Hai kawan2, layarai http://www.facebook.com/uprint.online atau http://www.uprint.com.my untuk print kalender atau photobook, senang dan mudah! Tak perlu jalan jauh, order cara online sekarang!
Ermmm... Dah lama tidak menjenguk ke blog ni. Sibuknya kemain... tk sempat nk berkarya di sini. Hati pun sedang gundah gelana tk tentu arah, hari-hari terlalu sibuk melayan kerenah anak-anak yg sedang meningkat remaja...
Itulah hidup aku... seorang wanita yg sentiasa dikejar dan mengejar namun akhirnya impian hanya tinggal impian. Hanya doa padaNya tidak pernah lekang dari bibir memohon satu hasrat... kerana doa tulusku hanya Dia yang tahu!
Aku suka begini, menurut apa kehendak mereka, menghormati keputusan itu sebab semuanya adalah pelajaran dan pengajaran untuk aku, bekalan untuk di bawa bersama dalam menitip kasih dan mengerti erti nilai kasih... sendirian, haluannya entah kemana, ikut suara hati... ikut gerak hati... Aku juga ditakdirkan begitu, berteduh dari satu dahan ke satu dahan... biarpun hinggap tidak lama, mengundur diri bila terpaksa... tapi cukup untuk sementara... aku amat hargainya, kerna yang sejati dan kekal itu aku tidak tahu entah bila...
Sinopsis novel 'belaian cinta sepi'
Cinta itu benar dalam dusta... cinta itu bahagia dalam duka... cinta itu indah dalam sengsara... apa ada pada cinta... tapi bila hadir, jiwa jadi huru hara... Itulah percintaan dua insan dari dua benua. Berbeza keturunan, berlainan agama. Hati bersatu, jiwa tetap harum berbunga... tapi retak di pertengahan jalan. Cinta tetap ada, tetapi tidak boleh bersatu... Tunggu kemunculannya!!!
Time santai
inilah kerja aku di waktu lapang... jadi 'mak andam terjun'... ahakkkksss
Pahitnya Madu
Hidup Serina bertukar bahagia apabila bertemu dengan Razlan walaupun dia mengetahui lelaki itu telah beristeri. Akibat cinta dan kasih sayang yang semakin tebal terhadap lelaki itu Serina sanggup menghadapi segala cemuhan masyarakat dan mengenepikan keluarga. Dia benar-benar bernekad untuk sehidup semati dengan Razlan. Hari bertukar minggu dan bulan. Pejam celik sudah setahun membina istana pasir. Makin lama Serina memendam rasa. Razlan sudah berani menunjukkan belang, ego lelakinya bermaharajalela. Hati Serina semakin kusut, jiwa bernanah memendam rasa. Razlan kerap tidak bersamanya... Dia ditinggalkan begitu saja. Makin sengsara bila mendapat tahu Razlan sudah beristeri lagi. Madu tiga!!! Dapatkan Novel Pahitnya Madu di kedai-kedai buku seluruh negeri, telah berada di pasaran! Atau datang ke Karangkraf / mengisi borang langganan melalui pos seperti yang dilampirkan di belakang novel. Harga RM16.90.
Resipi hujung minggu, seronok bila kawan2 cakap sedap... puas hati beb! Sape nak order sila tampil ke depan... jgn malu2...
Kami tetap bersama...
Kalau aku masak resepi baru, mereka jadi 'tukang rasa'... Rutin mingguan kami... ke Asiari, Kopitiam Pak Li, Kafe Qaseh, Sri Restoran, Kafe Bukit Jelutong.... kalau tak pun makan rojak kat depan masjid sec 16...
RESIPI: Nasi melukut sayur keladi, jangan kedekut, meh kita kongsi resipi...
This page is for us to share Recipes of Traditional food, Western or anything else...
Roti Jem Nenas
Ni ler kojer teman ari coti... masak, pastu masak dan terus memasak....
Puding Sagu Gula Melaka
resipi ni sumer murah dan mudah... resipi jimat cermat namanya... Bahan2nya: *2 cawan sagu halus * 3 sudu gula merah (dimasak dgn gula putih) *1/2 tin susu cair Cara membuatnya: Msak sagu bersama 3 cawan air. Kacau sebati kemudian masukkan dalam acuan. Masukkan ke dlm peti dan sejukkan bersama susu dan air gula. Sesuai dimakan di waktu minum petang di musim panas ni.
Daging Black Pepper
bahannya jap ek... masih tgh kursus ngn Martha Stewart n Jamie Oliver
Akhirnya... dia datang jugak!
Riz! Naib Johan AF6... 'ape ke hey nye yop'... Bangga anak Perak, kita datang dari negeri yang sama. Bezanya, dia popular, teman idak ler... tahniah Riz! Taj Mahal Cinta: ... Akan ku kota janji kita mendirikan Taj Mahal cinta seteguh kasih Shah Jehan kepada Mumtaznya... kalo Riz nyanyikan lagu ni malam tu, huhhh... mesti juaranyer!!!