Thursday, January 22, 2009

Berita yang tak masuk akal...

Paru-paru berair punca kematian Kugan

KAJANG 22 Jan. - Laporan bedah siasat hospital terhadap Kugan Ananthan, 22, yang mati semasa dalam tahanan polis Selasa lalu disebabkan jangkitan paru-paru berair. Sehubungan itu, polis menolak dakwaan pihak tertentu sebelum ini yang mengatakan kematian mangsa adalah akibat didera semasa dalam tahanan reman.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, laporan mengenai bedah siasat itu dikeluarkan oleh Hospital Serdang malam semalam. Beliau berkata, laporan bedah siasat itu turut mengesahkan beberapa kecederaan dialami oleh Kugan semasa kematiannya tidak mendatangkan maut. Mengenai tindakan sekumpulan orang awam yang menceroboh bilik mayat hospital itu kelmarin, beliau berkata, polis akan mengambil keterangan daripada mereka termasuk timbalan menteri.....

Petikan dari utusan Malaysia online hari ini.


Insiden yang begitu menyentuh hati wanitaku, pelik dan ajaib... Ananthan mati tiba-tiba selepas di soal siasat dalm lokap. Mula laporan mengatakan dia mati akibat asma, lepas tu lepas minum air, hari ini kata mati sebab paru-paru berair. Mana satu betul?

Walaupun dia warga India, sebagai rakyat Malaysia aku begitu simpati ke atas nasib yg menimpa diri dan keluarganya. Aku rasa tidak patut dia diperlakukan demikian. Tapi inilah yang terjadi di Malaysia, kekejaman berlaku di mana saja. Aku juga tidak mengatakan sesiapa jahat, tetapi aku benci pada manusia yang tidak ada 'kepala otak'!!! Mustahil Ananthan mati tanpa sebab yang boleh diterima akal. Kalu dia bersalah pun, mahkamah kan ada. Sekarang masyarakat Malaysia sedang mencari bukti punca kematiannya.

Jika Ananthan di dapati dipukul teruk semasa dilokap, yang memukul itu lebih kejam dari Israel. Awas!!! pada mereka yang bertanggungjawab ke atas insiden ini...

Bayangkan jika satu hari hal begini terjadi pada anak2 kita? Apa tindakan kita... renung-renungkanlah...

2 comments:

Sharifah Abu Salem said...

Akak setuju mah...

manzaidi said...

Polis kita (segelintir, bukan semua) memang ganas. Mereka perlakukan suspek seperti orang itu sudah bersalah. Betullah nak dapatkan maklumat, tapi bukan dgn cara kejam sehingga meragut nyawa suspek. Ini cara binatang buas di hutan. Sebagai polis, jangan cemarkan imej. Mereka adalah tempat rakyat berlindung. Tapi kalau begini jadinya, kepercayaan orang pada polis akan hilang.
Kes ni sama seperti tujuh pemuda India ditembak mati oleh polis di Tumpat, Kelantan tahun 1998 dulu. Saya yang buat liputan tu dan disiarkan di muka depan Berita Harian. Memang sedihlah. yang tak berdosa ditembak macam tentera Israel bunuh rakyat Palestin. Astarfirullah...