Friday, June 27, 2008

Yang indah itu untuk kita...

Terimalah...

Alangkah indah hidup ini....

Jika menjadi bunga...

Dijaga, dihias, dibelai, dicium...

Setiap hari disiram agar kekal segar begini....
Sayang sekali...
Kecantikan, kesegaran, keayuannya hanya sementara
Hakikatnya akan layu dan terus terkulai layu...

'Kau beri bunga, ku hulur cinta...'

Tuesday, June 24, 2008

Seksanya 'beranakkan' si bongsu...


Satu lagi azab yang terpaksa aku terima, tentang gigi lagi. Si 'bongsu' rupa-rupanya masih mahu lahir, tapi tidak normal. Dia bersembunyi malu di bawah gusi, bisanya amat menyeksakan aku. "Gigi cantik, tapi yang bongsu ni tumbuhnya mereng!" kata doktor dari seberang. Aku pun dah hampir mereng menahan sakit yang teramat... amat sakit! Nak tergelak pun ada, dah berusia macam ni pun masih nak tumbuh gigi. Gila...
Dah sakit, apa lagi... mula mencari mereka yang terdekat... Saja, nak berkongsi sakit...
Mak kata, "Sapu yang bengkak dengan cuka + nila..." aku buat...
Kakak kata, "Kumur dengan air garam, nanti ok la tu..." aku ikut...
Adik perempuan kata, "Rendam bunga cengkih pastu minum airnya..." aku buat juga...
Adik lelaki kata, "Kalau ubat doktor pun tak jalan, bunuh 'ibunya' (dia gelak)..." yang ni nak kena belasah!
Anak kata dalam perli, "Mak duduk diam2, jangan cakap. Nanti bentan. Kalau nak apa-apa sms, tulis kat kertas..." aku pandang, dia jeling sambil genyit mata. Buat aku lagi sakit!
Tetapi.... paling sakit bila doktor kata gigi bongsu kena cabut dengan kaedah 'operation'.... mesti kena buang! Kalau tidak sakitnya akan berulang lagi. Aku terus demam....

Thursday, June 19, 2008

Rintihan seorang teman, kesian...

Sudah lama kami tidak bertemu, rasanya hampir tiga tahun. Kali terakhir aku menghubunginya untuk memberitahu bahawa aku akan berpindah ke Kelantan. Selepas itu hubungan kami terus terputus, sepi tanpa berita.
Tapi, panggilannya minggu lepas mengejutkan aku. Berita yang dikhabarkan seakan tidak percaya. Diakui, teman aku ni seorang yang cantik jelita, kulitnya putih bersih macam taufu fa. Tutur katanya lemah lembut, telinga yang mendengar suaranya boleh jadi kembang. Berkerjaya, seorang programmer, graduate over sea. Orang kata dari hujung rambut sampai hujung jari kuku dia ni memang ‘perfect’. Sampaikan nak bersalam pun rasa segan, maklumlah tangan aku ni kasar macam kertas pasir.
Dia memang beruntung, amat bertuah mendapat seorang suami yang berkedudukan tinggi. Aku tak tahu suaminya kerja apa, tapi gaya hidup mereka mewah. Orang berada! Rezeki Allah…
Pada pandangan, pendapat aku mereka berdua ni memang ‘loving couple’. Cakap je tekak nak makan apa, pasti dapat. Bak kata minum pagi kat Jepun, makan tengah hari kat London, makan malam kat Muara Klang. Ishh.. ishh… Jauh, macam langit dengan bumi jika dibandingkan dengan aku yang hidup kais pagi makan pagi, kais kais kadang2 tak dapat pun. Begitulah gambarannya…
Aku gembira melihat teman bahagia, seronok bila tengok mereka bergurau senda suami isteri. Tak cemburu tapi jeles...
Tetapi inilah kenyataan yang harus di terima. Kita insan kerdil, sentiasa ada kekurangan. Hampir 10 tahun menyulam kasih, berintikan cinta, tapi sayang benih tak subur. Mereka tidak ada cahayamata. Sebabnya, wallahualam…
“Tolong la, aku dah tak tahu nak buat apa…” katanya dalam tangis.
“Sabar. Aku nak buat macam mana. Dia nak anak, itu keputusannya. Dia lelaki! Kau terima je la… kau tahan dulu, terima wanita itu sebagai madu.” Entah… aku pun tak tahu nak cakap apa.
“Please… aku tak boleh terima semua ni!” Hmmm…. Aku pun bingung!
Aku tidak menyebelah mana-mana pihak. Kedua-duanya sempurna, baik. Tidak tahu di mana silap mereka. Aku pening!
Tapi aku sayu dengan cerita teman ni. Dia tidak tahu langsung suaminya mempunyai niat untuk berkahwin lain. Seperti biasa suaminya pulang ke rumah, mereka tetap mesra seperti biasa. Bercumbuan, berpelukan, bermesraan sambil bersuapan kut…
“Abang nak anak. Izinkan abang kahwin lagi satu…” tiba-tiba. Aduhhh… kesiannya. Dan sejak itu mereka terus dingin hingga kini. Aku kira bukan teman aku je yang tak boleh terima. Semua wanita di dunia ni akan berasap telinga bila suami mereka cakap macam tu…
Terharu… aku lihatnya wajahnya tidak ceria seperti dulu. Hatinya tercalar luka. Kusut masai macam orang mati laki. Paling terkejut, dia ambil keputusan untuk bercerai! Aku pegang tangannya, suruh berfikir masak-masak. Linangan airmatanya menggambarkan dia ‘terpaksa’ nekad dengan keputusan itu. Aku tahu dia masih sayangkan suaminya. Kasih sayang mereka berdua masih tebal, harum semekar bunga tulip.
Aku ceritakan padanya dari A to Z, aku bawa dia balik ke rumah… biar dia lihat sendiri bagaimana kehidupan selepas bergelar ‘single’. Biar dia tahu, biar dia rasa macam mana aku rasa. Aku tidak mahu kekesalan menghantui hidupnya nanti. Cerita punya cerita aku yang tak tahan dan kami sama-sama menangis!
Aku doakan semoga dia kembali ke pangkuan suaminya. Membina semula bahagia yang telah sedia ada. Lupakan pepatah ‘retak menanti belah’, retak sikit2 tak per…. Adatlah tu!

Aku ni dah macam kaunselor la pulak. Bila ada teman2 yang ada problem rumahtangga datang jumpa aku. Gaduh ngn laki pun nak cerita kat aku. Macam-macam hal! Lama-lama kepala aku yang pecah nak pk masalah dorang ni. Kononnya aku ni banyak pengalaman, boleh bagi nasihat. Minta pendapat apa nak buat kalau laki dorang tu main kayu tiga ke, tak balik umah ke, ada simpan pompuan ke. Senang… aku jawab, buat bodo jer…

Tuesday, June 17, 2008

Penangan cerita Korea

Aku ni memang minat dengan cerita Korea. Berhantu, orang kata. Sanggup tak makan, tak minum kalau dah mengadap tv. Tepat jam 8.30 aku dah letak bantal kat depan tv, kuaci dan air. Tisu... mesti ada. Kalau tak nanti basah lenjun lengan baju kena air mata. Anak-anak semua ketepi, jangan kacau!
Dapur... alamat tak berasap ler kalo dah sok sek, sok sek kat depan tv. Mula la cari 'maggi mee', rendam pastu telan. Kalau tak pun kena guna khidmat anak suruh beli burger. Janji tidak ganggu konsentrasi gue... huah huah huah
Aku dah tengok banyak cerita-cerita Korea, kebanyakannya bertemakan cinta. Ishhh…. Seronoknya. Paling aku minat cerita ‘Stairway to Heaven’, yang lain-lain tu minat jugak. Tapi yang satu ni memang habis hati. Sanggup beli CD sampai beratus ringgit, RM180. Tak mengapa, hero punya pasal sanggup berhabis. Kalaulah Kwang Sang Woo tu ada kat Malaysia ni, mahu aku pindah duk berjiran dengannya. Eee.. bestnyer!
Full House, Cruel love, Single Dad In love, Sad Sonata, A love to Kill, Marying a Millionaire, Winter Sonata, Ice Girl, Single Again, Hello my teacher, First Love, Crazy For You, Coffe Prince, Alone ini Love, Beautifull Life, Bodyguard…. Antara yang telah aku tonton. Coming soon, Gourmet.. tengah tunggu ni. Mana tau kut2 ada kat astro.
Semua koleksi cerita Korea ni aku simpan baik punya. Member nak pinjam pun aku tak kasi. Bukan semua aku beli, sebab ada yang susah nak cari, tak ada jual kat kedai CD.
Nak tau tak, bila tiba part yang sedih giler tu, aku mula resah. Nak sorok mata yang dah merah menyala. Sedih siut!!!
Paling kelakar, pernah sekali aku tengah tengok cerita ‘Cruel Love’ (pix kt ateh tu) tiba-tiba 'blackout'. Rasa nak menjerit. Tak dapat tengok 'ending' dalam siri tu. Jiwa jadi kusut. Aku mula termenung, macamlah yang jadi heroin tu aku… ha ha ha
Itulah penangan cerita Korea. Ingatkan aku sorang yang mabuk dengan cerita tu, rupanya kat office pun ramai yang follow… jadi, adalah member nak bercerita. Mulalah pot pet sana, pot pet sini. Pantang habis dateline, tarik kerusi duk semeja, sedap sikit nak bersembang..
‘Stairway to Heaven’, sampai sekarang ni aku jaga elok-elok CD tu. Masa mula-mula baru beli tiap-tiap malam check, takut tercalar, cover rosak ke, ada habuk pun aku lap cepat-cepat. Sayang sangat!!!
Masa tu balik kerja jam 12 malam, sampai rumah jer terus buka VCD tengok cerita tu. Layan sampai 3, 4 pagi. Dah tengok pun nak ulang lagi. Rasa tak puas tengok sekali. Pastu nangis, termenung, perasan…. Terasa hero tu macam pegang tangan aku… Fulamak, jadik la. Berangan pun best jugak.

Tu la kan… letrik dah naik ni. Kena jimat cermat, kang melambung bil saper nak bayo. Haih.. duk umah bil letrik naik, berkipas 24 jam. Nak gi jalan2 minyak pulak naik. Dah keluar berjalan mesti nak makan, RM50, 60 konfem terbang!… Nak tengok wayang tiket pun dah naik rege. Mana lagi nak pegi... Ana fenin la….



Dekat tapi jauh...

Aku tahu... Suatu hari kau akan pergi jauh dari aku
Aku tahu... Di penghujung musim bunga gugur kita akan berpisah
Aku tahu... Bila tiba masanya kau akan kembali kesisinya
Jauh meninggalkan aku bersama nostalgia indah sewaktu berdua
Berabad, bertahun, berbulan kita kumpulkan kenangan manis itu
Bercupak, berbuku, berkajang mencipta ayat cinta setia
Tiada siapa dapat menduga, sampai jua ke titik noktah ini
Kita berpisah akhirnya
Diiringi manik jernih yang berguguran dari kelopak mata
Terlerai jua genggam erat tangan kita
Pergilah... Kalau kau pergi, aku juga akan pergi
Pergi lebih jauh lagi dari hidupmu...

Sunday, June 15, 2008

Pasrah tapi tak rela...

Hari itu, aku ke doktor lagi. Sakit kali ini tidak tertahan. Makin lama di tahan makin terseksa. Bulan lepas doktor memberitahu aku, benda itu patut dibuang, kalau tidak pun mesti diubat. Lama-lama takut akan parah, berjangkit ke semua tempat. Menggigil aku mendengarnya, sejuk kaki tangan menerima berita itu. Adoooiiii….
Hari ini. Dengan langkah longlai aku ke doktor semula. Kali ini aku pasrah, apa nak jadi, jadilah. Aku kena terima! Sakitnya semakin menggunung, terasa semua urat mahu putus. Tak tertahan beb, kepala rasa mau pecah.
Dengan bertemankan dua orang sahabat, aku terpaksa ‘memberanikan’ diri. Hanya mereka yang tahu penyakit aku ini. Psssttt… dorang jer yang tau! Merekalah sahabat dari dulu, kini dan selamanya, kut…. Menangis bersama, ketawa mereka kuat sikit dari aku. Aku sedih dorang pun sedih. Aku tak makan, dorang belikan makanan. Aku susah, dorang hulurkan bantuan. Bak kata, hujan ribut petir panas taufan kami tetap bersama. Tapi malam2 dorang ngn laki dorang laaaa…
Tangan dah sejuk, kaki menggigil. Rasa nak lari keluar pun ada. Ishh… lambatnya nurse nak panggil nama aku. Wajah doktor semakin menghantuiku. Kalau ikutkan hati mahu saja aku tangguhkan appointment dengannya. Mesti sakit, mesti perit… aduh, takutnya!
Aku pandang kedua sahabat, mereka tersenyum. Aku pandang lagi, mereka paling muka ke arah lain. Aku tahu mereka tidak mahu aku gugup, resah gelisah menghadapi kenyataan ini.
Akhirnya… namaku dipanggil. Rasa nak pitam. Aku tarik baju sahabat di sebelah. Dia mengiringi aku ke bilik rawatan. Aku takut! Dia pujuk memberi semangat pada aku. Kini aku berada di depan doktor, airmata mula bergenang. Gunting, segala besi tajam, jarum juga berada di depan aku. Sahabat setia aku telah keluar dengan arahan nurse. Hanya aku dan doktor yang tinggal di bilik itu. Wajahnya yang segak selama ini aku pandang, dah bertukar macam muka hantu yang menunggu masa mencekik mangsanya.
“Baring, jangan takut. Saya buat tak sakit…” Katanya lembut. Aku tarik nafas perlahan-lahan. Ku pejamkan mata rapat-rapat.

“Mak, ayah… tolong!!!! Sakitnya tampal gigi!!!”

Thursday, June 12, 2008

Hanya Aku & Dia

Dia kata cinta itu indah, Aku kata cinta itu sepi…­
Dia kata cinta itu bahagia, tapi Aku kata cinta itu durjana…
Cinta itu unik melankolik, kata dia lagi.
Aku tetap kata cinta itu berbisa…
Dia kata dan berkata lagi, cinta itu terlalu bahagia dan indah.­­­
Aku kata cinta itu pedih & undang sengsara…
Dia pujuk Aku lagi, katanya cinta bagai syurga, Aku kata ia dusta!
Aku terus tunduk membisu, mengenang cinta lalu…
“Cinta memang indah, tapi sengsara bila cinta pergi…”

Cinta pada Allah, itu yang sebenarnya. Tiada sengsara, tiada duka, tiada tipu daya… jiwa akan sentiasa tenang mengingatiNya…

Tuesday, June 10, 2008

Andainya aku di situ...

Believe in yourself
Reach down inside
The love you find will set you free
Believe in yourself, you will come alive
Have faith in what you do
You'll make it through...

Sunday, June 8, 2008

Kembali 'penat'


“Mak, mana tie? Semalam along letak kat kerusi ni…” Tu anak sulong.
“Mak, air milo tu nanti sejukkan dulu ye…” Yang ni anak bongsu.
“Mak, mana stokin along?” isshhh… dia lagi.
Wahhh… anak2 zaman sekarang, buat mak dia macam orang gaji. Padahal dari pagi semalam aku dah jadi ‘Tarzan’, mengingatkan mereka ‘last check’ kerja sekolah, pensil box, buku-buku yang bersepah tapi tak baca, kasut sekolah yang dah berhabuk.
Sekolah telah bermula, bermakna aku juga kembali penat. Seawal pagi dah jaga mengejutkan mereka bangun, memasak, menyediakan sarapan hinggalah melihat mereka kemas berpakaian sekolah.
“Bye sayang!” ‘Mood’ pagi anak-anak keja jaga. Dua-dua kena cium, kalau tidak nanti ada yang sentap! Aku jer tak ada orang nak cium, pergilah ke mana pun tiada sape yang peduli… he he he….
Kemudian giliran aku pula bersiap. Macam gitulah, di rumah jadi ‘neng’, ke pejabat jadi kuli (bergaji), kadang-kadang jadi macam ‘driver’ pun ada.
Macam nilah hari-hari dan seterusnya. “Hari ini abang Jamil tidur di rumah Kak Tipah, esok rumah Kak Hasnah. Lusa di rumah saya. Begitulah seterusnya, bergilir-gilir ikut hari sampailah abang Jamil mampus…” Teringat dialog dalam cerita P. Ramlee.
Si along, bila mengenangkannya aku rasa kasihan, kadang-kadang geram pun ada. Makin remaja makin banyak kerenah. Masa mula2 usianya mencecah 15 tahun, kami selalu bertegang urat. Pantang bertembung biji mata, ada je yang tak kena. Macam anjing dengan kucing.
Lama-lama baru aku sedar dan terfikir... dia telah dewasa rupanya. Tidak seperti dulu, kini dia tidak suka dikawal, tidak gemar disoal macam-macam, apatah lagi bila dilayan seperti kanak-kanak, dia langsung tak minat. Dia lebih suka mendiamkan diri, mendengar lagu dan suka mengasingkan diri dalam bilik. Tetapi bila bersama dengan kawan-kawan dia begitu ceria. Adiknya tidak banyak masalah, topup jer rm5, suruhlah buat apa pasti bereh!
Aku cuba mendekatinya, jadi kawan. (Kena ubah gaya hidup, macam pak lah cakap tu…) Rupa-rupanya kami banyak persamaan. Suka bersukan, mendengar muzik, memasak… yang pasti kami berdua 'kaki bola'. Musim EURO ni dia tak tidur, penyokong setia Portugal.
Dan dia pernah mengajar aku berenang. “Mak, apa yang nak ditakutkan, ni bukan laut, ni kolam jer…” aku memang takut air, ada memori tragis!
Dari jernih sinar matanya, aku tahu... dia perlukan seseorang untuk mengiringi hidupnya dalam meniti usia remaja. Dia pernah memberontak, menyuarakan hasrat hati, menangis di sebalik bantal… Maaf, dia boleh minta apa saja, kecuali kembalikan kasih ayahnya semula. Aku tidak mampu memenuhi permintaannya itu. Kami berdua telah berusaha. Tapi tidak berdaya!
Along, dia dah pandai bergurau sekarang. Baru nampak senyuman dan ketawanya, anak mak… mestilah ‘handsome’. Tapi awas... antara kami telah saling berjanji. Dia tahu pantang aku, dan aku juga tahu pantang dia. Terlanggar pantang, boleh meletup! Dengan rasminya diisytiharkan MOGOK… rumah akan jadi sepi. Ha ha ha… sekejap jer...
“Mak, jangan lupa... mak ada hutang dengan along. Pasang langsir RM10, buka langsir RM10. Tak mahal, semuanya RM20…”
“Ok, no problem. Kalau macam tu mak pun nak kira dari mengandungkan along sampai melahirkan… Tu tak kira dari dalam pantang sampai sekarang ni… RM5000. Boleh? Setuju?”
Belum sempat aku habiskan ayat dia dah tergelak terbahak-bahak. Dan kami sama-sama ketawa…

- Masih lagi berpegang pepatah sendiri, “hendak tidur, tidurlah mata, tak nak tidur lelapkan juga. Rajuk ku tak de sape nak pujuk, sedih ku tiada siapa yang tahu, pandai-pandailah membawa diri..." hu hu hu

Friday, June 6, 2008

Kesian nelayan...

"Tingkatkan hasil nelayan untuk menampung peningkatan kos diesel ketika ke laut. Nelayan perlu meningkatkan produktiviti tangkapan supaya dapat menampung kos penggunaan minyak apabila turun ke laut. Katanya, bagi bot-bot nelayan besar mereka mesti mendapatkan sekurang-kurangnya 5 tan ikan, berbanding hanya 3 tan sebelum ini bagi mengelak sebarang lebihan kos berlaku.”

Petikan daripada sebuah surat khabar. Hmmm… ingatkan dah reda memikirkan isu harga minyak Tapi bila terbaca story ni, rasa geram la pulak. Pusing-pusing yang kena rakyat jugak. Saranan kerajaan, kena ikut, mesti patuh. Undang-undang digubal hasil dari kata putus menteri. Konon!
Berapalah sangat hasil pendapatan nelayan kita. Berapa kerat tenaga muda yang meraih rezeki di laut yang terbentang tu. Boleh dikira. Majoriti semua yang telah berusia. Sudah bercucu, cicit pun ada!
Arahan yang dikeluarkan seperti ‘terpaksa’. Kalau tidak mana cukup nak suap anak isteri makan nasi. Mana tahan kalau hari-hari anak kecil minum susu cair. Nak tak nak, kenalah ke laut. Kalau dulu pergi pagi balik malam, sekarang pegi pagi balik subuh. Kalau musim hujan, mungkin seminggu agaknya di laut. Nyawa di hujung rambut, entah hidup atau entah mati ditelan jerung. Situasi begini memang menyedihkan.
Cuba bayangkan… kalau barisan menteri kita ke laut. Cari ikan banyak2, berjemur diterik mentari, makan nasi bungkus daun pisang. Berhari-hari, berminggu-minggu tak jumpa isteri. Tinggalkan buah hati@skandal.... Huh, mau meraung rasanya dorang tu!
Minyak naik, antara mangsanya ialah para nelayan. Hati saya betul2 tersentuh memikirkan nasib nelayan. Hidup mereka tidak mewah. Kita masih bernasib baik mencari rezeki di bawah dinginnya ‘aircond’, redup dilindungi bumbung, makan pakai teratur. Kehidupan nelayan tidak begitu. Mereka pakai bayu koyak rabak, makan apa yang ada. Mewah ke? Mungkin, tetapi mereka penat seharian meraih tenaga ke laut.
Pengalaman di Kelantan. Setahun saya di sana, jarang melihat mereka berbelanja mewah seperti di KL. Berniaga dari pagi hingga ke malam, tidak kenal erti penat. untung tidak seberapa.
Sehari suntuk saya bersama kawan2 mencandak sotong. Saja jer… nak rasa jadi nelayan konon. Sotong tak dapat, penat ada la. Baru 2 jam di laut muka dah rasa panas, badan gatal-gatal kena air masin.
Apa yang saya lihat di sana, kehidupan mereka begitu daif. Kesian. Masih tinggal di rumah buruk, lantainya bila-bila masa boleh roboh. Dindingnya berlubang sana sini. Tetapi saya respect, susah-susah pun, anak tetap berderet. Mungkin tiada hiburan kut…
Wahai pak-pak menteri, teropong-teroponglah kelaut. Jangan sedap duk dalam ‘star cruise’, sedut udara laut jer. Usahakanlah untuk mereka supaya hidup senang. Kalau minyak naik sekalipun, turunkanlah harga barang lain. Nyawa mereka hanya bergantung pada beras, tepung gula, minyak…. Takkan nak kelaut dengan ubi rebus hari-hari, pulut tanak dgn ikan masin. Mana tahan, ikan nak telan pun tak lalu! Kalau tak cukup makan, macam mana nak tingkatkan produktivi?
Haih!!!.. geram nih….

*Selamba jer bos saya buat lawak… “sejak minyak naik ni, susah nak jadi ‘alif’, asyik ‘wau’ jer… Banyak sangat fikir, kalau macam ni susah. Tapi kalau letrik naik, mungkin rumah saya gelap, jimat letrik… tak kasi ‘chance’ punyer…” Saya hanya ketawa. Gue paham!

Thursday, June 5, 2008

Adoi... Naik lagi!

Hampir sejam saya duduk di dalam kereta menunggu ‘Q’ untuk mengisi minyak. Hujan pulak tu. Berderet kereta sampai ke tepi ‘highway’, semuanya untuk tujuan yang sama. Nak penuhkan tangki minyak kereta sebelum jam 12 malam. Tunggu punya tunggu, sampailah giliran saya… hampeh, minyak habis!

Seorang lelaki berbangsa asing datang kepada saya, “Puan, taukeh tu kata minyak dah habis. Saya rasa mereka tipu, dia orang simpan minyak untuk esok ni. Kalau macam ni tak boleh jadi…” Katanya dengan muka tidak puas hati. “Sabar, kita tunggu dulu. Mana tahu, memang betul minyak dah habis.” Saya cuba meredakan kemarahannya. Padahal saya pun geram, dah la jalan ‘jamm’ kena ‘Q’ lama pulak tu. Memang betul, lima minit kemudian seorang pekerja stesen minyak itu mengangkat tangan memberi isyarat, minyak sedang diisi dalam tangki. Lega…

Kenyataan yang harus diterima oleh rakyat Malaysia, harga minyak naik dari RM1.92 sen jadi RM2.70 sen seliter. Ini bermakna harga barang akan naik secara mendadak, mungkin esok atau lusa. Ayam, beras, tepung… dah konfem naik. Tak mustahil roti canai, kuih muih, pun naik harga. Ishhh…. Semua naiklah rasanya.

Minggu lepas saya ke pasaraya. Semua barang telah dibeli, kecuali beras. Jenama yang biasa saya dan anak-anak makan memang tak nampak pun. Entah habis atau disorok. Nak tak nak pejam mata je la, ‘first time’ beli beras berharga RM34.00, 5 kilo. Mak oi, mahalnya…

Sampai di rumah anak saya terus menjerit, “Mak, minyak kereta naik lagi!” Saya tersenyum dalam penat. Hmmm… bagus, mereka faham. “Kita akan berjimat, tidur satu bilik, buat ‘homework’ bawah satu lampu…” Saya bercakap dalam bergurau. Anak-anak tetap tidak bersetuju. Mereka lebih selesa duduk di bilik masing-masing, lebih ‘privacy’ katanya.

Di rumah, saya memang mengamalkan prinsip berjimat cermat. Anak-anak kena dididik begitu, kalau tidak mereka tidak tahu bagaimana menguruskan hidup. Bak kata, mereka lahir atas duit, kita dulu-dulu lahir atas tikar mengkuang jer. Zaman sekarang cuti sekolah anak-anak sibuk menekan PS2. Kita dulu cuti sekolah kopek pinang, lepas tu jemur sampai kering. Dua tiga hari lepas tu jual, dapat empat, lima ringgit simpan untuk belanja sekolah. Kelakar bila dikenangkan…

Minyak naik lagi. Di pejabat riuh rendah bercerita pasal minyak. Dapat emel berderet-deret, berperang tentang harga minyak. Semua nak menang, mempertahankan hak masing2. Semua kata dia betul… huh... pening kepala dibuatnya. Banyak sangat parti, semua nak bersuara. Lantaklah korang, maleh nak campur!

Saya bukan bercakap besar, impak daripada kenaikan harga minyak tidak banyak menggugat pengurusan dalam ekonomi belanjawan keluarga...(dah beringat dr dulu!) Jadi tidaklah terlalu berat menanggung beban seperti orang lain kut. Ulang alik ke tempat kerja 20 minit jer, jalan tak ada tol… selamatlah sikit!

Tetapi saya masih memikirkan nasib mereka yang mempunyai anak ramai dan bergaji kecil. Saya juga masih berkira-kira suami yang bekerja seorang, hutang keliling pinggang, gaji dah la ciput. Gaji sebulan sekali, belum habis bulan duit dah habis. Itu belum cerita belanja sekolah anak dan pakaian isteri lagi. Botak kepala bila difikirkan. Kesian… kalau tidak kuat iman boleh perang besar nanti!

Apa jadi dengan ibu tunggal@ibu tinggal yang anak ramai. Mampukah mereka menyara keluarga dengan kos hidup yang semakin menggila. Tak patut... memang tak patut. Kerajaan maupun menteri-menteri yang gemilang lagi terbilang kena ambil tahu. Bukan duduk di bilik berhawa dingin dan nyenyak tidur! Jangan hanya kira dapat berapa persen, pastu bina istana mewah jutaan ringgit. Sedangkan rakyat nga-nga kelaparan!

Di dalam majalah mahupun suratkhabar sebelum ini banyak kisah-kisah rakyat miskin yang masih belum dibela nasib mereka. Rancangan TV ‘bersamamu’, tiap minggu memaparkan kisah keperitan dan kesengsaraan hidup rakyat miskin. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kadang-kadang tak makan pun. Sudah terbelakah nasib mereka tu? Tup-tup, minyak naik mendadak… apa mereka nak makan?

Untuk para isteri, resipi masakan kenalah ubah. Sukatan yang patut dikurangkan, kurangkan je la. Kurangkan garam, cili, santan, gula... tapi lebihkan senyuman untuk suami. Bersepakat bantu suami berjimat cermat, agar keluarga lebih harmoni.

Ini yang patut kerajaan fikirkan dan kaji betul-betul. Susah di zaman dahulu tak sama susah di zaman sekarang. Kalau mereka tidak bijak merancang untuk kesejahteraan rakyat, negara kita boleh hancur. Porak peranda! Bagi saya, banyak kesan negatif dari kenaikan harga minyak ni. Jenayah akan terus berleluasa, tengoklah lepas ni, mangga pintu, selipar buruk pun boleh hilang. Silap haribulan seluar dalam pun lesap!

Siapa yang mahu hidup susah, semua orang nak hidup senang…. Bersabar jer lah… Tapi saya lebih suka hidup dalam ‘kesederhanaan’…