sediakan supaya anak-anak tidak menitiskan airmata di pagi Hari Raya yang indah. Daripada songkok, butang baju melayu hinggalah kasut raya, aku akan pastikan segalanya lengkap. Kerana mereka tidak seperti orang lain, berhari raya tanpa ayah ataupun aku bersama-sama!
Tuesday, September 9, 2008
Monday, September 1, 2008
Kerenah anak-anak di bulan puasa...

Alhamdulillah, semalam kami tiga beranak selamat menjalani ibadah puasa untuk hari pertama. Seperti biasa, aku sedaya upaya cuba mengelakkan pembaziran. Bukan kedekut tapi aku memang tak suka membazir. Untuk hari pertama, aku masak asam pedas ikan pari, sayur goreng lala, ikan goreng, agar-agar pencuci mulut. Dan semalam juga sempat aku hulurkan semangkuk gulai dan sepiring agar-agar ke rumah jiran sebelah.
Nafsu di bulan puasa tidak boleh diikutkan sangat. Kalau boleh semua nak beli, semua nak jamah... tapi akhirnya masuk tong sampah.
Anak sulung, yang ini kena beri perhatian lebih sikit. Selepas sahur dia tidur sampai tengah hari (time cuti). Bangun jer duduk depan tv main game PS2 sampailah ke petang. Hilang sekejap aku telefon, bukan apa takut dia curi-curi makan atau merokok di 'port' bersama geng2 dia... Bila ada depan mata aku suruh nga-nga, nak chek mulut kut2 berbau. "Ada bau tak?" tanyanya sambil ketawa. Nasib baik...
Anak bongsu, masuk jam 12 tengah hari perutnya dah berkeroncong, katanya. Ulang alik ke dapur nak cium bau makanan agaknya. Buka peti sejuk, saja nak tengok apa yang ada. Tanya aku apa nak masak time berbuka nanti... haih.. macam2 peel anak-anak...
Hari ini, (balik sekolah) aku pun tak tau macam mana keadaan anak-anak. Dari awal aku berpesan, kuatkan iman, tahan rasa lapar dan dahaga. Balik sekolah jangan sekali-sekali curi makan. Aku rasa 'amanat' tu bukan untuk tahun ini saja, tapi dah bertahun-tahun aku membebel. Entahlah, hanya Tuhan yang tahu apa mereka buat.
Walaupun tak ada nasi dan lauk yang terhidang di meja, rasanya cukup meneguk air sejuk dari peti ais. Dari semalam aku dah berkira-kira takat mana air sejuk dalam botol, berapa keping roti yang ada, banyak mana mana agar-agar lebih semalam, berapa paket maggi dalam kabinet. Kalau ada yang kurang atau bilangan jadi sedikit maknanya ada antara mereka tidak puasa... ada yang curi makan!
Masa anak-anak di bawah jagaan pembantu, puasa mereka cukup sebulan. Sebab bersyarat, cukup sebulan puasa dibayar berganda! Tapi bila dah besar ni anak-anak tak hiraukan syarat dan umpan tersebut, sebab bagi mereka tak puasa pun boleh dapat duit. Mereka dah matang bukan budak-budak kecil lagi. Anak-anak dah besar panjang, tinggi macam galah. Bila berdiri sama, rupa-rupanya aku yang tak cukup tinggi. Kami sudah seperti adik beradik. Begitu cepat putaran alam, pantasnya masa berlalu. Anak-anak semakin besar, usia aku pun makin bertambah...
Semoga anak-anak tabah menghadapi ujian di bulan Ramadan ini... InsyaAllah.
Friday, August 29, 2008
Thursday, August 21, 2008
Berpijaklah di bumi yang nyata...

Bila Allah memakbulkan doamu, maka DIA menyayangimu,
Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu,
Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik bada ALLAH dalam apa jua keadaan pun...
Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya..."
Di bulan yang mulia ini jangan jemu menadah tangan memohon dariNya yang terbaik untuk diri dan mereka yang berada di samping kita. Jangan letakkan diri terlalu tinggi, kita hanya manusia kerdil. Jangan mendambik dada menggenggam pangkat dan darjat. Harus ingat... itu hanya duniawi, segalanya akan ditinggallkan. Kembalilah ke jalan yang benar... InsyaAllah...
Wednesday, August 20, 2008
Ini yang selalu aku ingat...
JANGAN MENGELUH
Kita selalu Bertanya dan Al-Quran sudah menjawabnya
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." - Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12
Di bulan yang mulia ini marilah sama-sama meningkatkan ibadat agar di sana kelak nanti kita ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman lagi suci. Setiap dugaan yang datang pasti ada hikmahnya. Bersihkan jiwa, sucikan diri, kuatkan hati dan berdoa... InsyaAllah kita akan melalui cabaran hidup dengan mudah dan penuh keredaan.
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL MUBARAK YANG MULIA...

Wednesday, August 13, 2008
Sunday, August 3, 2008
Aku dah kata... jangan!
Tipah tertipu lagi… cerita ini membuatkan aku terguling-guling ketawa. Sandiwara dunia kadang-kadang mengundang duka. Adakalanya lucu bagai nak pecah perut ketawa. Nasib baik baru berkenalan, cinta dah hampir berputik, dia terkantoi!
Dah lama aku nasihatkan kawan ni. “Jangan suka berchating, nanti kena tipu. Nak cari ramai kawan pun janganlah sampai percaya sangat sampai tak lalu makan.” Hmm… dia masih berdegil. Hari-hari duk depan tv, melayan ‘karpet’ konon, hilang boring katanya. Duit gaji habis melayan chating yang tak memberi faedah langsung. Pembaziran! Berderet list nama lelaki diumpannya, siap hantar pix melalui mms lagi dalam pelbagai gaya. Tiap malam ada saja lelaki yang ajak keluar, nak berkenalan. Ada yang menipu, ada jujur… tapi hanya setakat bertemu sekali saja, lepas tu terus senyap.
Maklumlah, dia masih anak dara. Tapi…. Kawan aku ni selalu bercerita, betapa girangnya dia bila ada lelaki mahu bertemu dengannya. Aku hanya tersenyum. Dia juga akan mengadu dengan aku kalau ada lelaki yang tidak jujur dengannya. Aku juga tersenyum… (macam baru kenal dunia, bisik hati aku.)
Alkisahnya… dia dapatlah sorang mamat ni, layan punya layan hampir 2 bulan jadi kekasih sms. Kembang la hati sekejap, terasa hidupnya terisi dengan kehadiran si jantung hati tu walaupun tak pernah bersua muka. Pagi lagi dah hantar sms tanya dah sarapan ke belum, tengah hari sms lagi tanya dah makan ke belum. Malam pun macam tu juga, buat apa, makan apa, tidur lena ke tidak!... Bak kata dah macam sepasang kekasih. Dalam hati dah rasa lelaki macam nilah yang ditunggu-tunggu selama ini. Aku hanya mengangguk bila kawan ni cerita. Mengiakan saja walaupun dalam hati aku kata ‘tidak’!
Paling seronok, kawan aku ni dah perasan agaknya. Cerita ni disampaikan kepada ibu bapa di kampong. Seronoklah keduanya, kerna anak daranya akan disunting orang. Maklumlah, dah tunggu lama sangat nak dapat menantu.
Aku tanya dia, “Kerja apa lelaki tu?” “PA. Kat syarikat hartanah di KL.” Jawabnya. “Wah, kaya tu. Bahagia hidup you nanti dapat suami macam tu.” “Tu la… dia pakai kereta MBenz.” Sambungnya lagi dengan bangga. Aku pun tumpang bangga. Huh, habis la lembu, kambing, kerbau tumbang kalau jadi kawen ni… agaknya riuh rendah la kampong pukul canang sambut menantu.
“You dah jumpa ke belum lelaki tu?” “Belum. Tapi dari cara dia sms macam serius jer. Sebab umurnya dah 40an, dia tak memilih sangat untuk calon isteri.” “Suami orang kut…” Aku menduga. “Ishhh… taklah. Ni ha tengok ni, gambar dia dengan kucing. Dia duda anak 3. Anak2 dia isteri jaga.” Jawabnya penuh yakin.
Dari gaya kawan aku ni cakap, dia memang dah suka sangat dengan lelaki ni. Aku pun tak boleh cakap apa. Doakan saja agar dia bahagia.
Tapi semalam dia menelefon aku. Menangis-nangis dalam corong telefon. Tersedu-sedu menahan sebak… adusss sedih sangat la tu!
“I dah jumpa dengan lelaki tu semalam. Eeeee….. dia penipu!”
“Kenapa pulak. Kan you dah suka dengannya…”
“Dulu suka, tapi sekarang tidak!” raungnya…. Waaaaaa….
“Nak tau, bukan kerja PA. Dia driver jer…”
“Mana you tau? Kan aritu you kata dia pakai MBenz…”
“Memang la pakai MBenz, tapi bukan dia punya. Dia driver jer, I ternampak ‘pas’ dan name tag kat dashboard. Bila I tanya dia tergagap jawab…”
“Ni satu lagi yang musykil, takkan kerja PA tak ada gigi….” Katanya lagi. Yang ni la buat aku terguling-guling ketawa. Ha.. ha.. ha... lawaksssss!
“Sudah la tu, lupakan saja lelaki itu. Jangan bersedih sebabkan hal ni. Tu la lain kali jangan cepat percaya dengan janji manis. Lidah lembut tak bertulang, ramai orang suka menipu!” Pesan aku pada kawan ni.
“Menyesal I! Nyesal!!!” Jeritnya. Sakit telinga aku. Apo nak dikato, cempedak dah jadi nangko!
Gitulah, tertipu dan di tipu. Bagi aku itu perkara biasa. Manusia sekarang dah banyak hilang arah dalam menentukan hidup. Kualiti menjadi manusia jujur dan ikhlas dah luput dan pupus. Mereka jadikan perkara seperti ini satu permainan, sering bersandiwara mempersendakan perasaan orang lain. Lebih suka hidup sosial dan tersasar jauh dari pegangan hadis dan sunnah. Iman yang kukuh bukan lagi terletak di jiwa, tapi di hati penuh dengan perkara-perkara khayalan yang membawa keseronokan di dunia, akhirat dilupakan!

Subscribe to:
Posts (Atom)