Tuesday, January 27, 2009

Thursday, January 22, 2009

Berita yang tak masuk akal...

Paru-paru berair punca kematian Kugan

KAJANG 22 Jan. - Laporan bedah siasat hospital terhadap Kugan Ananthan, 22, yang mati semasa dalam tahanan polis Selasa lalu disebabkan jangkitan paru-paru berair. Sehubungan itu, polis menolak dakwaan pihak tertentu sebelum ini yang mengatakan kematian mangsa adalah akibat didera semasa dalam tahanan reman.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, laporan mengenai bedah siasat itu dikeluarkan oleh Hospital Serdang malam semalam. Beliau berkata, laporan bedah siasat itu turut mengesahkan beberapa kecederaan dialami oleh Kugan semasa kematiannya tidak mendatangkan maut. Mengenai tindakan sekumpulan orang awam yang menceroboh bilik mayat hospital itu kelmarin, beliau berkata, polis akan mengambil keterangan daripada mereka termasuk timbalan menteri.....

Petikan dari utusan Malaysia online hari ini.


Insiden yang begitu menyentuh hati wanitaku, pelik dan ajaib... Ananthan mati tiba-tiba selepas di soal siasat dalm lokap. Mula laporan mengatakan dia mati akibat asma, lepas tu lepas minum air, hari ini kata mati sebab paru-paru berair. Mana satu betul?

Walaupun dia warga India, sebagai rakyat Malaysia aku begitu simpati ke atas nasib yg menimpa diri dan keluarganya. Aku rasa tidak patut dia diperlakukan demikian. Tapi inilah yang terjadi di Malaysia, kekejaman berlaku di mana saja. Aku juga tidak mengatakan sesiapa jahat, tetapi aku benci pada manusia yang tidak ada 'kepala otak'!!! Mustahil Ananthan mati tanpa sebab yang boleh diterima akal. Kalu dia bersalah pun, mahkamah kan ada. Sekarang masyarakat Malaysia sedang mencari bukti punca kematiannya.

Jika Ananthan di dapati dipukul teruk semasa dilokap, yang memukul itu lebih kejam dari Israel. Awas!!! pada mereka yang bertanggungjawab ke atas insiden ini...

Bayangkan jika satu hari hal begini terjadi pada anak2 kita? Apa tindakan kita... renung-renungkanlah...

Tuesday, January 20, 2009

Kepala dah terhantuk, baru sedar...

UMNO perlu mesra rakyat - Najib
"Kita mesti tampil dengan imej bersama nilai-nilai baik dan positif. Saya selalu tekankan bahawa kita kena mesra rakyat di semua peringkat, bukan atasan saja.
"Dari kaca mata rakyat di peringkat akar umbi, mereka menilai UMNO berdasarkan interaksi dengan pemimpin," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan penyerahan dokumen perjanjian bagi penstrukturan semula perkhidmatan pembekalan air Negeri Sembilan di sini hari ini.
Semalam, Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu perlu segera melakukan perubahan radikal bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti itu yang hilang daya tarikan dan bagi membolehkannya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13......

BN perlu bingkas bangun – Najib
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika memberi peringatan itu berkata, jika pemimpin BN gagal menangani cabaran ‘pembaharuan dan perubahan’ dengan cemerlang, parti yang memerintah selama lebih 50 tahun akan menerima hukuman dalam pilihan raya umum kelak.
“Saya ingin menggesa semua pemimpin di bawah payung BN untuk sama-sama bangkit dan bingkas kembali menyusun strategi melakukan perubahan, baik kepada diri mahupun kepada parti demi kesejahteraan bangsa dan tanah air.
“Kerajaan BN perlu memastikan program-program kerajaan berteraskan keperluan rakyat supaya kita sentiasa dekat di hati dan sanubari rakyat,” katanya.....


Dua artikel yang dipetik dari Utusan Online hari ini...
Nak tergelak pun ada, kasihan pun ado. Dah 50 tahun memerintah baru sekarang nak mesra rakyat, baru sekarang sedar diri...

Bukan UMNO yang perlu mesra rakyat, Najib, isteri Najib, anak2 Najib, Pak Lah, istri Pak lah, anak menantu hantu Pak Lah dan koncu2nya yang patut turun padang beramah mesra dgn orang2 kampung yang selama ini tertindas. Pulangkan kepercayaan rakyat kepada pimpinan UMNO, Kumpulkan 'lalang2 UMNO', kaki bodek, duri dlm daging dan 'tikam dari belakang' buat sembahyang hajat kat masjid. Berbaik sesama parti itu adalah jalan terbaik.

Jika kesedaran ini bermula dari dulu, rasuah, penipuan, kekejaman dihapuskan... Semua tak timbul, aku percaya Malaysia tidak huru hara macam sekarang. Sebenarnya dari dulu lagi rakyat telah membuka mata, tetapi disebabkan ketamakan pihak BN merampas, membolot harta, kebahagiaan dan kepentingan rakyat mereka jadi kabur. Wang bertimbun di depan mata siapa yang tak nak... Janji kayo!

Rakyat miskin papa kedana makan kepala ikan bilis ulam sambal belacan, sedangkan mereka enak2 makan ayam bakar, udang kara di hotel lima bintang. Anak2 kecil yg tinggal di rumah retak seribu menangis tak cukup susu, sedangkan anak2 mereka ketawa riang meneguk air haram dikelilingi gadis2 berskirt pendek. Petani, penoreh, pesawah meraih tenaga ke bendang di bawah terik matahari mencari sesuap nasi, sedangkan mereka duduk bersandar di kerusi empuk memakai kot di bilik berhawa dingin. Adilkah begitu????

Banyak yang UMNO/BN kena perbetulkan. Buktikan pada rakyat UMNO adalah sebuah parti bersih tiada rasuah, tiada penipuan, tiada yang berunsur negatif.. Sebab negara Malaysia memerlukan pimpinan yang bersih, amanah & jujur. Anak cucu cicit kita adalah waris utama untuk meneruskan perjuangan ini, oleh itu bekalkan mereka dengan sifat-sifat suci bukan perkara-perkara keji.

Hapuskan ISA!

Sunday, January 18, 2009

Tahniah PAS, tahniah Meet Uncle Hussain!



Dua dunia yang berbeza. Satu di persada politik, satu lagi di dunia hiburan. Tetapi membawa tujuan yang sama, mengharumkan nama negara. Biarpun kemenangan PAS di pilihan raya kecil Terengganu dingin di mata parti lawan, namun kegigihan mereka untuk menyelamatkan negeri tercinta dari terus terabai tetap berkobar-kobar. Inilah yang dikatakan 'Allah sentiasa berada di samping orang2 yang benar lagi sabar'. Lambat laun kebenaran akan muncul berkat dari kesabaran kita. Saya melihat sendiri bagaimana parti-parti politik di pihak pembangkang dikritik, dihina, dicerca dan fitnah oleh parti yang memimpin negara sekarang. Sepatutnya perkara ini tidak terjadi di negara kita... Sebagai seorang pemimpin perlulah bersikap lebih profesional dalam menangani setiap permasalahan yang timbul.

Huhh... banyak lagi kalau nak di beritahu, panjang ceritanya nak ditulis di sini. Biarlah... semoga pemimpin idola saya akan menduduki takhta kepimpinan negara ini di satu hari kelak. Biarlah rahsia... Aminnnn

Kemenangan Haji Mohd Abdul Wahid Endut adalah titik permulaan perjuangannya dalam merealisasikan impian rakyat yang selama ini ditipu dan dipermainkan oleh pemimpin pengkhianat bangsa yang dikategorikan sebagai 'anai-anai, tak bahaya tapi boleh meruntuhkan...'

Untuk Meet Uncle Hussain, jutaan tahniah diucapkan... penyanyi yang tidak pernah memenangi apa-apa anugerah tiba-tiba meletup dalam AJL 2009! Best! Hebat... semoga lagu-lagunya untuk masa akan datang terselit pengertian positif yang boleh membawa anak-anak muda ke arah hidup yang lebih menjamin masa depan.

Tahniah kedua-duanya...

Friday, January 16, 2009

PENA HISHAMUDDIN RAIS

JIKA KAU MENANGIS TENTANG GAZA

Jika kau lihat rumah di gaza itu runtuh
Hati kau kecai berderai
Air mata kau meleleh panas
Kalehlah mata kau
Dan lihat rumah rumah di berembang di runtuhkan
Hati kau wajib berderai juga

Bila kau lihat rumah di hebron roboh
Kau lihat juga rumah di plentong roboh
Jika kau lihat rumah di jannin rutuh
Kau lihat juga rumah di chu badak runtuh

Panas air mata kau
Sepanas air mata seorang padri
Panas air mata kau
Sepanas air mata seorang rabbai
Panas air mata kau
Sepanas air mata seorang imam

Tangisan seoarang ibu di gaza
Adalah tangisan seorang ibu di ulu yam
Tangisan seorang di tel viv
Adalah tangisan seorang ibu di jemapoh

Ibu yang anaknya hilang di padang pasir negev
Adalah ibu yang anaknya hilang di kamunting
Ibu yang suaminya hilang entah kemana
Adalah ibu yang anaknya di pukul di brickfield

Kau lihat tanah tanah itu di rampas
Kau perhatikan kondo kondo itu terdiri
Kau perhatikan di tapak rumah itu
Adalah sejarah turun temurun
Tapak rumah itu adalah cerita hidup mereka

Tanah itu di rampas di tebing barat
Tanah itu di rampas di plentong
Tanah itu di rampas di kerpan

Lihatlah tanah tanah palestin di rampas
Lihatlah tanah tanah dayak di rampas

Jika hati kau menngis untuk gaza
Hati kau juga menangis untuk balih dan kapit
Tahukah kau bila jentolak itu datang ke gaza
Jentolak itu juga datang ke simunjan

Jangan kau menangis seorang diri
Jangan kau terpencil keseorangan
Buka kan mata mu sayang
Buka kan luas
Hati kau adalah hati suci
Yang lebih tinggi dari seorang pelestin
Yang lebih tinggi dari seorang dayak
Yang lebih tinggi dari seorang melayu

Hati kau adalah hati seorang manusia

Hati kau adalah juga hati aku sayang


*Nukilan: HISHAMUDDIN RAIS

Tuesday, January 13, 2009

Tiba-tiba...


Tiba-tiba aku rasa sengsara, desingan kata-katanya amat tidak logik. Adakah patut seorang wanita seperti aku menanggung beban dari egonya yang terlampau! Dia jantan hipokrit, dayus... menghilangkan diri sesuka hati, hadirnya yg tiba-tiba menambah derita.

Insaflah, pintu taubat masih terbuka...

Monday, January 12, 2009

Afruz, kini bergelar isteri...

Selamat pengantin baru Afruz, selamat hari jadi Rizal & Sara
Haaaaa... inilah sepupu2 aku yang belom kahwin, termasuklah aku... he he he


Anggun, sama cantik sama padan. Perkahwinan Afruz Dato Seri Arshad Hashim di Dewan Banquet UPM Serdang.
Inilah keluarga besar kami... terdiri darpd mak saudara, ayah saudara, sepupu, anak2 saudara...

Sunday, January 4, 2009

Eisya & 2009...


Eisya... anak comel yang keletah dan bijak. Hari ini dia memasuki darjah 1. Semalam aku berikan sepatah dua kata untuk dia agar lebih bersemangat menempuh alam persekolahan. Aku yakin dia gembira bertemu rakan-rakan baru-baru dan tidak dapat dibayangkan bagaimana dia berinteraksi dengan guru kelas, pasti tidak jemu melayan kerenahnya...

Eisya telah kehilangan ibu tercinta... di saat dia memerlukan kasih sayang, Allah telah dahulu menjemput mamanya ke alam barzakh. Betapa besar kuasaNya, mati itu tidak mengira usia... bila ajal tiba kita hanya reda & pasrah!

Jernih mata Eisya, sesuci hatinya yang kesepian...

Hopefully i will be a guardian for Eisya... one day!