Friday, May 16, 2008

Aku Masih Berdiri

Nor Akma Nazira, anak buah yang masih lagi dalam trauma….

Dialah buah hati aku yang selama ini menjadi penguat semangat… pendorong segalanya. Aku bangun kerana anak kecil ini! Perjuangan hidup harus diteruskan untuk melihatnya membesar, walaupun aku telah beberapa kali tersungkur… Tubuhnya kecil, tetapi mempunyai semangat yang jitu untuk terus hidup. “Mama.. kakak tak mahu tinggal di hospital lagi!” itulah ayat yang sering dijeritnya bila sesak nafas. Aduhhhh… kesian.

Akibat dari kelahiran ‘premature’ (7 bulan) Ira mengidap sakit asma dan jantung. Dia membesar dalam ‘inkubator’. Anak kecil yang masih tidak tahu mengenal erti hidup ini, pada aku tidak adil diberi galas tanggungjawab yang cukup berat. Sejak kecil hingga usia mencecah tujuh tahun kini hidupnya dihabiskan berulang alik ke hospital. Kuyu matanya dapat dibaca bila saja mendengar perkataan ‘hospital’. Dia terlalu takut hingga tidak lalu makan. Ira memang tidak suka ke hospital, sakit katanya!

Dia terlalu cerdik bagiku. Dalam sukar bernafas dan semput menahan sakit dada, Ira tetap menghafal segala apa yang diajar di sekolah mahupun di rumah. Faham apa yang dilarang! Makan dan minumnya sentiasa berpantang. Bila keluarga besar kami berkumpul dan menikmati makanan enak, Ira seperti tahu ‘akibatnya’ jika dia sama-sama menjamah makanan yang dihidangkan. Aku hanya memerhatikannya dari jauh, kesian... dari gerak matanya dan kumitan bibirnya dia begitu menginginkan aiskrim, air gas, coklat dan jenis air sejuk yang begitu menyamankan. Dia begitu terliur apatah lagi melihat mereka yang lain begitu sedap makan hingga menjilat jari. Tangannya hampir tersentuhkan gelas ais sirap limau di atas meja, tapi dia terus berlari keluar rumah kerana tidak mahu ditegur oleh mamanya…. . Terharu… kecil2 lagi dah mengerti erti pengorbanan….

Dia tidak seperti anak-anak buah yang lain, berlari ke sana ke mari, terlompat-lompat bermain bola dan teng-teng…. Dia juga mengerti akan padahnya jika meniru gaya aktiviti lasak itu. Ira hanya bernyanyi kecil di atas buai yang dibuat ‘opahnya’…..

Aku hampir menitiskan airmata…. (masa hari raya). Pernah suatu ketika dia terlalu penat, mungkin tersalah makan agaknya… muka Ira tiba-tiba menjadi biru. Badannya keras tidak bergerak. Tercungap-cungap seperti nyawa ikan… kami semua seperti mahu menjerit! Aku seperti patung, kaku tak tahu nak buat apa-apa.. rasa nak pitam dibuatnya…. apalagi mamanya….

Demi Ira,
2 Mei ’08, untuk meraikan Ira yang telah sihat (bukan sepenuhnya) aku membawa keluarga ke Teluk Batik dan menginap di Marina Cove Resort selama 2 hari 1 malam. Memang telah lama dirancang untuk bercuti bersama keluarga tetapi masa tidak mengizinkan. Tuntutan dan bebanan kerja yang terlalu banyak melarang aku untuk bersama mereka seperti ini….

Seronok! Rasanya sungguh bahagia… Kami seisi keluarga berkumpul semula dalam suasana yang berbeza. Selalunya hanya bersama pada hari raya atau majlis kenduri kendara. Rasanya naik lenguh mulut, kering gusi asyik tergelak digeletek dengan lawak2 bodoh yang kelakar…

Malamnya aku adakan satu jamuan kecil (steamboat) untuk keluarga dan teman2 lama juga dijemput… Hmmm… Banyak yang telah berubah, hampir sepuluh tahun tidak ketemu, tetapi kami tetap mesra seperti dulu! Cuma tidak bertepuk tampar, kerana takut ada mata yang menjeling di sebelah… Walaubagaimanapun kami tetap berbual dan rancak bercerita hingga tidak sedar hingga lewat malam. Mior/wife, Nor, Halim, Jai/Amar n tak lupa Nora, terima kasih kerana sudi datang.

Bila dapat bercuti bersama mak, adik-beradik dan anak2 buah, aku gunakan sepenuhnya untuk mereka. Kalau tidak mereka asyik menganggu. Merengek2 dicorong telefon menyuruh aku balik kampung, kadang2 aku rimas! Mungkin mereka rindu kut!

Masa inilah aku curahkan segala kasih dan sayang untuk mereka. Hingga timbul rasa cemburu pada anak2… ha ha ha, kerana mereka merasa seakan diketepikan. Apatah lagi adik2 yang ingin merasa sambal tumis ikan bilis petai, spaghetti marinara seafood, masak kurma daging rusa dll... Inilah saja yang aku ada di dunia ini, keluarga tercinta. Hanya kami yang tinggal. Dulu sembilan beradik, tapi kini tinggal tujuh je. Adik bongsu pergi 5 tahun lalu dan diikuti abang 3 tahun lalu. Mereka telah menyahut panggilan illahi terlebih dahulu… Abang hanya sempat berpesan; “Jaga mak baik2, aku dah tak balik lagi…”, dan dia terus pergi jauh….

Segala kenangan bersama keduanya sentiasa dalam ingatan, sesaat pun aku tidak pernah lupa. -alFatihah.

No comments: