"Allah won't ask what your highest salary was, He'll ask if u compromised you character to obtain it..."
"Allah wont' ask what your job titled was, He'll ask if u perfomed your job to the best of you ability..."
"Allah won't ask how many friends you had, He'll ask how many people to whom your were a friend..."
Berpijaklah di bumi yang nyata... Subhanallah...
Thursday, June 25, 2009
Tuesday, June 23, 2009
Ini bukan cobaan... ini betul betul!!!
Aku bukan ingin menyibuk atau mencampuri urusan rumahtangga orang lain. Bukan juga seorang kaunseling yang mampu memberikan nasihat-nasihat bernas di atas pengalaman dulu. Hanya bersimpati di atas nasib kaum wanita yang masih mencari jalan untuk membahagiakan diri sendiri sekaligus menyelamatkan rumahtangga yang bakal menemui jalan buntu. Cuma aku tidak ada cara untuk membantu mereka dalam menyelesaikan kemelut umpama retak menanti belah, aku hanya menjadi pemerhati dan pendengar.
Sebagai manusia yang pernah melalui pelbagai dugaan hidup, cabaran hidup yang gila... seharusnya aku tidak mahu lagi perkara-perkara menyiat hati itu hinggap dalam hidup malah kepada sesiapun. Aku inginkan kedamaian!!!
Inilah luahan yang aku ingin kongsikan bersama teman-teman...
Aku pun tidak tahu di mana silapnya pasangan ini. Berkahwin atas dasar suka sama suka, mencipta bahagia hingga punya anak tiga. Hidup mereka lengkap, tidak nampak cacat celanya. Diserikan lagi tinggal bersama kedua orang tua. Hmmmm...
Tiba-tiba guruh di langit berdentum, walaupun awan cerah. Berita panas dan hangat tiba-tiba menikam halwa telinga. Suaminya telah berkahwin lain, dia kini bermadu. Bertambah dalam benci dan sakit hatinya... madunya telahpun mengandung 4 bulan dan ini bermakna dia telah tertipu hampir 6 bulan. Maka perang dingin dan panas diisytiharkan! Kedengaranlah pelbagai bunyi dan tangisan yang menyesakkan telinga aku.
Paling menyedihkan, anak-anaknya bertempiaran lari. Membawa diri, memujuk hati dan menagih simpati dari orang lain agar membantu menyelamatkan kedua ibu bapa mereka. Aduh! Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...
Cerita terbaru...
Si isteri rupanya tidak sanggup bermadu. Kemana lagi kalau tidak ke Pejabat Agama atau Mahkamah Syariah. Di situlah kebanyakan wanita mengadu nasib, tempat yang sedikit sebanyak membantu wanita melepaskan tekanan walaupun terpaksa melalui pelbagai prosuder. Bagi aku ia hanyalah tempat membantu kaum wanita memilih status yang terbaik untuk mereka pilih setelah dianiaya dan teraniaya. Tapi hakikatnya tekanan tidak pernah padam walaupun telah bergelar ibu tunggal. Hidup mereka ibarat 'ditelan mati emak, diluah mati bapak'...
Begitu juga dia, mungkin memilih status seperti aku. Setelah bertahun, berabad berhempas pulas membanting tulang membantu suami, melahirkan anak-anak demi suami, menjaga ibu mertua demi suami, menjaga kehormatan demi suami, menjaga penampilan demi suami, bekerja siang malam demi suami... dan akhirnya dia melangkahkan kaki memberi laluan demi kebahagiaan suami untuk hidup bersama wanita lain.
Maka bertambahlah bilangan ibu tunggal dan ibu tinggal kat Malaysia ni!

Wednesday, June 10, 2009
Cermin diri sendiri...

Jangan sesekali cepat melatah bila kita dipuji, jangan sesekali perasan jika kita dikatakan insan terpilih, ingat... siapa pun kita, apa pangkat kita, apa warna kulit kita... bila tiba masa, kita tetap akan ke sana. Menuju alam kekal lagi abadi.
Dalam membina kekuatan meniti arus hidup, semangat adalah senjata utama.
Iman dan taqwa perlu ada di setiap jiwa untuk menjadi insan berkualiti...
Monday, April 13, 2009
Mengisi masa yang terluang...

Hampir seminggu menyimpan azam untuk menyudahkan membaca novel bertajuk 'Saat Kau Hadir'... Tapi ada saja yang menghalang. Tak ada konsentrasi... dan Jumaat malam aku memulakan operasi membaca novel Saat Kau Hadir. Dengan bersemangat aku sanggup bersengkang mata membaca tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Tepat jam 3 pagi (ahad)... Lega, akhirnya aku berjaya mengetahui jalan cerita. Sedih dan bersemangat mengikuti kisah seorang perempuan yang hampir putus asa meniti hidup di mana akhirnya dia bertemu dengan seorang doktor yang selama ini menanti dan memerhatinya. Sebab itulah selagi tidak jumpa muka surat terakhir, aku tak lalu makan dan minum.

Mata masih mencari sesuatu untuk dibaca, fikiran juga seperti inginkan sesuatu untuk dikhayalkan, jiwa juga perlu dipenuhi ilusi dengan sesuatu kelainan... agar hati dan perasaan bersatu membentuk jiwa yang mendamaikan...
'Menanti Khalida'... menjadi bahan bacaan kedua. Bermula subuh Ahad, berakhir tengah malam... Kisah menarik Menanti Khalida menjadi persinggahan sementara di benak fikiran. Betapa sengsaranya hidup Khalida menjadi seorang penunggu cinta, akhirnya dia menemui kebahagiaan di penamat cerita.
Hmmm... penat mata membaca, lenguh tangan memegang buku, dari kerusi makan ke sofa, dari atas lantai ke atas karpet, dari bawah katil naik ke katil... namun aku tetap menghabiskan membaca. Rasanya... hilang sekejap dunia realiti, aku seolah-olah berada di alam fantasi... Aku rasa seperti sedang mengembara menuju hidup yang lebih menyeronokkan... best!!! Funny... but i'm still feel lonely...
Aku cuma berehat bila tiba masa memasak dan menyelesaikan sedikit urusan. Anak-anak... hanya menggelengkan kepala. "Buatlah apa yang mak suka, janji mak bahagia..." kata mereka.
Friday, April 10, 2009
Mana MAT?
Tiga hari lepas aku intai-intai di pejabat, rindu sangat nak tengok muka MAT. Hari ini pun aku cuba lalu depan bilik MAT. Hampeh... batang hidung MAT masih tak nampak.
Pelik... keputusan kabinet dah diumumkan, konfem KJ dan SHA tak masuk list. Tapi MAT masih senyap, takkan sedih lagi kut. MAT BOTOX dah konfem la tengah frust menonggeng, atau pun mungkin tengah tergelak menonggeng-nonggeng sebab KJ tak masuk senarai jemaah menteri dalam kabinet. MAT BOTOX dan KJ ni nama jer satu parti, senang cerita macam main wayang... depan stage cium molot, belakang pentas mereka laga bontot... jadi musuh!
MAT, MAT... ke mana kau menghilangkan diri. Tak sabar rasanya nak dengar hujah dari mulut MAT. Nak dengar sangat pendapat MAT tentang kenyataan MAT BOTOX dalam surat khabar semalam.
Jangan lupa MAT, 'jerat tak pernah lupakan pelanduk, selalunya pelanduk yang lupakan jerat'...
Ingat MAT, jangan hilangkan diri lama sangat... nanti dapat hadiah penyapu... kah kah kah

Tuesday, April 7, 2009
Dua Bukit, Satu Batang...

Tahniah PR! Syabas YB Nizar, S Manikumar. Usaha keras penasihat PKR yang dohormati, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan pemimpin ini sememangnya berkaliber dan berwawasan. Berkat doa dari rakyat akhirnya manusia yang sentiasa dikritik, dicemuh, dianiaya dan difitnah menyebelahi kepada kemenangan. Sudah nyata, memang sah... YB Nizar masih disukai rakyat walaupun dia pernah digelar 'manusia penderhaka' kepada Sultan. Tapi gelaran itu sedikit pun tidak menggentarkan semangatnya untuk terus perjuangkan nasib rakyat.
"Kemenangan ini adalah bukti rakyat menyokong perjuangan Pas, PKR dan DAP."
"Ini juga isyarat kepada kerjaan pusat bahawa rakyat kini mahukan keadilan dalam sistem demokrasi dan rakyat menolak kerajaan yang mengamalkan rasuah, politik wang dan tidak adil."
Betul katanya, memang benar. Rakyat kini telah membuka mata, sudah tahu mana betul dan yang mana salah. Rakyat kini telah bijak memilih pemimpin yang telus dan ikhlas sekaligus membawa negara ke mercu kejayaan. Menyelamatkan negara dari terus dilanda kegawatan ekonomi dan menjadi mangsa kemelut politik 3B... bodoh, biul, bangang. Inilah yang kita tunggu, dan inilah yang kita mahu.
'Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu'...
Sampai bila kita melaungkan-laungkan keadilan, demokrasi, kepimpinan melalui teladan, konsep Satu Malaysia, hapuskan rasuah dan cekap bersih amanah. Di mana bukti slogan-slogan keramat itu sedangkan rakyat mahukan perubahan dalam kepimpinan. Setiap tahun Malaysia akan bertukar tema, mencipta logo, berganti moto mengajak rakyat menjadi manusia bertanggugjawab dan berdisiplin, tetapi pemimpin masih orang yang sama, parti yang serupa... BN/UMNO. Makan rasuah! Hisap darah rakyat! Putar belit rakyat... tipah pun tertipu!
Bukti kekalahan BN pada pilihanraya DUA BUKIT dan menang pada SATU BATANG membuktikan rakyat kini menolak bulat-bulat parti yang memimpin sekarang. Ada di kalangan ahli UMNO yang sanggup tinggalkan suami berbulan semata-mata nak berkempen pada pilihan raya, nak menang, nak dapat nama dan yang penting dapat elaun beribu ringgit. Bila kalah senyap. Bukan tak nampak, bukan tak dengar... RAKYAT MAHUKAN PERUBAHAN PADA PEMIMPIN DAN PARTI!!!
Bila akan adakan perubahan? Bila barisan pemimpin yang terdiri dari UMNO akan mengundur diri? Sebenarnya mereka sedar rakyat dah tak suka, tetapi di sebabkan menjaga periuk nasi masing-masing, mereka masih menegakkan benang yang basah. Memutarbelitkan fakta, menuding jari kepada pihak pembangkang tanpa usul periksa, pantang silap sikit ISA...
Inilah yang harus diperbetulkan. Peranan Datuk Seri Najib sebagai PM amat penting dan mencabar, kemelut yang melanda rakyat harus diselesaikan terlebih dahulu. Krisis politik mesti dikaji semula agar pilihan raya akan datang memuaskan hati semua pihak. Politik dalaman harus disiasat, jangan ada rasuah. Cantas segalanya dengan teliti, agar kepercayaan rakyat dikembalikan semula!
* Terima kasih kepada Encik Amiruddin Ahmad yang tak jemu menghantar berita pada saya melalui telefon & sms, melaporkan cerita-cerita hangat yang berlaku di Bukit Selambau & Bukit Gantang sepanjang 3 hari berkempen. Pengorbanan beliau amat dihargai, sanggup meninggalkan anak isteri demi menjalankan tugas sebagai wartawan RASMI LAMAN REFORMASI & SUARA KEADILAN. Gua caya lu beb!!!
Hanya sekadar renungan...
Untuk pengunjung TAJMAHAL CINTA yang dihormati:
Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati, kita mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama-sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang kita harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kita harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.
Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya. Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri...
Kekuatan untuk melepaskan
“Jika mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu, maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia bukan milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego.
Kekuatan dalam komunikasi
Ketika belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang dicintai tahu bahawa kita mencintai dan menghargainya. Jangan takut untuk mengucapkan 3 kata magik: “Aku cinta kamu”. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata - kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya.
Kekuatan semangat
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari - hari kita dengan penuh semangat..
Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan. Kita tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah mempercayainya. Bersikaplah seakan-akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar - benar untuk kita, tanyakanlah pada diri sendiri “Apakah aku benar - benar mempercayainya sepenuh hati?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

Subscribe to:
Posts (Atom)