Tuesday, May 27, 2008

Malam itu..

Memang enjoy! Majlis makan malam kali ini meriah, paling menyeronokkan dapat menari bersama teman-teman. Pada mulanya aku tidak merancang pergi ke majlis tersebut, malas, kerana diadakan di sekitar Kuala Lumpur. Kawasan itu bagiku amat sesak, membosankan. Tetapi bila bos besar sendiri datang memberi ‘warning’ aku terpaksa akur, kena pergi. “I want you enjoy the dinner tomorrow night, and have fun with us!”, katanya tegas. Aku angkat tangan. Tanda menghormati permintaannya, kerana dia adalah idolaku…

Cemburunya si dia… Tepat jam 1 pagi aku turun ke bawah, dan di sana my ex husband telah menanti bersama anak-anak. Memang aku yang memintanya menjemput pada malam itu. Di waktu malam begini tidak berani untuk pulang seorang diri memandu kereta. Aku percaya padanya, kami harus berbaik dan jadi kawan demi anak-anak. Walaupun begitu aku jarang sekali meminta bantuan atau bercerita masalah padanya. Aku tidak mahu menyusahkannya, kecuali perihal anak-anak yang semakin nakal.

Keretanya aku hampiri, sedikit terkejut kerana didalamnya ada seorang wanita. Girl fren dia la tu… Dengan hati yang berat dan berbelah bagi aku masuk ke dalam kereta. My ex hanya tersenyum memandang tetapi wanita itu hanya memdiamkan diri. Mukanya masam mencuka. Seperti ada sesuatu yang tidak kena.
Anak-anak terlena. My ex bertanya, “hantar ke office ker?”…. “Haah” jawabku ringkas. Kemudian mereka saling berpandangan. Ishhh…. Aku jadi serba salah. Dia cemburu kut! Takkan nak bercakap pun tak boleh.

Aku hanya mendiamkan diri di belakang. Sesekali mencuri pandang arah mereka. My ex hanya memandu, wanita itu dari tadi mendiamkan diri. Teringat aku pada kata-kata seorang teman, dia tidak suka pada perempuan yang terlalu cemburu, bila dah ‘jeles’ pasti gerak gerinya akan terbatas bila di ‘queen control’. Memang benar, tapi dia beruntung kalau setakat dikontrol begitu. Aku juga mangsa cemburu. Bukan saja diperhatikan segala gerak geri, tetapi mangsa sepak terajang. Pantang salah sikit, tangan pasti naik ke muka. Pergi berterawih dikatakan melacur diri, ke pejabat dituduhnya menyundal. Kalau dah begini, bukan saja hilang rasa cinta & kasih sayang, nafsu pun boleh mati! Tak tahan beb….
Pada aku, lelaki ni makin dikontrol, dia akan jadi penipu, mereka akan lebih hipokrit! Biarkan mereka bebas….. mereka telah diberi akal & hati, ada mata, ada telinga, boleh fikir sendiri. Tapi kadangkala ada benarnya kata pujangga, cemburu tandanya sayang….

“Kita balik Terengganu nanti naik flight ye..” tiba-tiba bakal isteri my ex bersuara. Aksinya manja sedikit. Nak menunjuk kat aku agaknya, betapa sayangnya dia pada cinta hatinya…. My ex hanya mengangguk.

Perlukah aku tahu semua itu? Kenapa di tengah malam ini baru mereka nak bercakap tentang itu di depan aku… itu kan personal. Sorry, aku tak cemburu pun. Aku bukan busy body nak tahu apa yang mereka buat.

Aku tahu, my ex akan menamatkan zaman dudanya pada tahun ini, tapi tak tahu bila, mungkin esok, lusa, minggu depan, bulan depan atau di penghujung tahun ini…. Alhamdulillah, aku doakan semoga dia bahagia. Aku bangga, sekurang-kurangnya dia dah berubah, sudah ada pendirian. Tidak lagi bergantung pada orang lain. Dan yang paling penting dia sudah punya ‘bantal peluk’, tidak sepi lagi…

Dah sampai. Aku mengucapkan terima kasih. Dia sedikitpun tidak memandang. Tak mengapa….. bisik hati. Anak-anak sudah lena. Tidak mahu mengejutkan mereka, kerana minggu ini giliran my ex bersama anak-anak. Aku yang tidak lena tidur, memikirkan nasib anak-anak yang bakal mendapat ibu tiri yang cemburu. Aku harap dia berubah. Paling runsing bila fikirkan ke mana anak-anak mengadu nasib jika aku tiba-tiba pergi nanti….

Hilang segala rasa seronok parti malam ini, terguris hati teringatkan girl fren my ex… hu hu hu

4 comments:

Ceri said...

(Syyyy....) Tuah Iskandar, dia tu mmg adik angkat la... laki org nih, Taqiyuddin ni dah kawen... jgn gosip arrr... dia ni baik ngn sumer org. Mlm tu ramai aweks amik gambar ngn dia... Pangkat adik2 jer ni...

Anonymous said...

cuba dulu baru tau ha

Anonymous said...

eh, eh. macam mana boleh ada nama tuah iskandar tiba2 ni. apapun, syabas dengan pelancaran blog ni.

Ceri said...

Sori, yang tu tersilap daaa...
Blog: Terima kasih & syabas juga pada 'hamba Allah' ni yang sudi nak buatkan blog utk saya... nice colour, sumer cantik la... ishhh, sampai x tau nak balas budi & jasa dia tu...