Tuesday, January 20, 2009

Kepala dah terhantuk, baru sedar...

UMNO perlu mesra rakyat - Najib
"Kita mesti tampil dengan imej bersama nilai-nilai baik dan positif. Saya selalu tekankan bahawa kita kena mesra rakyat di semua peringkat, bukan atasan saja.
"Dari kaca mata rakyat di peringkat akar umbi, mereka menilai UMNO berdasarkan interaksi dengan pemimpin," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan penyerahan dokumen perjanjian bagi penstrukturan semula perkhidmatan pembekalan air Negeri Sembilan di sini hari ini.
Semalam, Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu perlu segera melakukan perubahan radikal bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti itu yang hilang daya tarikan dan bagi membolehkannya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13......

BN perlu bingkas bangun – Najib
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika memberi peringatan itu berkata, jika pemimpin BN gagal menangani cabaran ‘pembaharuan dan perubahan’ dengan cemerlang, parti yang memerintah selama lebih 50 tahun akan menerima hukuman dalam pilihan raya umum kelak.
“Saya ingin menggesa semua pemimpin di bawah payung BN untuk sama-sama bangkit dan bingkas kembali menyusun strategi melakukan perubahan, baik kepada diri mahupun kepada parti demi kesejahteraan bangsa dan tanah air.
“Kerajaan BN perlu memastikan program-program kerajaan berteraskan keperluan rakyat supaya kita sentiasa dekat di hati dan sanubari rakyat,” katanya.....


Dua artikel yang dipetik dari Utusan Online hari ini...
Nak tergelak pun ada, kasihan pun ado. Dah 50 tahun memerintah baru sekarang nak mesra rakyat, baru sekarang sedar diri...

Bukan UMNO yang perlu mesra rakyat, Najib, isteri Najib, anak2 Najib, Pak Lah, istri Pak lah, anak menantu hantu Pak Lah dan koncu2nya yang patut turun padang beramah mesra dgn orang2 kampung yang selama ini tertindas. Pulangkan kepercayaan rakyat kepada pimpinan UMNO, Kumpulkan 'lalang2 UMNO', kaki bodek, duri dlm daging dan 'tikam dari belakang' buat sembahyang hajat kat masjid. Berbaik sesama parti itu adalah jalan terbaik.

Jika kesedaran ini bermula dari dulu, rasuah, penipuan, kekejaman dihapuskan... Semua tak timbul, aku percaya Malaysia tidak huru hara macam sekarang. Sebenarnya dari dulu lagi rakyat telah membuka mata, tetapi disebabkan ketamakan pihak BN merampas, membolot harta, kebahagiaan dan kepentingan rakyat mereka jadi kabur. Wang bertimbun di depan mata siapa yang tak nak... Janji kayo!

Rakyat miskin papa kedana makan kepala ikan bilis ulam sambal belacan, sedangkan mereka enak2 makan ayam bakar, udang kara di hotel lima bintang. Anak2 kecil yg tinggal di rumah retak seribu menangis tak cukup susu, sedangkan anak2 mereka ketawa riang meneguk air haram dikelilingi gadis2 berskirt pendek. Petani, penoreh, pesawah meraih tenaga ke bendang di bawah terik matahari mencari sesuap nasi, sedangkan mereka duduk bersandar di kerusi empuk memakai kot di bilik berhawa dingin. Adilkah begitu????

Banyak yang UMNO/BN kena perbetulkan. Buktikan pada rakyat UMNO adalah sebuah parti bersih tiada rasuah, tiada penipuan, tiada yang berunsur negatif.. Sebab negara Malaysia memerlukan pimpinan yang bersih, amanah & jujur. Anak cucu cicit kita adalah waris utama untuk meneruskan perjuangan ini, oleh itu bekalkan mereka dengan sifat-sifat suci bukan perkara-perkara keji.

Hapuskan ISA!

2 comments:

Mr Priceless said...

Bagi saya UMNO sebuah parti, tp kegagalan UMNO adalah kerakusan pemimpin2 nye.. yg nyata dilihat memperjuangkan personal interest. Berjuang disebalik nama MELAYU, dan atas kesejahteraan sejagat namun, disebaliknya rakus mencari kekayaan dan kuasa...

Apapun, sekarang barulah sedar yang kuat adalah rakyat bukan Umno

manzaidi said...

Selagi UMNO mengekalkan pemimpin yg berkepentingan diri, selagi itu UMNO akan terus tumbang.