Tuesday, June 23, 2009

Ini bukan cobaan... ini betul betul!!!

Aku bukan ingin menyibuk atau mencampuri urusan rumahtangga orang lain. Bukan juga seorang kaunseling yang mampu memberikan nasihat-nasihat bernas di atas pengalaman dulu. Hanya bersimpati di atas nasib kaum wanita yang masih mencari jalan untuk membahagiakan diri sendiri sekaligus menyelamatkan rumahtangga yang bakal menemui jalan buntu. Cuma aku tidak ada cara untuk membantu mereka dalam menyelesaikan kemelut umpama retak menanti belah, aku hanya menjadi pemerhati dan pendengar.

Sebagai manusia yang pernah melalui pelbagai dugaan hidup, cabaran hidup yang gila... seharusnya aku tidak mahu lagi perkara-perkara menyiat hati itu hinggap dalam hidup malah kepada sesiapun. Aku inginkan kedamaian!!!

Inilah luahan yang aku ingin kongsikan bersama teman-teman...
Aku pun tidak tahu di mana silapnya pasangan ini. Berkahwin atas dasar suka sama suka, mencipta bahagia hingga punya anak tiga. Hidup mereka lengkap, tidak nampak cacat celanya. Diserikan lagi tinggal bersama kedua orang tua. Hmmmm...

Tiba-tiba guruh di langit berdentum, walaupun awan cerah. Berita panas dan hangat tiba-tiba menikam halwa telinga. Suaminya telah berkahwin lain, dia kini bermadu. Bertambah dalam benci dan sakit hatinya... madunya telahpun mengandung 4 bulan dan ini bermakna dia telah tertipu hampir 6 bulan. Maka perang dingin dan panas diisytiharkan! Kedengaranlah pelbagai bunyi dan tangisan yang menyesakkan telinga aku.

Paling menyedihkan, anak-anaknya bertempiaran lari. Membawa diri, memujuk hati dan menagih simpati dari orang lain agar membantu menyelamatkan kedua ibu bapa mereka. Aduh! Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...

Cerita terbaru...
Si isteri rupanya tidak sanggup bermadu. Kemana lagi kalau tidak ke Pejabat Agama atau Mahkamah Syariah. Di situlah kebanyakan wanita mengadu nasib, tempat yang sedikit sebanyak membantu wanita melepaskan tekanan walaupun terpaksa melalui pelbagai prosuder. Bagi aku ia hanyalah tempat membantu kaum wanita memilih status yang terbaik untuk mereka pilih setelah dianiaya dan teraniaya. Tapi hakikatnya tekanan tidak pernah padam walaupun telah bergelar ibu tunggal. Hidup mereka ibarat 'ditelan mati emak, diluah mati bapak'...

Begitu juga dia, mungkin memilih status seperti aku. Setelah bertahun, berabad berhempas pulas membanting tulang membantu suami, melahirkan anak-anak demi suami, menjaga ibu mertua demi suami, menjaga kehormatan demi suami, menjaga penampilan demi suami, bekerja siang malam demi suami... dan akhirnya dia melangkahkan kaki memberi laluan demi kebahagiaan suami untuk hidup bersama wanita lain.

Maka bertambahlah bilangan ibu tunggal dan ibu tinggal kat Malaysia ni!

5 comments:

sab soi said...

Bagi aku memang berat untuk bermadu, tetapi sebenarnya jika kita berlapang dada, rasanya dugaan itu dapat diharungi. Ramai wanita bila dimadu selalu mempersoalkan haknya. Bila di tinggalkan baru terfikir adalah lebih baik jika mengalah....

Sunbright said...

turut bersimpati, cobaan harus dilalui :)

farah adila said...

emmm...asam garam kehidupan...
walaupun susah nak terima tapi tu semua dugaan...
dugaan wanita lebih berat dari lelaki...
kebanyakkan wanita hidup selalu berendamkan air mata...
tapi sabar je la...mungkin ada hikmanya atas apa yg berlaku...

Taufeek said...

Assalammu'alaikum...teringat saya pd kisah setelah wafatnya Rasulullah saw, dimana Saidina Umar pd ketika itu spt tidak dapat menerima kenyataan bhw Nabi Muhammad saw telah wafat. Lalu Saidina Abu Bakar pun menghampiri Saidina Umar dan org ramai yg kebingungan dan beliau berkata “Saudara-saudara! Barangsiapa mau menyembah Muhammad, Muhammad sudah meninggal. Tetapi barangsiapa mau menyembah Tuhan, Tuhan hidup selalu tak pernah mati.” Kemudian beliau membacakan firman Tuhan “Muhammad hanyalah seorang rasul. Sebelum dia pun telah banyak rasul-rasul yang sudah lampau. Apabila dia mati atau terbunuh, apakah kamu akan berbalik ke belakang? Barangsiapa berbalik ke belakang, ia tidak akan merugikan Tuhan sedikit pun. Dan Tuhan akan memberikan balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Qur’an, 3:144).

Matlamat kehidupan kita...
“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am : 162)

Siapa harus kita dengar...apa kata masyarakat atau apa kata Al-quran dan as-sunnah..?
Apakah kita hanya perlu berpandukan pada hati kita atau pun pada al-quran dan as-sunnah..?

splitid said...

perkara macam ni merisaukan kami yang belum berumahtangga