Tuesday, September 9, 2008

Gembira dalam duka...

Hari ini dah sembilan hari umat Islam berpuasa. Ramadan, bulan yang dilimpahkan beribu rahmat. Segala amalan dikira berganda di samping diberi diskaun-diskaun yang maha hebat. Peluang keemasan inilah yang sepatutnya kita rebut dan jangan lepaskan!

Tapi... di bulan puasa kepenatan bertambah. Akulah ibu, akulah ayah. Dari jam 4 pagi mengejutkan anak-anak bersahur, menghantar ke sekolah dan aku terus ke tempat kerja. Rutin harian yang sememangnya sibuk di pejabat. Menyiapkan pelbagai kerja yang tersedia ada. Melayan tetamu yang datang. Jam 5 petang berperang dengan kesesakan di jalan raya mengejar masa untuk sampai ke rumah sebelum berbuka. Sakit kaki menekan clucth, silau mata di panah matahari. Kalau hari hujan lagi seksa, jalan mesti jamm! Dada sesak, hati panas berasap menahan sabar menghadapi kerenah pemandu di jalan raya.

Hmmm... beginilah keadaan setiap hari. Sementara menghadapi jalan sesak, di kepala ligat berfikir tentang menu untuk anak-anak. Kalau tidak kena selera mereka, alamatnya banyak lauk pauk masuk tong sampah.

Buka saja pintu rumah, aku lipat lengan baju dan terus ke dapur. Mulalah menggoreng ikan, menumis sayur, memerah kelapa dan masak nasi. Melihat anak-anak yang keletihan berpuasa, hilang rasa penat, timbul rasa kasihan!

Selesai memasak aku menghidang, lepas tu berbuka puasa. Tapi bab mengemas dan cuci pinggan sudah dibahagi tugas ini pada anak-anak. Tiba giliran aku uruskan diri sendiri, hilangkan rasa penat seketika... aaarrrggghhhhhhh.... lega.

Terawih... tengok keadaan. Kadang-kadang pergi, kadang-kadang ponteng!

Malam... Korean movie tetap nak tengok. Letih macam mana pun sanggup buka mata luas-luas. Masa nilah time rehat aku, kadang-kadang sampai terlena depan tv... zzzzzzz

Begitulah rutin harian. Hari, minggu, bulan, tahun bersilih ganti, tetap akan datang dan pergi meninggalkan memori suka duka dalam hidup. Pejam celik Ramadan berlalu, Syawal pula bakal menjelma. Bila diingatkan lena yang indah pun boleh terganggu. Mimpi kahwin dengan anak raja pun boleh terjaga. Mana tidaknya selepas ini aku kena fikirkan makan pakai anak-anak di hari lebaran nanti. Resipi biskut raya dah banyak kumpul, insyaAllah hujung minggu ni dah nak mula buat. Hmmm.... rasanya kena buat lebih, nak hantaq pi utara sket!

Segalanya aku fikirkan untuk kebahagiaan anak-anak agar tidak ada hati yang terguris di pagi Syawal nanti. Semuanya aku kena sediakan supaya anak-anak tidak menitiskan airmata di pagi Hari Raya yang indah. Daripada songkok, butang baju melayu hinggalah kasut raya, aku akan pastikan segalanya lengkap. Kerana mereka tidak seperti orang lain, berhari raya tanpa ayah ataupun aku bersama-sama!

3 comments:

farahana said...

u are such a wonderful mom and a good writer..;)

wallpapersdeco said...

hi have a nice day.. looking for wallpapers for your house? or your friends/relative interested, visit my blog! thanks

Unknown said...

Puan,

Itulah pengorbanan seorang insan yang bergelar IBU, malang bagi saya, saya membesar bersama bapa dan abang serta kakak. ibu meniggal semasa saya berumur lebih setahun.

Sekarang bila bergelar bapa baru saya tahu tanggung jawab seorang bapa membesarkan anak-anak tanpa ibunya (keadaan yang diharungi bapa saya dulu) . Begitu juga puan membesarkan anak-anak tanpa bapanya. Beban yang memedihkan bukan? Redho'lah dengan takdir dan pikullah tanggung jawab yang diamanahkanNya.

salam ramadhan. selamat berpuasa.