Thursday, February 4, 2010

INGATLAH!!!!

Setiap KESABARAN akan diganti dengan KEMENANGAN

Setiap KEDUKAAN akan berganti dengan KEBAHAGIAAN

Setiap PERPISAHAN pasti bermula dengan satu PERTEMUAN

Setiap YANG BERAKHIR akan bertukar dengan suatu PERMULAAN

Setiap KEJADIAN ALLAH pasti ada HIKMAHNYA... ..

Monday, December 28, 2009

hanya di sini


Ermmm... Dah lama tidak menjenguk ke blog ni. Sibuknya kemain... tk sempat nk berkarya di sini. Hati pun sedang gundah gelana tk tentu arah, hari-hari terlalu sibuk melayan kerenah anak-anak yg sedang meningkat remaja...

Itulah hidup aku... seorang wanita yg sentiasa dikejar dan mengejar namun akhirnya impian hanya tinggal impian. Hanya doa padaNya tidak pernah lekang dari bibir memohon satu hasrat... kerana doa tulusku hanya Dia yang tahu!

Monday, November 23, 2009

ermmm... entahlah

Macam burung,
Sekejap hinggap...
Sekejap terbang...
Hanya Allah yang tahu gelora dada ini...

Wednesday, November 11, 2009

Monday, August 17, 2009

Thursday, June 25, 2009

Sekadar renungan bersama

"Allah won't ask what your highest salary was, He'll ask if u compromised you character to obtain it..."

"Allah wont' ask what your job titled was, He'll ask if u perfomed your job to the best of you ability..."

"Allah won't ask how many friends you had, He'll ask how many people to whom your were a friend..."


Berpijaklah di bumi yang nyata... Subhanallah...

Tuesday, June 23, 2009

Ini bukan cobaan... ini betul betul!!!

Aku bukan ingin menyibuk atau mencampuri urusan rumahtangga orang lain. Bukan juga seorang kaunseling yang mampu memberikan nasihat-nasihat bernas di atas pengalaman dulu. Hanya bersimpati di atas nasib kaum wanita yang masih mencari jalan untuk membahagiakan diri sendiri sekaligus menyelamatkan rumahtangga yang bakal menemui jalan buntu. Cuma aku tidak ada cara untuk membantu mereka dalam menyelesaikan kemelut umpama retak menanti belah, aku hanya menjadi pemerhati dan pendengar.

Sebagai manusia yang pernah melalui pelbagai dugaan hidup, cabaran hidup yang gila... seharusnya aku tidak mahu lagi perkara-perkara menyiat hati itu hinggap dalam hidup malah kepada sesiapun. Aku inginkan kedamaian!!!

Inilah luahan yang aku ingin kongsikan bersama teman-teman...
Aku pun tidak tahu di mana silapnya pasangan ini. Berkahwin atas dasar suka sama suka, mencipta bahagia hingga punya anak tiga. Hidup mereka lengkap, tidak nampak cacat celanya. Diserikan lagi tinggal bersama kedua orang tua. Hmmmm...

Tiba-tiba guruh di langit berdentum, walaupun awan cerah. Berita panas dan hangat tiba-tiba menikam halwa telinga. Suaminya telah berkahwin lain, dia kini bermadu. Bertambah dalam benci dan sakit hatinya... madunya telahpun mengandung 4 bulan dan ini bermakna dia telah tertipu hampir 6 bulan. Maka perang dingin dan panas diisytiharkan! Kedengaranlah pelbagai bunyi dan tangisan yang menyesakkan telinga aku.

Paling menyedihkan, anak-anaknya bertempiaran lari. Membawa diri, memujuk hati dan menagih simpati dari orang lain agar membantu menyelamatkan kedua ibu bapa mereka. Aduh! Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...

Cerita terbaru...
Si isteri rupanya tidak sanggup bermadu. Kemana lagi kalau tidak ke Pejabat Agama atau Mahkamah Syariah. Di situlah kebanyakan wanita mengadu nasib, tempat yang sedikit sebanyak membantu wanita melepaskan tekanan walaupun terpaksa melalui pelbagai prosuder. Bagi aku ia hanyalah tempat membantu kaum wanita memilih status yang terbaik untuk mereka pilih setelah dianiaya dan teraniaya. Tapi hakikatnya tekanan tidak pernah padam walaupun telah bergelar ibu tunggal. Hidup mereka ibarat 'ditelan mati emak, diluah mati bapak'...

Begitu juga dia, mungkin memilih status seperti aku. Setelah bertahun, berabad berhempas pulas membanting tulang membantu suami, melahirkan anak-anak demi suami, menjaga ibu mertua demi suami, menjaga kehormatan demi suami, menjaga penampilan demi suami, bekerja siang malam demi suami... dan akhirnya dia melangkahkan kaki memberi laluan demi kebahagiaan suami untuk hidup bersama wanita lain.

Maka bertambahlah bilangan ibu tunggal dan ibu tinggal kat Malaysia ni!