Tuesday, November 4, 2008

Apa yang lelaki mahu?


Kisah pergaduhan pasangan artis yang sedang hangat diperkatakan masa ini amat mengecewakan. Pasangan yang dianggap romantis dan jarang dilanda gosip panas akhirnya menemui jalan penyelesaian di pintu mahkamah syariah. Pastinya hubungan mereka telah lama dingin hanya retak menunggu belah. Dari kata-kata dan luahan isteri seperti telah mempunyai masalah rumahtangga... "Asyik sibuk dengan perempuan jer..." Nyata dan jelas, dari ayat yang keluar dari mulut, si isteri telah lama memendam rasa. Mungkin juga mereka selalu bertikam lidah tentang masalah ini, cuma belum meletup dan diketahui umum.

Sedih, pasangan ini juga dianggap idola kepada peminat sebagai suami isteri yang menjadi contoh bagi pasangan-pasangan lain. Mana tidaknya, setiap kali ada gathering ataupun majlis-majlis selebriti mereka amat romantis sekali. Ada ketikanya makan pun bersuap, tangan asyik di pinggang. Amat mengagumkan! Timbul pula rasa cemburu...

Tapi bila meletusnya berita hangat, dengan sekelip mata aku telah hilang respek pada lelaki itu! Memang biasa bagi lelaki kalau ada perempuan simpanan, tidak pelik kalau setiap malam ada suami tidur dengan handset di tangan, perkara biasa kalau lelaki keluar makan tengah hari dengan girlfriend walaupun isteri memasak di rumah.... Tetapi yang aku geram bila memikirkan artis lelaki itu sanggup berpoya-poya sedangkan isterinya baru saja bersalin. Masih dalam pantang! Rasanya sakit bersalin pun belum pulih lagi!!! Wahai kaum lelaki, tahu tak betapa sakitnya mengeluarkan zuriat dari rahim... azabnya sakit ketika bersalin!

Aku juga tidak bersetuju dengan cara artis perempuan menyelesaikan kemelut yang mereka hadapi. Menyerang dan menjerit di khalayak ramai. Cara begitu tidak menyelesaikan masalah, malah orang keliling akan bertepuk tangan melihat drama 'real' di depan mata. Memang tidak profesional. Tapi iyer la... hati tengah menggelegak, langit pun boleh runtuh. Orang tengah marah, macam-macam boleh jadi.

Entahlah... perkara begini bukan terjadi di kalangan selebriti, rumahtangga orang lain pun selalu meletup juga, macam Altantuya kena letup dgn C4. Bila mata sudah dikaburi iblis, mabuk asmara pun menjadi-jadi... rumah atas langit pun boleh runtuh. Mulalah, siang malam kira bulan bintang. Pergi mana-mana pun hanya wajahnya yang menjelma. Angau, khayal, makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena. Mulalah lupa nak beli barang dapur, lupa bantu isteri salin lampin anak, lupa nak mop lantai setiap hari minggu. Hand set pun bawa mandi, takut buah hati merajuk.

Bila ikan di depan mata takkan nak tengok je, betoi tak? Sanggup serahkan jiwa dan raga, rasa dunia ini miliknya!!!

Tidak dinafikan, salah perempuan juga. Gelap mata bila diumpan dengan wang ringgit, harta berjuta. Agaknya hidup di Kuala Lumpur ni perlukan sara hidup yang tinggi. Mana cukup kalau kerja model atau pelakon tambahan nak sewa villa atau kondo tinggi mencecah awan. Perfume mesti berjenama, takkan nak guna deodoran jer, ketiak berbau Bangla pun tak nak dekat. Nak beli make up je beratus ringgit, nak tampal muka yang banyak jeragat dan jerawat. Nak jaga 'standard'... makan habis koman pun kat Starbuck, Victoria Station, Secret Recipe....

Kalau pilih lelaki bujang konfem tak mampu, nak tak nak kena cari 'laki orang' yang berduit. Takkan nak teguk sirap ais dengan goreng pisang jer. Lama-lama kembong, tak pun kuku patah tak cukup vitamin. Mulalah menggesel-gesel lelaki yang poket penuh. Tak kiralah laki orang ker, tunang orang ker, lelaki dah ada cucu ker... Hmmm.... kalau dah dapat yang muda dan ranum, apalagi... lelaki sanggup tinggalkan keluarga demi kekasih tercinta.

Maka keluarlah statement; "A hadir dalam hidup saya sebagai pembakar semangat, M pula sebagai penyelamat dalam kehidupan saya!"... Apa maknanya semua ini? Lelaki ini memang buta hati perut!

Bila dengar statement lelaki ini, hati aku yang rasa terbakar... Senangnya lelaki mencari jalan penyelesaian. Ingat perempuan ni macam kain buruk ker, ingat macam pampes ker, dah pakai lepas tu buang!!! Apa lagi yang dia mahu, dapat isteri yang cantik, kulit putih bersih gebu, sanggup berkorban mencari nafkah bantu suami, anak tiga tapi badan macam anak dara! Tapi bab-bab dalaman tu aku tak tahu larrrr...

Dunia, dunia, dunia... makin lama, makin panas!

No comments: